PAS Ada Bukti Kerajaan Malaysia Promosikan Israel Dalam Negara


Gambar lain boleh dilihat di bawah

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan tindakan Kerajaan Malaysia yang mempromosikan negara Israel dan produk perdagangan mereka melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

PAS telah mendapat maklumat dan beberapa bukti bergambar mengenai perpustakaan MITI yang telah menyediakan satu rak khas untuk bahan bacaan, majalah dan informasi perdagangan negara Israel. Perpustakaan di tingkat 11 ini terbuka bukan sahaja kepada kakitangan tetapi kepada orang ramai terutamanya ahli perniagaan Malaysia untuk rujukan. Oleh itu tindakan MITI ini sekaligus dianggap sebagai satu usaha mempromosikan perdagangan dan Industri Israel dalam negara.

Antara yang boleh ditemui diperpustakaan berkenaan adalah majalah Israel-Asia Trade, Israel Review, Buku Advantage Israel, Trade Policies Review (Israel), Advance Technology From Israel, Opportunity Israel, The Economics of Israel, Douanes (Buku kod tarif perdagangan Israel) dan beberapa lagi.

Ini bertentangan dengan dasar Kerajaan yang sebelum ini tidak mengiktiraf negara berkenaan. Malah dalam senarai garis panduan Kementerian Dalam Negeri (KDN) ada disebutkan bahawa sebarang iklan atau bahan dari negara Israel atau yang berkaitan adalah diharamkan dinegara ini termasuk dalam bentuk majalah atau buku.

PAS hairan, macam mana buku dan majalah ini boleh masuk ke negara ini sedangkan selama ini Menteri MITI mengumumkan di Parlimen bahawa mereka langsung tidak berhubung dengan negara berkenaan. Berkali-kali ahli parlimen tanya tentang hubungan perdagangan Malaysia-Israel tetapi MITI menafikan di parlimen.

Kehadiran rak khas untuk Israel ini membongkar kesangsian rakyat selama ini terhadap dasar Kerajaan yang pada tahun 1994 telah meluluskan pindaan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel.

PAS juga difahamkan bahawa MITI secara rahsia sebenarnya membenarkan urusan import-eksport ke negara itu dan segala urusan hendaklah dibuat terus kepada Bahagian Kawalan Import Eksport yang mana setiap permohonan akan ditimbang oleh satu jawatankuasa khas.

Perkara ini disahkan oleh Menteri Perdagangan dan Industri Israel dalam majalah Israel-Asia Trade terbitan bulan Mac 2006 dimana beliau begitu gembira dengan cadangan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Mahathir Mohamad dan Menterinya Rafidah Aziz yang berminat untuk mengadakan hubungan perdagangan dengan Israel.

Nampaknya hingga ke hari ini Kerajaan Malaysia yang dipimpin BN masih lagi bermain kayu tiga dengan Israel di belakang rakyat. Jika Mahathir membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah Syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantunya merangka strategi pilihanraya umum 1986, Najib hari ini mengunakan APCO Worldwide untuk persediaan Pilihanraya ke-13. Dan Mukhriz pula diletakan di MITI sebagai Timbalan Menteri bagi melindungi rahsia kepimpinan ayahnya yang begitu banyak bergantung harap dengan kepakaran Israel.

Begitulah akrabnya pemimpin Umno-BN dengan organisasi Israel-Yahudi yang mendokong fahaman Zionis.

PAS yakin, lebih banyak maklumat sulit mengenai hubungan dagang Malaysia-Israel serta lawatan sulit pemimpin negara disembunyikan oleh Kerajaan. PAS mahukan jawapan kerajaan terhadap hubungan kayu tiga ini dan mengapa Malaysia beria-ria mahu mempromosikan perdagangan dengan Israel.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Terdapat 8 Gambar Dalam Lampiran ini

Komentar Menteri Perdagangan dan Industri Israel, Micha Harish tentang keinginan Malaysia Menjalinkan hubungan dagang dengan negara itu.

Advertisements

19 comments on “PAS Ada Bukti Kerajaan Malaysia Promosikan Israel Dalam Negara

  1. Saya rasa buku ini tak bersalah…..bagaimana kita nak kaji musuh kita jika kita tak kaji penglibatannya…….pemikiran ustaz terlalu sempit….buka sikit minda tu…

  2. SYABAS..!! PAS, bongkarkan sebanyak mungkin penipuan yang telah kerajaan BN lakukan supaya semakim ramai rakyat Malaysia sedar bahawa kerajaan bawah pimpinan najib hanya indah khabar dari rupa….. pesanan kpd cik “ddrita” jangan sesekali menyamakn slogan pas for all dgn israel for all,,,

  3. SAYA HARAP KITA TAKLA MENUDUH EMMBABI BUTA, TIDAK KIRA KITA SIAPA… MEMANG ISRAEL ITU MUSUH ISLAM… TAPI KITA KENA TENGOK BAGAIMANA MEREKA MAJU???

