Harga Kickdefella RM 4 Juta, Apco RM 77 juta untuk lawan Pakatan


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak terkejut dengan dakwaan penulis blog Kickdefella, Syed Azizi Syed Abdul Aziz berhubung isu RM 4 juta yang digunakannya bagi melawan Kerajaan BN selama ini.

PAS mahu Kickdefella menyatakan apakah bentuk-bentuk fitnah dan pembohongan yang beliau lakukan untuk memburukan BN dan siapakah yang memberikan kebenaran kepada beliau untuk menyebarkan berita fitnah itu.

PAS yakin, setiap jentera Kerajaan Kelantan telah berkerja bersungguh-sungguh untuk membina imej Kerajaan PAS Kelantan. Namun kita tidak pernah mengarahkan mana-mana pihak untuk menaburkan fitnah dan pembohongan. Hatta bagi jentera penerangan parti sekalipun, kita hanya membuat pendedahan yang mempunyai fakta dan kebenaran.

Seandainya terdapat fitnah dan pembohongan yang dibuat oleh blogger itu, jelas beliau sengaja menciptanya dan berbohong kepada semua termasuk kepada orang yang membayar gajinya. Kickdefella perlu membuktikan siapakah yang mencipta pembohongan itu, adakah pimpinan PAS atau dia sendiri yang merekanya demi untuk membodek Kerajaan PAS selama ini.

PAS mencabar kickdefella untuk membuat laporan kepada pihak Polis dan SPRM jika benar beliau mempunyai bukti yang menunjukan pimpinan PAS mencipta pembohongan dan memaksa beliau menjadikannya sebagai bahan propaganda.

Beliau kini terdesak untuk kembali bersama Umno-BN yang baru-baru ini sanggup membayar RM 77 juta kepada APCO Worldwide untuk mencita Slogan 1 Malaysia dan menjadi perunding kepada Kerajaan BN bagi melawan kebangkitan Pakatan Rakyat.

Kickdefella meletakan harga dirinya RM 4 juta dengan harapan pihak tertentu menawarkan harga yang lebih tinggi supaya beliau terus menyebarkan cerita untuk menjatuhkan imej Kerajaan Kelantan dan Tok Guru Nik Aziz.

Perkara sebegini adalah lumrah dalam dunia politik kerana ada manusia yang sanggup menjual diri demi untuk mencari makan dan hidup mewah. PAS sudah lama bersedia dengan propaganda media sebegini.

Agem propanganda media seperti Kickdefella hari ini sanggup menjual penulisan mereka untuk mendapat bayaran tertentu dari pihak tertentu untuk mengkhianati rakan dan majikan. Mereka hidup bersendirian, kiri kanan ditikamnya. Bila duduk berhadapan mereka membodek, bila dibelakang mereka bekerjasama dengan musuh.

PAS berharap agar jentera penerangan PAS terus berusaha membongkar kezaliman BN dan menyampaikannya pada rakyat. Setiap fakta dan kebenaran harus dibawa kepada rakyat supaya mereka boleh menilai siapa pembohong, siapa pengkhianat dan siapa pejuang sebenar.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Advertisements

