PAS Hina Sultan atau Umno Yang Maki Sultan


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat Umno kini semakin terdesak untuk menarik perhatian rakyat dan Sultan khususnya di Kedah. Mereka mendendangkan lagu “PAS hina Sultan Kedah” hanya kerana mereka kini sudah ketandusan isu untuk menyerang Kerajaan Pakatan Kedah.

Adun PAS Kubang Rotan, YB Mohd Nasir Mustafa membangkitkan dua soalan dibawah ini dalam sidang Dun?

1. Sejauh manakah bidang kuasa KDYMM Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini dihormati oleh kerajaan Pusat?

2.Setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan kerajaan negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam, nyatakan perkara tidak boleh tersebut?

Rakyat yang membaca soalan ini pasti akan ketawa melihat reaksi Umno yang begitu panik dan culas dalam membuat bantahan.

Soalan pertama jelas sebagai sindiran kepada Kerajaan Persekutuan yang ditadbir BN kerana begitu sibuk mencampuri hal ehwal urusan Agama Islam di Kedah. Nasir membuat soalan ini selepas mendapat laporan bahawa  Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB. Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj Baharom mengunakan JAKIM untuk memanggil imam-imam seluruh negeri Kedah mengadapnya dalam satu program di SP Inn pada 4 April 2010.

Jadi beliau mahu tahu sejauh manakah kuasa Kerajaan Persekutuan dalam hal ini berbanding kuasa Sultan yang menaungi segala program dan aktiviti keagamaan di negeri Kedah.

Soalan kedua jelas menunjukan bahawa beliau mahu satu penjelasan dari pihak Kerajaan berhubung bidang kuasa Kerajaan negeri dalam pentadbiran hal ehwal Islam dinegeri berkenaan sebagai memudahkan rakyat dikawasannya dan diseluruh negeri melihat kuasa-kuasa Kerajaan negeri dan Sultan dalam urusan berkaitan. Ini adalah satu cara untuk mendidik rakyat melihat hak pemimpin mereka ke atas agama dan diri mereka serta hak mereka terhadap pemimpin mereka.

Dalam kedua-dua soalan ini PAS tidak nampak sebarang unsur penghinaan kepada Sultan dan Umno jelas memutar belitkan fakta sebenar lantaran kedangkalan mereka sendiri.

Rakyat tidak lupa sejarah Umno menghina Sultan-sultan selama ini;

  • Pada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan.
  • Tahun 1983, Umno membelasah Raja-Raja Melayu di Parlimen kerana menolak cadangan supaya kuasa Yang DiPertuan Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan.
  • Umno turut berdemo dan menghantar memorandum kepada Sultan Kelantan sebagai tanda protes serta mendesak harta DiRaja disiasat.
  • Umno juga cuba merampas kuasa dengan menabalkan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sultan Ismail Putera pada 29hb April 1993 di Ketereh Kelantan.
  • Dato’ Zahid Hamidi yang menjadi Ketua Pemuda Umno ketika itu mencabar supaya Sultan Kelantan Ismail Petra turun takhta.
  • Pada 2008 Umno Terengganu mengumpulkan ahli-ahlinya untuk berdemo membantah tindakan Sultan yang kini menjadi Yang DiPertuan Agong kerana memilih Dato’ Mohd Said sebagai Menteri Besar dan menolak cadangan Umno yang mahukan Datuk Idris Jusoh dilantik semula. Kain rentang menghina Sultan dan memanggil baginda sebagai “Binatang” diarak dalam demontrasi itu.
  • Pada tahun yang sama Perlis menyaksikan Sultannya di boikot oleh Bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Shahidan Kasim yang ditolak Istana dalam Istiadat perlantikan Menteri Besar Baru, Datuk Seri Mohd Isa Sabu.

Banyak lagi kisah-kisah penderhakaan Umno yang tidak pernah serik memaki hamun Sultan hingga ke hari ini. Ternyata sikap PAS dan Umno terhadap Istana begitu jauh berbeza.