    ISRAEL MENGAMBIL CARA ISLAM SEBAGAI PRAKTIK HIDUP MEREKA TERUTAMANYA DALAM BIDANG EKONOMI…
    KITA SEBAGAI ORANG ISLAM??? ADAKAH KITA MEMPRAKTIKKAN SISTEM ISLAMIK DALAM HIDUP KITA?? SEHINGGA KITA SEBAGAI SEBUAH NEGARA YANG DIDUDUKI OLEH ORANG ISLAM TERPAKSA MENGAMBIL ILMU DARI MUSUH SENDIRI???

    TANYA DIRI SENDIRI LEBIH ELOK DARI KITA MENUDUH SIAPAPUN…
    TAK KISAHLAH ILMU ITU DARI SIAPA PUN, YANG PENTING ILMU ITU MAMPU MEMBAWA KITA KE JALAN HIDUP YANG MENYENANGKAN…

    BETUL TAK?

  4. MUNGKIN BENAR APA YANG RAKAN SAYA KATAKAN BAHAWA LAMBANG PAS DAN UMNO ADA TERSELIT LAMBANG ZIONIS FREEMASON… BENTUKNYA.. TAK TAHULAH.. TAKDE LAK KAWN SAYA TU TERANGKAN… WALLAHU ALAM..

  5. Salamualaikum, nampaknya nasihat dan teguran sesama islam tidak lagi diterima. Eloklah ambil penasihat Yahudi tu, mungkin dia ajar nilai-nilai Islam yang ala amerika.

  6. Kalau mcm tu jangan minum CocaCola! Menulis biar gunakan otak dan jgn gunakan kepala otak. Menulis dalam keadaan tenang dan perasaan yang tidak berdendam adalah penulisan yang boleh “Rasa” oleh pembaca.

  7. kenapa ler sempit sangat pemikiran ketua penerangan pas ini. tak salah kalau kita kaji kemajuan2 yang dicapai oleh negara israel . kita perlu kenal musuh untuk melawan musuh . negara israel mungkin dah maju dari segi teknologi dan malaysia ni ketinggalan sikit . apa salahnya kita kita belajar benda2 yng bermanfaat walaupun ianya daripada musuh kita.kalau mcm ni ler mentaliti pemimpin PAS mmg hancus ler negara kita . pemikiran terlalu sempit dan jumud.Saya cabar dedahkan secara besar2 kewujudan buku2 ni .pasti nama PAS akan jadi lebih busuk

  8. salam

    adakah kita hanya perlu mengetahui israel sbagai musuh islam tanpa soal selidik lanjut?diakui mmg kebenarannya musuh islam tetapi kita perlu mengetahui juga selok belok mereka ttg pelbagai aspek terutamanya dr segi aspek kelemahan mereka. buku2
    yg dimaksdkn bkn skdr promosi bg yg ingin mengetahui lbih mndlm siapa israel sbnarnya.bkn bmkna akan mnjadi ikutan kita ttpi pluang utk mencari kelemahan dan kekuatan mereka utk kita saingi.

    jgnkn hnya berkata soal buku, di internet blambak isu atau ttg israel..takkan kita sekat juga utk diketahui..adakah itu jg promosi?..dlm konteks pengajarn di universiti, benda2 ni dipeljari..isu2nya..jadi, jgn sempitkn pmikiran..

  9. Salam,

    Kenapa begitu sempit pemikiran Ketua Penerangan dalam mengulas atau memaparkan isu. Kalau hanaya setakat kepentingan politik dangkal mungkin inilah caranya menyogok minda penyokong dengan cerita kebodohan. Salahkah jika kita mengkaji dan mempelajari ilmu untuk kebaikkan? sama juga seperti Pas berkawan dgn Dap yang sebelum ini Pas dgn jelas berkata Kafir bila UMNO berkawan dgn MCA dan MIC. Sehinggakan sekarang pemimimpin Pas sanggup mempertahanakan pemimpin kafir Dap yang menghina Islam kononnya, mereka tidak tahu Islam. Kilang arak dan tindakan Ronnie Liu menghalalkan rumah-rumah maksiat tumbuh macam cendawan, kenapa Pas tidak membantah dan berdemotrasi dijalanan? bukankah semasa di bawah BN juak-juka Pas begitu lantang berjuang pasal kilang arak, ladang babi, rumah-rumah maksiat? kemana hilangnya perjuangan itu sekarang?

    • Sempit lagi ulasan Ust Yeh kawe?. Nak suruh luas berapa ekarnya?.
      Ore tidak kata salah ambil ilmu dari yahudi! ore kata umat Isle kesal M,sia tolong promosi Israel. Bila-bila kalu baca tu buka mata, kalu kita tutup mata, kita baca supa dgn ore buta. tak napak gapa, napak UMNO/APCO/YAHUDI.
      Telinga tuli, mata buta, mulut busuk. Bila pula PAS tak bantah kilang arak? bila pula PAS tak bantah rumah-rumah maksiat?. PAS ni berjuang islam, sampai bila pun PAS ake bantah, kerana ini peritah tuhe!.
      Kafir DAP buat muga tu PAS tak pelek, hak pelek UMNO hak ngaku isle. Ke ngaku saja?.

  10. Tiada salah kita mengkaji tentang kaum lain (Seperti mana bangsa asing mengkaji Al Quran).

    Just pandangan saya..

    Tahu kah anda laman sosial facebook kepunyaan israel?
    Lihat lah bagaimana malaysia mempromosi laman web kepunyaan israel ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s