PAS Mahu Forum Ekonomi Islam Dunia Kuala Lumpur Sokong Iran Boikot APCO-Israel


6th-wiefParti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu Forum Ekonomi Islam Dunia (World Islamic Economic Forum -WIEF) kali ke-6 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre pada 18-20 Mei 2010 membincangkan beberapa isu berkaitan hubungan ekonomi negara-negara Islam dengan Israel secara serius.

Forum yang dihadiri oleh ketua-ketua negara yang majoriti rakyatnya Islam harus melihat perkara ini sebagai isu bersama. Jika di Malaysia kita dikejutkan dengan hubungan kayu tiga Malaysia-Israel melalui promosi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, syarikat perunding APCO worldwide, Satchi & Satchi serta pelbagai pertemuan sulit pemimpin Umno dan Menteri Israel. Di negara lain pula ada yang secara terbuka menjalikan hubungan ekonomi dan diplomatik dengan Israel seperti Indonesia, Turki, Jordan, Mauritania dan beberapa lagi negara.

Perkara ini harus diperhalusi oleh setiap ketua-ketua negara yang kononnya menjadi kumpulan simpatisan kepada Palestin yang dizalimi Israel sedangkan mereka semua termasuk Kerajaan BN Malaysia bersekongkol untuk menyokong Zionis Israel. Mereka kena boikot Israel dan semua syarikat yang ada hubungkait dengan pelobi Israel termasuk APCO.

PAS yakin umat Islam seluruh dunia menuntut keikhlasan ketua-ketua negara Islam untuk melihat apa yang dilakukan oleh regim Zionis Israel kepada Palestin dan segera memulaukan negara haram yang tidak berdaulat itu.

PAS mahu pemimpin-pemin Islam secara terbuka menyatakan komitmen mereka dalam Forum ini untuk menekan Israel sebagaimana Israel kini melobi dengan kuatnya di Majlis Keselamatan PBB untuk menkan negara Iran yang menjadi ancaman mereka.

PAS juga mahu, negara-negara Islam menyatakan pendirian mereka terhadap isu di Iraq, Afghanistan dan terkini di Iran. PAS mahu, ketua-ketua negara Islam menunjukan bahawa mereka boleh bersatu mempertahankan Iran dari dikenakan sekatan ekonomi. Inilah masanya untuk mereka menunjukan kepada dunia bahawa mereka bukan budak suruhan Amerika.

PAS menanti reaksi Kerajaan Malaysia dan persiapan Forum ini. Diharapkan forum yang akan memfokuskan 8 perkara melibatkan soal pelancongan, Logistik, SMEs, pengurusan air, penjenamaan, teknologi pendidikan, keusahawanan dan etika perniagaan, inovasi dan perbankan Islam ini tidak menutup mata dan pemikiran mereka dari memikirkan soal kezaliman Israel kepada Palestin.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Advertisements

5 comments on “PAS Mahu Forum Ekonomi Islam Dunia Kuala Lumpur Sokong Iran Boikot APCO-Israel

  1. Bagus cadangan tu tapi apa boleh buat 1 Islam telah kalah kepada 1 Israel.1 Israel bersatupadu dan bekerjasama seluruh dunia demi bangsanya tapi 1 Islam apa sudah jadi.Usahkan saudara yang jauh,sahabat yang dekatpun sama juga.Palestin tetap dengan batunya untuk menyerang.Sepatutnya pejuangan Islam Pas pergi membantu.Jangan asyik hendak bergaduh sesama 1 Islam dan 1 Melayu di Malaysia.Biarkan Malaysia aman.Ya Allah selamatkanlah negara hambamu ini.

  2. tuan hamba memang bodoh!!!

    tuan hamba tidak nampak isu yang lagi besar!!
    tuan hamba memperjuangkan isu2 remeh dan tak berfaedah..

    SEPATUTNYA..forum seperti ini yang dianjurkan oleh UMNO…orang2 ISLAM perlulah berbincang cara2 meningkatkan ekonomi masing2..

    orang2 ISlam perlulah berurus niaga sesama mereka…

    dan amatlah BODOH jika orang2 ISLAM tidak melakukan urus niaga dengan orang yahudi..

    bodoh..terlalu bodoh..

    orang yahudi menguasai ekonomi…hendak tidak hendak kita sebagai orang ISLAM mestilah menjalankan kegiatan ekonomi dengan mereka..

    KENAPA?? sebab kita lemah…ekonomi negara ISLAM masih lemah..

    • sabar doc, dia boleh tulis apa saja kerana dia tak masuk dan tidak di jemput untuk hadir dalam forum tersebut. kalau hadir, diam………..Bukan pandai pun pasal ekonomi. macam di Kelantan tu, kononnya nya nak buat dinar mas, rupanya dok jual australian gold nugget yang dah lama RHB Bank buat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s