Umno menganggap tindakan PAS yang bertanya secara baik dalam DUN sebagai menghina Sultan dan dalam masa yang sama mereka menganggap tindakan mereka memaki Sultan sebagai teguran kepada Istana.

Rakyat perlu melihat perkara ini dan memahami bahawa mereka bukanlah rakyat yang bodoh, yang tidak pandai membezakan soalan atau makian.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Advertisements

9 comments on “PAS Hina Sultan atau Umno Yang Maki Sultan

  1. Dan banyak juga kisah-kisah penderhakaan Pas terhadap Sultan hingga ke hari ini. En.Idris Ahmad (Maaf saya tak sanggup panggil Ustaz. Semoga Allah Maafkan saya) Saya cadangkan saudara berjumpa dengan setiap seorang orang Umno dan kita dengar apa kata mereka. Sama juga jikalau orang2 Umno berjumpa berborak2 dengan orang2 pas kita dengar apa kata Mereka. Orang Pas akan kata sama. Org Umno akan kata sama. Ianya seperti Game yang akhirnya akan ditentukan siapa menang dan siapa salah. Yang menang adalah yang terbaik dan diterima. kita cuma perlu cari seorang pemenang sahaja. namun bak kata Vince juara Akademi Fantasia 1 “Kita semua adalah pemenang dan bukan Pengalah”

  2. salam ustaz…saya nak respon sikit apa yang ditulis oleh member kita ni…klu benarlah apa yang dikatakan itu mengapa perkasa tidak keluar demonstrasi?mengapakah hanya pas sahaja yang dianggap salah tp ketika umno melakukan kesalahan wahai encik? (maaf saya tak sanggup panggil nama yang bergelar “orang”. semoga Allah maafkan saya)jd bersikap adil dan bersikap terima hakikat yang umno salah…awak ingat kita hidup zaman batukah?kita masyarakat bukan seperti umno yang boleh dicucuk hidung macam lembu…pas pun banyak rekod …

  3. Penentangan UMNO kepada sultan pada masa itu dengan tujuan untuk membetulkan institusi di raja yang di lihat boros dan menghabiskan banyak wang rakyat. Raja bukanlah maksum untuk kita taat membabi buta. Apa bila mereka melakukan kesilapan, maka mereka perlu di tegur.
    Berbanding tindak tanduk PAS, PAS dilihat sangat ekstrem dan bermulut celupar, tidak perlu di ungkit jauh-jauh, memadai sekiranya En Idris melihat balik foto penyokong PAS berbaring di jalan, sambil memegang bendera, dan menghalang perjalanan Sultan Perak kembali ke istana. Juga tindak tanduk blogger PAS yang memaki hamun SULTAN PERAK apa bila Sultan Perak memutuskan Zambry adalah menteri besar. Juga tindakan Aduka Taruna yang sunggu egois dan bermulut syaitan apabila memaki Sultan Johor yang telah mangkat dengan kata-kta yang sungguh hina.Apakah itu di kira sebagai taat?
    En Idris celik IT, cuba browse blog pro-BN, lihat apakah mereka pernah memaki Sultan. Bandingkan pula dengan Blog Pro-PAS, sungguh celupar sehingga saya pasti En Idris sendiri tak sanggup mebacanya.
    En Idris juga benar, rakyat pandai membezakan yang mana satu makian, yang mana satu nasihat. Kami lebih percaya PAS suka memaki sesiapa yang dilihat tidak sealiran dengan nya.

    Saya fed -up dengan mulut celupar pengikut PAS.

    Sekian.

    (Jika telus dan sanggup menerima teguran siarkan lah komen saya)

    • Utk sokong sultan> ni jawaban aku :-

      1. Betul sultan bukanlah maksum tapi org taat kpd sultan ikut apa yg ada dlm Perlembagaan Persekutuan, so jgn nak tuduh PAS ekstrem ttg soal ini. Mana bukti yg mengatakan penyokong PAS yg berbaring di jalan tu, jgn tuduh klu tak tau fakta sebenar.
      2. Mana lagi teruk, pegang bendera dgn pegang poster “kami nak idris jusoh, natang” tu.
      3. Blogger yg kata maki hamun sultan tu sape dia n klu betul, apa tindakan Polis or SMM n Aduka Taruna tu blogger PAS k?

