BN Enggan Bayar Royalti, Telaga Minyak Diberi Pada Negara Lain Secara Percuma


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menganggap tindakan Kerajaan BN menyerahkan dua telaga minyak di medan minyak blok L dan M kepada negara Brunei secara percuma sebagai satu penderhakaan yang nyata kepada rakyat dan kedaulatan perlembagaan negara negara ini.

Keputusan itu hanya dibuat melalui keputusan kabinet tanpa melalui Parlimen dan perkenan Yang DiPertuan Agong. Disini rakyat boleh mempersoalkan sikap BN terhadap Yang Dipertuan Agong, kerana Datuk Seri Najib Tun Razak dengan jelas membelakangkan kuasa yang dipertua agong dan hak rakyat melalui wakil mereka di Parlimen.

Walaupun Tun Abdullah Ahmad Badawi memulakan perjanjian pada 11 Februari 2009, namun Najib secara rasminya menandatangani MOU itu selepas mengambil alih pada 16 Mac 2009. Siapa pun yang jadi Perdana Menteri yang jelas, BN jugalah parti yang khianati rakyat dan layak dipanggil penderhaka.

Ini bukan soal bagi kambing atau lembu kepada negara jiran. Ini soal bagi khazanah bernilai RM 320 bilion. Dalam keadaan dunia berebut pemilikan telaga minyak, Kerajaan BN senang-senang memberikannya kepada negara jiran.

Ketika Kerajaan dan rakyat di Kelantan dan Terengganu menuntut royalti, macam-macam mereka beri alasan dan akhirnya mereka tawarkan duit ehsan. Rakyat dianggap seperti peminta sedekah tetapi negara lain dianggap seperti ‘anak kandung’ yang boleh diberikan mana-mana bahagian tanah atau khazanah dalam negara ini secara percuma.

Kekecewaan rakyat terhadap insiden kegagalan Malaysia merampas kembali Pulau Batu Putih belum sembuh, kini Najib tandatangani pula surat penyerahan dua blok kawasan telaga minyak untuk negara lain. Rakyat juga hairan kenapa tiba-tiba sahaja Kerajaan BN enggan membawa kes ini Mahkamah Antarabangsa.

Seolah-olah Perdana Menteri telah diberikan ‘ubat tidur’ atau kena pukau dengan sesuatu yang rakyat tidak tahu. Pas menyeru agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara ini. PAS yakin ada sesuatu yang tidak kena bila perkara ini dilakukan secara senyap tanpa melalui Parlimen dan Yang DiPertuan Agong.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Advertisements

3 comments on “BN Enggan Bayar Royalti, Telaga Minyak Diberi Pada Negara Lain Secara Percuma

  1. Apa nak jadi gan negara kita ni, lps satu trajedi ditambah gan tragedi lain. PAS dan Pakatan Rakyat harus mencari jalan samada rundingan atau undang2 utk membawa pemimpin BN ini ke muka pengadilan. PAS dan PR juga harus mencari jalan utk mengembalikan khazanah negara yg telah diberikan kpd negara asing itu sekiranya menang dlm PRU 13 nnti, bentangkan langkah2 yg akan diambil oleh PAS dan PR. Perkara sebegini tidak lagi boleh dibiarkna berterusan berlaku. Tanah di Wilayah Iskandariah “dijual” kpd singapura, blok L dan M “diberikan” kpd Brunei, gas dan minyak didaratkan di Thailand adalah merupakan rangkaian tragedi yg dilakukan oleh umNO/BN yg tidak harus dibiarkan dan diampunkan. umNO/BN tidak perlu utk bercerita soal bangsa, agama dan negara jika begini perlakuan mereka. Laknatlah bagi mereka yg terlibat dgn trajedi2 ini, semoga Allah menghukum mereka didunia dan akhirat. Takbir

  2. 1 lg dosa BN. Dari dulu smpai skrg ulangi dosa yg sama… Singapura dah hilang… batu putih… skrg blok A dan M…lepas ni apa lg…. X insaf2 lg ke???

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s