60 comments on “Harga Kickdefella RM 4 Juta, Apco RM 77 juta untuk lawan Pakatan

  1. Ustaz yang dihormati!
    Anda menulis :”Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak terkejut dengan dakwaan penulis blog Kickdefella, Syed Azizi Syed Abdul Aziz berhubung isu RM 4 juta yang digunakannya bagi melawan Kerajaan BN selama ini”.
    Saya juga menulis :”Adakah parti juga tidak terkejut, bila kickdefella mendedahkan banyak rahsia parti, sehingga mesyuarat parti yang diisytiharkan sulit. Saya rasa beliau akan memdedahkannya secara beransur-ansur sehingga PAS Kelantan kelemasan dan terlodeh (rujuk blog kickdefella).
    Beliau pernah bertugas dipejabat MB dan bebas untuk berada dimana-mana bilik dipejabat MB. Mungkin kesempatan ini digunakan beliau untuk memperolehi pelbagai rahsia parti dan kerajaan Kelantan.
    Suatu tumpuan mesti diberikan, bagaimana beliau boleh diberikan jawatan seperti itu sedang beliau seorang UMNO tegar dan masih lagi ahli UMNO ketika itu?. Kenapa beliau diberikan keistimewaan ini, yang mana ahli PAS sendiri tidak memperolehinya? Siapa sebenarnya yang mengambil beliau sebagai pekerja di pejabat MB?.
    Anda bersuara :”Kickdefella perlu membuktikan siapakah yang mencipta pembohongan itu, adakah pimpinan PAS atau dia sendiri yang merekanya demi untuk membodek Kerajaan PAS selama ini”.
    Saya juga bersuara :” Saya bersetuju, siasat sekali mereka yang meragukan dan boleh mencemarkan nama baik parti Islam PAS “.
    Anda berkata “Kickdefella meletakan harga dirinya RM 4 juta dengan harapan pihak tertentu menawarkan harga yang lebih tinggi supaya beliau terus menyebarkan cerita untuk menjatuhkan imej Kerajaan Kelantan dan Tok Guru Nik Aziz”.
    Saya berkata :” Datang ke kelantan, dan ingat, ingat dan ingat “PAS Kelantan bukan parti berasingan dengan PAS pusat”. “Kerajaan PAS Kelantan masih lagi dibawah jajahan takluk PAS pusat. Mana-mana ahli PAS Kelantan dibawah kawalan PAS pusat”. Jangan datang ke Kelantan sebagai tikus, tapi datang sebagai Khalid al-Walid”.
    Semoga Allah pelihara perjuangan Islam. Takbiiiiiiiiiiiiiiiiir.

  2. jangan jadi bodoh!!
    rm 4 juta hanya utk jatuhkan pak lah..
    rm 77 juta untuk semua rakyat malaysia..28 juta orang!!!

    UMNO bayar APCO..satu syarikat perunding..salah satu memberi nasihat mcm mana nak perbaiki perkhidmatam awam…bila perkhidmatan awam dah bertambah baik..semua orang merasa…

    • macam Orang Malaysia nie takde yang bijak pandai sampai Ambik APCO jadi syt perundingan untuk bg nasihat? Yahudi pulaktu? Pekehal? Kan banyak perunding2 warganegara kita yang menjadi koordinasi di syarikat antarabangsa?

      • takpun ambik JEPUN ke, KOREA ke, … kan lg murah?

        DAH dasar suka membazir…. SATU MALAYSIA lah, nanti tukar PM, guna nama lain pulak? Yang rebranding ISLAM HADARI zaman paklah pun tah berapa Bilion habis? Buat Apa? Mana Kesan HADARInya? semua kena mengaji, pakai baju baru ada cop ISLAM HADARI……

        Zaman NAJIB nie, 1 malaysia pulak. Habis logo tu dijaja…. Berapa Bilion tu????

        ramai lagi orang susah kat malaysia ni?

        Nak baiki perkhidmatan apa kejadahnya? Membazir….. Lepastu tAKDE DUIT.

        Naik CUKAI GST, Naik MINYAK, Hapuskan ROYALTI…. Tak bagi ROYALTI kat KELANTAN yang kononya takde Pembangunan…. BODOH.

        MENTERI tak cerdik MEMERINTAH. Membazir je PANDAI…………..

        Aku nak tuntuk semua ni kat Akhirat kepada PEMERINTAH yang membazirkan harta RAKYAT! Biar korang yang bersekongkol sekali Kena humbang bersama-sama peminpin yang zalim kepada rakyatnya.

    • dr rita sandakan,

      Anda sebenarnya tak faham apa yang sedang dipertikaikan. Suka saya nak jelaskan apa yang dipertikai mengenai APCO bukan jumlahnya, tapi siapa APCO!!!!!
      Tolong cekkkk infoo.

    • 77 juta utk rakyat malaysia???? Hahahahha…kenyataan paling lawak abad nih… Dr Rita Sandakan dpt brp juta dr 77 juta tuh?? Hahahahah…lawak…lawak…lawak….

  3. Saudara Idris,

    Saya tidak pasti sama ada saudara bermasalah memahami bahasa Melayu dan jika saudara faham bahawa saudara telah membuat satu fitnah didalam kenyataan saudara. Ini yang saya tulis di dalam blog saya pada 28 April 2010.

    “Sepanjang hampir 3 tahun berkhidmat di Kelantan, saya telah membelanjakan sejumlah hampir lebih RM4 juta untuk membiayai pelbagai aktiviti termasuklah pembelian asset, peralatan, pembayaran upah operatives, percetakan dan lain-lain yang bertujuan menggerakkan satu Operasi Gerak Saraf.

