Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan syukur kepada Allah swt kerana strategi Umno yang menyebarkan kisah calon PKR-Pakatan, Zaid Ibrahim minum arak dan berjudi ketika bersama parti itu dahulu kini secara tidak langsung telah membuka mata rakyat.
Rakyat yang dahulunya menganggap pemimpin Umno sebagai suci dan pejuang Islam, kini sudah mengetahui hakikat sebenar bahawa mereka telah ditipu hidup-hidup. Pengakuan Zaid yang kini sudah bertaubat telah turut mengheret kepada pembongkaran beberapa lagi pemimpin Umno yang turut dikategorikan sebagai pelanggan kepada minuman dan hiburan yang diharamkan itu.
Nama-nama dan gambar mereka kini bertebaran diinternet, dari Presiden, Ketua Pemuda dan ramai lagi sudah diketahui umum. Malah bukan sahaja menjadi pelanggan atau peminat minum keras dan judi, beberapa pemimpin serta ahli perniagaan Umno juga sudah dikenalpasti sebagai pemilik, pelabur dan pengarah syarikat-syarikat arak dan judi yang terkenal di rantau ini.
PAS sudah lama mengetahui hal ini, dan serangan Umno kepada Zaid akhirnya mengesahkan tuduhan PAS selama ini adalah benar. Arak dan judi bukanlah perkara baru dalam Umno. Ketika awal-awal ditubuhkan, Umno bergantung harap pada Loteri Kebajikan bagi mengumpulkan dana untuk menjana program serta menubuhkan pejabat-pejabat mereka. Malah, hingga ke hari ini ramai pihak mempersoalkan sumber duit yang digunakan bagi membina pejabat Umno di PWTC.
PAS berasakan sudah cukup lama Umno bergeluman dengan arak dan judi ini. Sudah sampai masanya mereka menuruti jalan Zaid iaitu bertaubat. Tidak guna mereka dedahkan kesilapan lampau Zaid sedangkan mereka yang masih duduk dalam Umno masih lagi bergelumang dengan arak dan judi.
Malanglah Ustaz-Ustaz yang duduk dalam Umno, kerana hanya mampu menjadi rakan kongsi dosa-dosa pemimpin mereka dan tidak mampu untuk menyatakan perkara yang haram dan halal secara bebas demi untuk menyelamatkan periuk nasi mereka. Bertaubatlah wahai pemimpin Umno!
Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
super impose nie..hahhaa
impose laaaa…….org umno mana ade minum arak, mereka adalah kaum yg mempunyai moral yg baik dan terpuji…mereka juga tak pernah mengamalkan rasuah…mereka ini berjihad utk islam tu yg ramai tentera malaysia berada di Palestine dan Afghanistan…….
mari kita abaikan super impose. sepanjang saya dengar ceramah pemimpin umno
takde pulak diaorang nak kata arak haram. nak jugak diorang buat penerangan taknak kepada arak sebagaimana tak nak kepada rokok. akta sekat orang minum arak pun takde sebab dadah ngan arak dua2 mabuk. hisap dadah masuk serenti. minum arak tak masuk serenti pun. tak reti betul orang umno ni.
Saya pun tak percaya gambar ini………lagipun…..kita tak pasti air diminum itu arak atau sekadar air oren atau jenis yang tak haram……..kecualilah mereka mengangku pernah meminumnya….maka bolehlah hukuman dikenakan…tapi Zaid mengaku, kenapa PAS tidak mencadangkan hukuman sepatutnya yang dalam islam dilaksanakan kepadanya…janganlah apabila dilakukan oleh orang sendiri…kita berdiam seolah mengecualikan hukumannya….rakyat sekarang sedang melihat apa yang dibuat oleh parti politik terutama PAS sejak berkerjasama dengan DAP dan PKR yang sekular tersebut…kerana dahulu PAS pernah keluar Amanat TGHH…kemana pergi amanat tersebut…apakah ia sudah bertukar bila berkawan dgn DAP
Otak mcm awaklah yg menentang hukum Allah. Saya tdk dengarpun awak sokong ketika kartika hdk dihukum
wahai cik “farosham” & cik “cia” bukalah mata anda berdua dan sedarlah dari mimpi anda bahawa kerajaan kini hanya memperolok-olokkan rakyat demi menjaga periuk nasi mereka sendiri, tak cukup ke lagi bukti yang PAS bongkarkan mengenai kegiatan tak bermoral pemimpin BN sekarang ni..?? kalau cik cakap tentang tentera malaysia ke afghanistan & palestin, macam mana pula pendapat cik tentang bukti kukuh malaysia kini bekerjasama dgn negara israel laknatullah dalam perdagangan antarabangsa secara sembunyi2..?? bukan ke lebih kejam menganiayai saudara seislam…
Wahai Pejuang Islam! Apa yang anda tahu pasal Islam? Boleh terangkan sedikit dkt saya? Apa yang anda tahu pasal Moral seseorang? Boleh terangkan sedikit dekat saya?. Saya ada satu permainan sila bisikkan ayat ini kepada 5 orang kenalan saudara. Saya nak Pejuang Islam dengan jujur dan ikhlas memberitahu saya adakah kawan anda yang ke-lima itu mengulangi ayat yg sama dengan yang pertama? Kita bermula dengan ayat ini
“Pada suatu pagi yang hening, beberepa orang penternak lembu terserempak dengan 13 ekor monyet bewarna kelabu, itam dan putih. Salah seekor monyet tersebut tersepit di celah dahan pokok cengal yang ketinggiannya 148 kaki di bawah paras laut”
Mari kita mulakan…Apa kah ayat orang yang ke-5 cakap…sila email kepada saya di rizalpuchong@gmail.com untuk memberi jawapan.
Ini modul BTN lah
Ustaz!!! saya tak pernah menentang Hukum Allah….ini masalah pendakwah PAS (kononnya islam)… saya penuh yakin kepada hukum Allah…tetapi pejuangan kita perlu kosisten, jangan berubah bila berkawan dengan pihak libral seperti DAP dan PKR. Saya mencari di manakah perjuangan PAS zaman Haji Hadi dahulu…tetapi sejak berserongkol dgn musuh islam yang jelas, saya mula memikirkan apakah pejuangan PAS ikhlas untuk islam atau untuk pangkat, kuasa dan harta seperti UMNO juga. Itu saya naik geram dan marah, kerana jelas DAP menentang islam dan penubuhan negara islam. Bertaubatlah, jangan melihat orang lain sahaja yang salah dan tidak islam….tetapi cara kita berdakwah perlu betul….kenapa marah sangat kepada bangsa sendiri sesama islam, demi kuasa dan demi menjaga hati DAP, yang terang-terangan memusuhi islam…
Hebat Parti Pas,semenjak memerintah Selangor secara Pakatan telah banyak dah perubahan yang dilakukan.Kalau dulu masa berceramah,Parti Pas kata Parti BN-Umno yang lulus banyak lesen judi,arak dan ladang babi diSelangor tapi masa Pakatan memerintahpun sama juga dengan UMNO.Satupun kilang arak,judi dan ladang babi yang tidak ditutup.Parti Pas takut ke Parti DAP ke?Berat,berat.Ya Allah selamatkanlah negara hambamu ini.