PAS mahu KPN buat Kerja bukan buat ugutan


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan sikap amatur Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang mengugut untuk mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal keselamatan negara berikutan tekanan yang diterima Polis selepas orang ramai mempersoalkan kredibiliti organisasinya dalam menguruskan kes kematian seorang pelajar, Aminulrasyid Amzah.

PAS mahu pihak Polis bersikap profesional dan menerima secara terbuka kritikan rakyat dan berusaha memperbaiki kelemahan mereka. Polis dibayar gaji mengunakan wang rakyat jadi tiada sebab Musa perlu arahkan anggotanya supaya tidak bekerja. Sama ada beliau merajuk atau tertekan, ugutan itu tidak sepatutnya dilemparkan kepada rakyat.

KPN yang kontraknya telah disambung beberapa kali harus bekerja bersunguh-sungguh bagi mendapatkan kepercayaan rakyat. Jika beliau tidak mampu, lebih baik beliau berundur sahaja.

PAS yakin, lebih ramai anggota Polis yang mempunyai kredibiliti mampu untuk menaikan semula imej jabatan itu. PAS juga sedar bahawa hanya sebilangan kecil sahaja anggota Polis yang bermasalah. Tapi pihak Pengurusan PDRM kena belajar terima hakikat ini dan menerima teguran rakyat secara proaktif.

Kita tidak mahu Polis hanya bertindak pantas bila kes sudah menjadi isu dalam surat khabar dan media, sedangkan isu yang tidak diketahui rakyat dipencilkan begitu sahaja.

Keselamatan rakyat kini menjadi keutamaan, dan Polis harus membantu dan membimbing rakyat agar dapat hidup dengan selamat.

PAS juga kesal kerana pihak Polis sebelum ini menolak cadangan penubuhan Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) dan menganggapnya sebagai satu ancaman. Jika mereka menjalankan tugas dengan baik dan tidak melakukan kesalahan, tiada sebab mereka takut kepada IPCMC.

Kerajaan yang mengantikan IPCMC kepada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguat Kuasa (Siap) juga gagal bertindak walaupun Akta penubuhan agensi itu telah diluluskan tahun lepas. Penubuhan Siap jelas tidak siap mana pun, ianya perlu disegerakan agar rakyat dapat mengadili anggota Polis yang melanggar undang-undang. Uniform Polis bukanlah lesen untuk melakukan pelanggaran undang-undang atau membuli rakyat. Jika Polis tidak bersalah rakyat tidak menghukum.

PAS berharap agar Ketua Polis Negara akan datang lebih profesional dan tidak cepat melatah dalam menghadapi apa jua situasi dan tekanan. PAS juga berharap agar Polis dapat memberikan perkhidmatan yang adil dan tidak tunduk kepada tekanan Menteri yang merupakan ahli Politik yang mempunyai kepentingan tertentu khususnya ketika musim-musim pilihanraya.

Diharapkan selepas ini KPN menumpukan masanya untuk buat kerja bukan buat ugutan lagi kepada rakyat.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Advertisements

5 comments on “PAS mahu KPN buat Kerja bukan buat ugutan

  1. Maaf saya tak sokong Mana2 parti. Sama ada PAS atau Umno. Tapi dari segi penulisan saudara ni tidak menunjukkan yang saudara ni berfikiran seperti seorang Ustaz yang mempunyai Ilmu yang lengkap di dada. Maaf, itu cuma pandangan saya sahaja. Bak kata pepatah Melayu, Tak Kenal Maka Tak Cinta. Kalau saya silap sya minta maaf. Tapi kalau sya betul, silalah keji dan caci saya.

  2. Jgn keruhkan lg keadaan… bila polis tercedera/terbunuh…dimana kita???? Usah ambil segala kejaian sebagai faedah politik. Harap PAS kembali jd PAS yg dulu!!!!

  3. polispun ada perasaan,jangan asyik hendak mengambil peluang untuk berpolitik.bagi saya hendak kata yang mati salah,saya kesian kepada ibubapanya tapi saya sebagai bapa berdoa banyak2 kepada Allah semoga tidak berlaku perkara ini ke atas anak2 dan keluargaku.pukul 2 pagi,polis suruh berhenti tak berhenti,polis tembak tayarpun tidak berhenti sehingga polis tertembak kepala.mana tahu yang lari itu budak,fikirkan penjenayah berat.hendak rapat dan himpit bimbang polis ditembak penjenayah.entah fikir2lah.mukin kedua2nya salah.

  4. biar polis mogok satu bulan!!!

    kita lihat apa yang berlaku..

    sekali lagi…dan banyak kali sebelum ini..orang PAS memang BODOH…mereka ini ulamak..mereka tidak pandai politik..

    dalam kes ini kita perlu melihat perkara pokok itu sendiri…
    macam mana budak 15thn bole bawak kereta??? siapa yang ajar dia??? sudah berapa kali dia buat mcm tu?? keluar tanpa izin malam2???

    polis hanya jalankan tugas…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s