    Saya tidak mempunyai wang sebanyak itu. Dari mana saya mendapat wang sebanyak itu bagi mengendalikan satu Operasi Gerak Saraf untuk mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi seterusnya mempermudahkan bagi PAS menewaskan Barisan Nasional di Kelantan?”

    Saya rasa bahasa saya mudah dan terus kepada isu pokok.

    Keduanya, saya sudah membuat kenyataan kepada SPRM jadi janganlah saudara ketinggalan keretapi untuk mencabar saya membuat laporan kepada SPRM.

    Sebagai Ketua Penerangan Parti Islam, cubalah memaparkan ciri-ciri sebagai seorang Islam.

    • betul tu sheik. Cuba la Ketua Penerangan ikut perangau sheik nie…. Orang Islam Sebenar Sheik nie…. Lebih hebat dari orang islam lain. Kalau nak banding ciri ISLAM yang ada pada SHEIKH ni, semua orang lain memang takdok ciri-ciri ISLAM. Sebab tu sedap dia duk pulun PAS sekarang nie. Tapi takpe,,,,,,, ALLAH bersama dengan Orang yang BENAR, dan KEBENARAN itu pasti menegelamkan KEBOHONGAN dan PENDUSTAAN. Walaupun berhimpun semua orang kafir meyatakan, tidak suka. Bersabarlah akhi. Bersabarlah pendokong PAS,…. Bersabarlah peyokong-peyokong kebenaran. Bersabarlah. Sungguh kemenangan itu sangat dekat. Allahuakbar!! Hidup Islam.

      • sudahlah kamu dengan hayalanmu.akhir zaman ni Nabi Muhammad s.a.w telah beritahu bahawa perkara yang betul dikata tidak betul dan perkara yang tidak betul dikatakan betul.faham-fahamlah.kalau tidak betul minta parti pas saman saja kickdefella.ok

  4. Pingback: Idris Ahmad? «

  5. Setuju.. 4 juta untuk menaikan imej kerajaan Islam terlalu kecil jika dibandingkan dgn 77 juta untuk menaikan imej seorang individu syok sndri. 4 juta bukan isu…

      • Kalaupun x duduk Kelantan…sekurang2 nya sy tahu Kerajaan PAS berusaha tegakkan Islam di Kelantan. Itu yg paling penting!!!
        Apa penting sngt ke naikkan imej 1Malaysia tu…smpai habis semua di kawinkan dgn 1Malaysia.. Piraaaa….mabuk glemer…. 1Malaysia..Rakyat diabaikan..Bini diutamakan…:-P

      • Tak sama bahu yang memikul dengan mata yang melihat. Saudara Ishak tentunya membaca dari tulisan dalam harakah. Cuba tanya, lembah sireh hampir 1000 ekar sapa dapat? Pelangi mall Siapa dapat? KB Mall siapa dapat? Taman Bendahara, siapa dapat? Kawasan rumah asap dulu, siapa dapat?

        Tuan siasat sendiri dan beritahu saya. Kalau saya jawab tuan kata saya boohong.

  6. Assalamualaikum

    Ust. itu singkatan utk apa? Kalau ustadz tolong perbetulkan tingkah laku & pertuturan.

    Tulisan anda dah lebih kepada tuduhan & fitnah. Islam itu Ad-din, Rasulullah S.A.W. tak pernah membuat tuduhan membuta tuli pd seseorang.

    Insaflah hai ust….

  7. Tu laaa… tak ambil tiket, lepas tu ketinggalan keretapi. kan KICK tu dah kena siasat kat SPRM, nak report2 apa lagi. Ana rasa u ni memang salah seorang yang bertanggung jawab perbalahan antara umat islam di Msia ni. Hentikan lah sdr.Kesian generasi akan datang pening kepala dok pikir parti mana 1 yg. betul. U patut tahu, mengaku,sedar dan insaf bahawa dalam PAS sekarang ni hanya segelintir kecil shj. yang betol2 perjuangkan islam. ( itu ana sangat sokong dan semoga kumpulan ini berjaya )tapi yang selebihnya sama juga cam ahli2 UMNO, Kebendaan dan semua berhajat nak kan wang ringgit serta pangkat. Puiiiih.. menyampah ana

  8. assalamualaikum ustaz,

    nampaknya PAS kepanasan. Kalau tak buat salah kenapa perlu takut? kenapa Nik Aziz mendiam seribu bahasa berhubung isu Kickdefella ni?

