Pengundi Cina Hulu Selangor Buktikan Tolak BN, Peruntukan Akan Dapat Juga


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan terima kasih kepada seluruh pengundi di Hulu Selangor kerana memberikan sokongan hebat kepada Pakatan khususnya kepada pengundi Cina yang jelas mendukacitakan BN.

Semalam Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mengunakan duit peruntukan rakyat untuk Kementerian Pelajaran bagi membayar ‘hutangnya’ kepada pengundi Cina sebanyak RM 3 juta. SRJK (C) Rasa, Hulu Selangor menerima duit itu walaupun kaum Cina sudah menolak parti berkenaan.

Rakyat yang bijak akan melihat bahawa jika mereka tidak undi BN sekalipun, BN akan berikan bantuan juga akhirnya. Mungkin sesetengah rakyat beranggapan bahawa mereka kalau sokong BN akan dapat lebih.

Tetapi harus diingat BN terdesak berikan bantuan RM 3 juta yang tiada dalam senarai perancangan perbelanjaan Kementerian Pelajaran itu kerana ingin mendapatkan sokongan kaum Cina. Pilihanraya Parlimen Sibu yang majoriti penduduknya adalah kaum Cina menjadi sasaran terbaru mereka selepas dikecewakan oleh pengundi Cina di Hulu Selangor.

Jika BN ikhlas, bantuan berkenaan sudah diterima sejak zaman Palanivel menjadi Wakil Rakyat lagi. Tapi BN sengaja bermain wayang untuk menunjukan lakonan keprihatinan kepada rakyat sedangkan banyak lagi sekolah Cina dan India serta sekolah Agama Rakyat yang belum mendapat bantuan Kerajaan diseluruh negara. Malah nasib empat orang guru yang dilaporkan berumah dibawah kelas tempat mereka mengajar sejak 3 tahun lalu masih belum mendapat bantuan.

PAS baru-baru ini turut menerima aduan bahawa kelas-kelas mengaji dewasa di Masjid-masjid sekitar Wilayah Persekutuan termasuk Masjid Negara terpaksa dikurangkan berikutan kekurangan guru lantaran pihak Kerajaan sudah mengurangkan bantuan. Bantuan tahunan terpaksa dikurangkan bagi menampung belanjawan ‘terkejut’ Kerajaan BN yang selalu diumumkan masa Pilihanraya kecil.

PAS menyarankan rakyat di Parlimen Sibu menyediakan senarai panjang tuntutan segera mereka kepada BN menjelang pilihanraya kecil nanti. Inilah masa dan peluang untuk mereka menikmati pembangunan dan bantuan Kerajaan secara pantas tanpa perlu menunggu kertas kajian belanjawan dibentangkan kepada kabinet.

PAS berharap agar rakyat terus menolak BN, dan yakinlah bahawa bantuan lebih banyak akan diterima jika rakyat tolak BN kerana mereka sanggup lakukan apa sahaja termasuk berbelanja besar untuk meraih kembali sokongan rakyat bila sudah ditolak seperti yang dilakukan oleh pengundi Cina Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor.

Bantuan-bantuan ini belum dicampur lagi dengan bantuan yang akan diberikan Kerajaan Pakatan. Ini bermakna pengundi Hulu Selangor bukan sahaja menikmati bantuan BN, tetapi akan dapat bantuan berganda dari Pakatan kerana masing-masing mempunyai tanggungjawab kepada rakyat.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Advertisements

3 comments on “Pengundi Cina Hulu Selangor Buktikan Tolak BN, Peruntukan Akan Dapat Juga

  1. Assalamualaikum Ustaz,
    Saya mengikuti rapat PRK Hulu Selangor dengan penuh minat. Saya hadir pada siri ceramah di Sungai Buaya pada 23 Apr 10 pada malamnya yang dihadiri oleh DSAI, Lim Kit Siang, calon PR, Azmin Ali, Shamsul Iskandar dan lain-lain barisan kepimpinan PAS, DAP dan PKR. Sambutannya amat menggalakkan.
    Begitu juga pada hari Sabtu di Stadium KKB pada malam terakhir sebelum pungundian pada keesokan harinya. Memang tidak dapat disangkal kehadiran orang ramai pada kesemua ceramah tersebut 3/4 bukanlah pengundi dan penduduk tempotan Hulu Selangor. Kenderaan-kenderaan dipakir sehingga jaraknya dari stadium melebihi 3 km. Ada yang dari KL, ada yang dari Tanjung Malim dan sejauh Ipoh. Mereka yang hadir sanggup datang secara sukarela dan mengeluarkan belanja sendiri tanpa dijanjikan imbuhan apa. Bukan seperti penyokong parti pro kerajaan yang akan hanya hadir bila ada habuan. Kena berbelanja besar untuk menunjukkan kepada umum bahawa mereka mendapat sokongan besar. Mereka sanggup datang kerana esoknya adalah cuti umum dan tidak akan membebankan tugas seharian.
    Kenapa mereka ini sanggup berbuat demikian semata-mata nak mendengar ceramah. Pertama kami mahu mendapatkan maklumat dari sumber yang betul. Kami tidak mengambil bulat-bulat apa yang diperkatakan oleh media arus perdana. Kedua hendak menunjukkan sokongan kepada penyokong PR Hulu Selangor. Ianya terdiri dari berbagai kaum.
    Inilah yang digeruni dan digentari oleh UMNO/BN. Inilah gelombang kebangkitan. Gelombang inilah yang bakal melanda dan menenggelamkan UMNO/BN pada PRU 13. Saya cukup amat yakin dan pasti gelombang ini tidak akan reda walaupun apa pun isu dan perubahan yang cuba ditonjol oleh UMNO/BN dan kerajaan sedia ada pada hari ini. Gelombang ini akan terus membesar kerana rasa muak dan jijik kepada apa yang berlaku. Nak memenangi PRK habis wang rakyat dibelanja. Ianya merupakan mandat palsu yang dipenuhi dengan kejijikan dan kebobrokan parti pemerintah.
    Tiada jalan lain selain dari PR mengambil alih kerajaan pusat sekali gus melemahkan sumber kekuatan mereka. Kesedaran ini akan kami teruskan dan akan kami perhebahkan kepada rakan-rakan tidak mengira UMNO, MCA mahupun MIC. Kesedaran ini akan terus ditanamkan kepada para pendokong PR. Kamilah juga sebahagian dari ejen perubahan. Lawan tetap lawan. PR teruskan kemaraaan ke Putra Jaya dan kami sesungguhnya akan sentiasa berada di belakang mempertaruhkan nyawa dan harta benda kami demi satu masa hadapan untuk nak cucu dan generasi akan datang tidak menjadi mangsa kerakusan elit-elit politik UMNO/BN yang tidak mengenal erti kemanusiaan. Mereka lebih zalim dari Zionis.

  2. Baguslah kerajaan yang terajui BN kerana kerajaan BN memberi keperluan yang diperlukan rakyat walaupun yang tidak menyokongnya atau yang menyokongnya.Itulah yang dipanggil kerajaan.Tentang duit,semuanya duit rakyat tapi bukan yang kita rakyat semua sedekah kepada kerajaan tapi kepandaian kerajaan yang memerintah yang pandai mencari hasil untuk digunakan sebagai peruntukan kepada rakyatnya.itulah kerajaan namanya.Hidup 1 Malaysia.semoga Allah menyelamatkan negara malaysia ini hendaknya dairpada tipu daya nafsu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s