      Kesimpulannya, komen ko ni komen org yg tak berpelajaran or faham ttg undang2 (kalau kata “bodoh” nnti terase lak). Ko yg bercakap tanpa bukti dan egois. Klu betul berani, kita set tarikh and tempat utk berdebat cara ilmiah. Jgn menyorok guna nama entah apa2 utk komen kat sini. Debat ilmiah lbh baik dr ko menyalak tak tentu pasal kat sini.

    • org suruh pegi majlis ilmu x pegi,masjid x pegi,nak jumpe mcm mane,org umno konsert menyanyi boleh,hentam org pas ikut suke hati mcm israel,sedar la sikit, basuh sikit otok nko dengan majlis2 ilmu,peringatan yang di bagi x mahu terime, sebab tu Al Quran diturunkan,supaye kite ikut,org pas,penceramah2 bagi nasihat care lembut x nak ikut,care tu la pulak nak bagi tau,dah la lawan hukum Allah,lawan sunnah nabi,memang itu carenye,sibuk la lwn sultan,lawan hukum Allah,lwn sunnah nabi,x ade nko nak sibuk,ini perangai org umno,yg diajar oleh pemimpin umno,org pas menghormati sultan,x ade la sebiadab biadab umno apco,mengatekan’natang’kpd sultan diterengganu,cube check la balik.

    • sekarang ni sape yg banyk habiskan wang,umno!knp nko x betulkan pemimpin umno,habis di legokan,dulu singapure,pastu ntah hapekemendentah lg,pulau batu putih,yang terbaru,2 ke 3 telage minyak dilegokan,knp nko x betulkan,knp x tegur,cube jwp!bile org Pas bg tau,mulut celuparlah,apelah,ektremlah,pandangan semcm ini same pandangan org yg anti islam,mcm amerika,yahudi dan sekutunye,memang nko puak2 umno sokong sultan,sebab sultan mengiakan kehendak nko puak2 umno yang mnghabiskan harte rakyat,untuk mengisi tengkolok2 puak2 umno,cube sultan x setuju dngn puk2 umno,pasti umno jadi biadab sebiadab2nye,mcm diterengganu,sampai tulis sepanduk ‘natang’kpd sultan,alo..umno,sultan x boleh memecat MB,lihat balik undang2 tubuh negeri perak ye,klu x reti jngn berckp,agak2 la nak taat org mcm mane,yang boleh ditaat hanye ALLAH dan Rasul je,dan pemimpin yang bertaqwa,ada paham ka,org suruh pegi majlis ilmu x pegi,org berceramah,kate mengutuk org,sebab tu la x reti,nko ingt islam tu sembahyng je,bnyk lg yng ter kandung dlm Al Quran,pikir2la,harte malaysia dah banyk tergadai zaman pemerintahan umno skrg ni,Islam lg la lingkup di buat oleh umno,cube la reti sikit.

  4. demi kepentingan politik salah di antara kita saja-saja dicari dan dibuat.semuanya sama.hidupkan 1 Islam,hidupkan 1 Melayu dan hidupkan 1 Malaysia.semoga malaysia selamat.

    • “Hidupkan slogan 1 Malaysia”???

      ~judi bola sepak “dihalalkan” oleh kerajaan BN y jelas DIHARAMKAN dlm Al-Quran..K’Jaan BN lg hebat dr HUKUM ALLAH ko? mghalalkn ape y dharamkan dgn dalil y jelas…pe komen????

      ~Konsert 12 jam tanpa henti dr 7ptg-7pg diluluskn…n artis utama ialah ‘PITBULL’, nda bleh search kt trnet lirik2 lgunya….

      ~1Malaysia: Maksiat bertebaran, Dosa Bertebaran

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s