    • Diam bukan beerti salah…bnk menjawab bukan beerti benar.. kalau bnyk menjawab tp isi habuk pun x de… Diam Tok Guru, diam si bijaksana. Bising 1malaysia…UPCO yg kaya…

      • nna lillahi Wa inna ilaihi Rajioon, Saudara Ishak harus cermin kembali tulisan saudara yang banyak merendahkan martabat sendiri.

      • Ishak> Sokong anda. umno bkn takat berminda low class malah kurang ajar. Smpi skrg tak de lak polis ke sprm gi tgkp mana2 pihak yg dituduh “salah” oleh kickdafella. Otak umno ni letak bwh tapak kaki je

  9. salam tuan,

    Saya sesungguhnya malu mendengar gaya tulisan dan percakapan seorang yang bergelar Ketua Penerangan bagi Parti Islam.

    Sudahlah, cukuplah…terlalu ramai manusia dalam muka bumi ini yang mencemarkan nama Islam…

    Jangan pandai menuduh orang lain membuat fitnah jika saudara sendiri lupa untuk mencermin diri saudara.

    Wassalam…

  10. Assalamualaikum Ustaz,
    Apa khabar ? Sihat hendaknya.
    Saya terpanggil utk memberi sedikit pandangan kpd Ustaz dan kawan-kawan.Sudah lama saya mengikuti perkembangan PAS yang memperjuangkan Islam untuk kesejahteraan ummah di negara kita. Syabas kpd PAS kerana telah menyedarkan semua masyarakat Islam/Melayu di negara kita tentang kesyumulan Islam dan peranannya di dunia dan akhirat. Tidak dapat dinafikan peranan PAS dalam mewujudkan suasana KEISLAMAN di negara kita.Alhamdulillah.

    Namun perjuangan PAS telah lari dari landasan bermula selepas kemenangan PAS/PR pada pilihanraya umum 2008. PAS berjaya menempuh ujian ketika dalam kesusahan tapi nampaknya PAS kurang berjaya bila berada dalam kesenangan/kemenangan. setelah PAS berjaya bersama PR di Perak & Selangor, cara percakapan dan perbuatan ahli/pemimpin PAS telah bertukar corak.

    Dulu : Ahli PAS tawadduk/merendah diri, kini: ego & menonjolkan diri.
    Dulu : Bercakap berlapik dan menjaga perasaan org lain, kini : menghentam org
    seperti org itu musuh yg tak dapat dimaafkan.
    Dulu : Menggunakan ayat-ayat Quran utk menarik minat org ramai kpd Islam,
    kini : mencari ayat-ayat Quran yg sesuai utk mempertahankan sesuatu perkara
    walaupun perkara itu tidak bertepatan dgn kehendak Islam.

    Saya dgn rendah diri, meminta agar pendokong-pendokong PAS bersembahyang ISTIKHORAH agar Allah menunjukkan jalan yang sebenarnya bagaimana meletakkan perjuangan PAS ke jalan yg diredhaiNya.

    Ingatlah saudara : Org kaya diuji dgn hartanya.
    Org alim diuji dgn ilmunya.
    Org berkuasa diuji dgn kuasanya.

    Apakah kerana kita seorang ALIM, maka kita boleh menghina org JAHIL ?

    Wassalam.

  11. Tak habis2 salahkan BN.Sedarlah wahai PAS tidak pernah terfikir oleh saya bahwa PAS sanggup melutut kpd DAP semata-mata kuasa.Ke mana pergi perjuangan ISLAM yg dibawa.Kembalilah ke pangkal jalan sebelum bala tuhan mendatang.

    • knapa hnya pas d persalahkan bila bersetuju dgn dap dlm beberapa prkara..ada juga yg pas xstuju..kalo x,x jadilah krisis pas ngan dap kt slangor dlu..suma org ada pndgn masing2..pas melihat pluang berdakwah ngan dap lebih terbuka berbanding dgn ubn..knapa org nak mara pas bersama dap..abes tu umno yg ngaku islam melayu bersatu ngan mic ngan mca tu hapa..bukan ke depa tu kafir jugak..apa salahnya..dalam ngara ni bukn wujud org islam mlayu ja..bnyk g bgsadan penganut agama lain..salahkah berkongsi kuasa politik??

