PAS sokong calon DAP di Sibu


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah dan menyokong pencalonan Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng bagi pilihan raya kecil Parlimen Sibu 16 Mei nanti. Wong yang juga Adun Bukit Asek merupakan pilihan terbaik untuk Pakatan menambahkan kerusi Parlimen di Sarawak.

Pada masa ini Pakatan hanya mempunyai seorang ahli parlimen sahaja dari Sarawak iaitu YB Chong Chieng Jen bagi Parlimen Bandar Kuching. Walaupun Wong tewas kepada mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew yang menang dengan majoriti 3,549 namun DAP mempunyai pengundi tegar hampir 16000 orang di situ.

Sokongan rakyat mula meningkat sejak DAP mencipta kejutan pada tahun 1982 dengan memenangi kerusi Bandar Sibu melalui Ling Soe Ming, yang mengalahkan Tan Sri Dr Wong Soon Kai yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak ketika itu.

Rekod lama ini tidak boleh dipandang sepi kerana statistik sokongan masyarakat Cina akhir-akhir ini lebih condong kepada Pakatan seperti yang ditunjukan dalam PRK Hulu Selangor baru-baru ini.

Tidak mustahil Sibu yang dihuni 60 peratus pengundi Cina akan memberikan kemenangan kepada Pakatan bagi mengukuhkan suara masyarakat Sarawak yang tertindas sejak sekian lama.

Dengan tidak memandang rendah pengaruh wakil SUPP bagi BN, Robert Lau Hui Yew Pakatan akan berusaha memenangi baki 40 peratus pengundi di Sibu yang terdiri dari 20 peratus Melayu-Melanau, Iban 18 peratus, 1.1 peratus Orang Hulu dan 0.9 peratus lain-lain. PAS melihat bahawa pengundi bukan Cina ini juga sebagai aset penting bagi memastikan Pakatan mampu merampas kerusi itu dengan lebih selesa.

PAS akan mengerakan jentera pakar dari Semenanjung tanahair untuk bersama-sama jentera di Borneo bagi mengempur BN di Sibu. PAS akan terus membiarkan BN bagai ayam berak kapur melihat begitu positifnya kerjasama jentera Pakatan yang kini lebih kuat dengan penyertaan Parti Nasional Sarawak (SNAP) menjelang PRK Sibu nanti.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Advertisements

6 comments on “PAS sokong calon DAP di Sibu

  1. PAS parti munafik..

    PAS menyokong parti lahanat..
    PAS menyokong parti yang suatu masa dahulu pernah berkata ..”over my dead body first kalau nak tubuhkan negara Islam….

    • 1- tubuhkan negara Islam – BN akan halang
      2- Laksanakan Hudud!! – BN akan halang.
      Harap Dr Rita Sandakan boleh nasihat sikit PM 1Malaysia… jgn halang.. OK!!

  2. Sampai bila2 pun sy x setuju kerjasama dgn DAP. Dosa pemimpin PAS hari ni akan menjadi bebanan untuk pejuang PAS akan datang. PAS boleh berdiri sendiri…

  3. KALAU UMNO BEKERJASAMA DENGAN MCA DIKATAKAN KAFIR.KALAU PAS BEKERJASAMA DENGAN DAP BOLEH DIKATAKAN DUA KALI KAFIR KERANA PEJUANG ISLAMKAN.YA ALLAH SELAMATKAN NEGARA HAMBAMU INI DARIPADA DAKYAH POLITIK.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s