  12. Assalamualaikum wbt,
    PAS perlu menukar ketua penerangannya kerana ketua penerangan yang sedia ada bercakap tanpa fakta. Carilah mereka yang berkerja dengan fakta bukan berkerja dengan sesedap mulut. Sepatut ketua penerangan PAS mencari bukti-bukti yang boleh digunakan untuk menjawab persoalan yang berbangkit. Dengan segala bukti satu penerangan berterusan perlu disampaikan kepada ahli PAS dan juga rakyat Malaysia. Ingat jangan api dipadam dengan minyak petrol. Api hendaklah dipadamkan dengan air tetapi bukan secara terus tetapi secara startegi. Tidak begitu saudara Idris Ahmad.

  13. Pak Sheikh,
    Dulu saya dok intai2 siapa Pak Sheikh ni. Kebelakangan ni jelas tekaan awal saya iaitu sebagai pembangkan PAS bukan pejuang kebenaran. Satu lagi yang paling jelas ialah Pak Sheikh juga salah seorang GENG 4J kerana jelas dan nyata beliau bersubahat sekali. Kini Pak Sheikh dok kalut membuka rahsia musuhnya kerana sekali lagi Pak Sheikh dibayar mungkin dengan bayaran yang lebih tinggi. Percayalah satu hari nanti Pak Sheikh akan membuka rahsia pembayar sekarang kerana akan ada orang lain yang membayarnya dengan harga (diri) yang lebih tinggi, dan begitulah seterusnya sehingga……… kata P Ramli.

  14. salam, saya budak lagi. xdftar ngundi lagi, tpi umor baru ckup masa utk mgundi.
    nak tanya pasal tulisan ni,

    “Kickdefella meletakan harga dirinya RM 4 juta dengan harapan pihak tertentu menawarkan harga yang lebih tinggi supaya beliau terus menyebarkan cerita untuk menjatuhkan imej Kerajaan Kelantan dan Tok Guru Nik Aziz”

    adakah ini tuduhan ber-BUKTI?
    atau adakah in FITNAH??
    adakah PAS benarkan FITNAH dalam sesetengah perkara?
    mungkin??

    pembaca mahu PENERANGAN dari “ketua penerangn PAS” bkn,
    komen@fitnah yang tidak lansung menjawab soalan2 kepada isu semasa.

    harap maklum.

    • Tuduhan daripada UMNO tuduhan yang tidak boleh dipercayai, UMBO dah nak lemas, mujur APCO ajar dia tuduh menipu dan rasuah macam kamu supaya orang kata UMNO sama dengan PAS.

  15. Aku amat menyokong tulisan Ust. Idris Ahmad. Soalnya siapa di belakang Kickdefella. Sewaktu tahun 2007, diperingkat awal Kickdefella bekerja dengan sesaorang di Kelantan, dalam blognya banyak Kickdefella menyerang hendap dan mengutuk beberapa individu yang tidak bersetuju dengan tuannya.

    Sekarang Kickdefella menyerang pula tuannya. Yang kepanasannya dalam isu 4juta ni, bukannya Kickdefella, bukannya Tok Guru Nik Aziz, bukannya PAS Kelqantan, bukannya Kerajaan Negeri Kelantan, bukannya PAS Pusat tetapi tuannya yang telah menjolikan wang sebanyak 4juta tu.

    Tunggulah tuannya dan orang-orangan ini di panggil siasat oleh SPRM, sebab Kickdefella dan dedahkan semua nama-nama dan siapa bersama tuannya.

  16. PAS memang ajaran sesat, aku student ilmu wahyu UIA, fiqh dan usul fiqh, terang2 cakap PAS lebih celaka dari UMNO…Umno korang kapirkan, korang tu betul sangat ke? memang politik (demoKERASi) ni pecah belahkan umat Islam….memang celakalah PAS bukan parti mewakili Islam, tapi parti mempergunakan Islam..kepada Individu dalam PAS yang berpegang dengan ASWJ, tinggalkan PAS…Ramai Kapir dalam PAS daripada UMNO. TGNA pon sesat
    1)kata ALLAH mencarut = Ijma Ulama mengatakan Kafir menyifatkan ALLAH dengan sifat2 makhluk. Imam Tohawi berkata ‘barangsiapa yang menyifatkan Allah dengan salah satu dari sifat2 manusia, maka dia kafir!’ rujuk Aqidah Thohawiyyah
    2)kata ALLAH Samseng = Kafir (Ijma)- Natey TGNA mengatakan bahawa ini terjemahan sebenar, kepala hotak dia.
    3) Dalam You tUBE BANYAK video tentang kuliah dia, ada yang dia kata ALLAH tu Engineer- video isu kelantan buat bajet untuk kempen tutup aurat…Masya Allah, Kafir!!!

    UMNO?

    Sape kate UMNO kafir? Pas je kan? UMNO tak pernah tolak hukum Islam, mereka hanya tak mampu nak menjalankan…paling tinggi tahap mereka disisi ASWJ iala Fasiq- mereka yang melakukan dosa besar, takde la sampai Kafir…

    Pas lagi banyak sesat, matlamat menghalalkan cara, dulu dan-dan je taklehh kerjasama ngan orang Kafir, sekarang? ngan DAP, lagi Karpal Singh main-mainkan Islam korang senyap je, TGNA cium bontot karpal.

    Rasuah-Derma
    Derma-Rasuah
    Liwat- ???

    • ckp blajaq ilmu wahyu konon pastu mara2 org pasai kutuk org lain.hg pn 2×5 jugak sbb ikut sdp mulut ja memaki org lain,ilmu apa?tohawiyah..berckp pn pnuh maki hamun xada adab ngan santun..perbandingan bukanlah menyamakan hmba dgn pencipta..itu hnya sbg perumpamaan utk memudahkan manusia paham..bdk skola pon bole paham..jganlah bekukan otak dan jd jumud sgt..sesatkah pas utk wat ngara islam dgn bndaraya islamnya, pengasingan yg ketara bg lelaki dan perempuan..sesatkah tu..???bukankah itu yg d suruh oleh allah ke ats org2 yg ngaku beriman..cubalah bca bku kejayaan krajaan islam kelantan kalo nk tau pas tu islamik ataupon x.bkn nk berbangga tp cuba tgok imej pemimpin2 pas dan bandingkan ngan pemimpin2 umno..spa yg lebih amalkan sunnah???

    • Kepala otak kau belajar ilmu wahyu, wahyu apa kot belajar ilmu waswas syaitan, pergi balik ketik kampung beruk.

  17. Jangan salah faham.Jangan menegakkan benang basah. 4 juta untuk memalukan seorang insan.77 juta itu untuk membangunkan dan memajukan negara serta meningkatkan ekonomi,dengan ekonomi meningkat hidup kita pun diizin Allah akan meningkat.Fahamlah sikit, jangan asyik berpolitik saja.Fikirkan juga masa depan negara.Selamatkanlah negara hambamu ini Ya Allah.

  18. tuduh pala bapak hampa apa….dok bercakap dalam blog ja…suruh syeih hampa ajak ust idris debat dalam bab ni…yang hampa tu menambah2 pasai apa…

  19. setiap manusia ada kesilapan…mana ada yang sempurna,setakat kenyataan,berbanding rasuah dosa2 yg lain..masih teruk…saudara fadrul hisham..malu….?? anda dah jadi ahli pas? berapa lama?kalau setakat jadi hali,x penah gi usrah dlm jemaah..x payah bermain ombak…sebelum anda menilai kelemahan org.nilai kelemahan diri sendiri..

  20. Assalamua’laikum

    Ustaz Idris,semoga ALLAH golongkan kita bersama dengan orang-orang yang sabar..

    Sidang blogger sekalian..
    Pentas dunia kita akan ragu siapa betul siapa salah,
    boleh caci, boleh fitnah,
    Pentas akhirat, insyaALLAH, segala-galanya akan terbongkar, asal biar, yg mana prlu btaubat, lakukan segera dalam ritma keikhlasan..

    ALLAH Maha Mengetahui Segala-galanya..

    Smg bait2 ini dpt menyentuh hati mana2 insan yang ditaqdirkan oleh ALLAH untuk menerima hidayah… Intima’kan rasa cinta pada barisan mukminin dan mukminat, mujahidin dan mujahidat…

  21. Berat,berat,berat.Parti Islampun upah orang juga untuk menfitnah lawan.Teruk,teruk.Apa sudah jadi dengan 4 juta.4 juta untuk hina orang ke.Banyak teruk.Mana boleh sama dengan 77 juta.77 juta tu untuk kepakaran meningkatkan ekonomi dan pembangunan negara bukan untuk menfitnah dan menghina orang.Ekonomi meningkat, kita juga yang mudah cari makan.77 juta tu bukan untuk lawan pakatan.Lawan apanya 1 Islam dan 1 Melayu.Ya Allah selamatkanlah negara hambamu ini.

    • Dakwaan kaki botol pun puak UMNO duk layan, padanpun UMNO jadi ejen APCO, APCO pula ejen YAHUDI. UMNO sama YAHUDI.

      • Pak Teh napok ko dia kaki botol? jange nati puok-puok atah tu make kenye kita masuk nerako tak masal.

  22. APCO digunakan untuk memberi pandangan dan nasihat bagaimana untuk majukan negara..majukan ummah…77 juta adalah untuk semua rakyat malaysia..bukan lah hanya untuk Najib sahaja…misalnya..idea 1Malaysia..ia idea bagus..mengeratkan perpaduan 1negara..

    tapi PAS bayar 4 juta untuk taburkan fitnah dan menjatuhkan PAK LAH,.,.satu tindakan dari orang2 munafik yang mengaku beragama ISLAM…

    Hari mau kiamat!!!!
    Ulamak perangai macam SETAN..

    • Ni lagi bangang, rusa upah serigala jaga rumah, nak mampuskah?, UMNO upah yahudi nak jaga nama baik negara?. Padanpun mufti mendiamkan diri dalam kes judi, Yahudi/APCO kata jaga nama baik negara, PORAAAAAAAAAAAAH

      • Berat bahasa ore PAH ni. Kena jolok ko ore amno sikit melentingnya sapa tak ingat palo doso.

  23. “Harga Kickdefella RM 4 Juta, Apco RM 77 juta untuk lawan Pakatan”

    adakah ini bermaksud PAS terlibat dalam kes 4 juta itu????

  24. PAS rasuah RM4 juta jer, UMNO rasuah RM77 juta, so kira PAS boleh masuk syurga lah, UMNO pula masuk neraka. Gitu ker cara orang PAS hitung matematik halal haram? memang berbaloi aku reject PAS, Parti Ajaran Songsang!!!

    • Kau ni bodoh tak habis-habis, UMNO upah APCO, semua ini dah terang menerang macam mentari jam 1.00 tengah hari. Kes PAS 4 juta masih belum disiasat, org yg membuat dakwaan pula kaki botol, kot ketika dia buat dakwaan dia telan pil kuda.Tuduhan 4 juta masih dalam gelap, org ada akal kata tuduhan terlampau bodoh, org yg percaya 3 kali bodoh.

    • Kau ni, guna lojik tak guna kepala otak, jangan berfikir guna kepala lutut, berfikir guna kepala otak.
      Tahi dgn ketuk tak sama!, tali dgn beruk mana sama! UMNO ini parti penyamun, semua yang minat nak samun harta rakyat masuk UMNO. Pas ini parti penyelamat, tapi ada seorang dua jadi penyamun. yang jadi penyamun ni adalah genetik UMNO dalam benih PAS.
      Sama ke? Hanya UMNO/APCO/YAHUDI kata sama.

      • nna lillahi Wa inna ilaihi Rajioon. jago bahasa tu pakteh. Doso tak masal. Pertahe PAH tak surpo pertehe Islam.

      • Sokong and betul tu PakTehPas…org umno klu kalah hujah mula lah cakap yg bukan2…dakwaan kickdefella dianggap “mulia sesangat” tapi sebenarnya takde apa2 pn…utk org umno yang bodo2 tu tak payah nak komen apa2 sbb idea korang tak lebih dr sampah je…tgkp dl ali rustam, najib sblm nak cerita psl rasuah..umno bengong

  25. terima kasih ustaz idris.anda patut berbangga dengan cemuhan musuh seperti firman Allah yang bermaksud “…kaum yang menggantikan golongan murtad sifat mereka tidak takut kepada golongan yang mencela” (sebahagian daripada maksud surah al-Maidah:54)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s