PAS kesal Najib Halang Siasatan Umno Bina Ibupejabat Di PWTC Guna Wang Rakyat


Kenyataan Media

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghalang usaha rakyat menuntut satu Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyiasat dakwaan Barry Wain.

Semalam Barry Wain mempertahan fakta bukunya ‘Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times’ dan turut menyatakan beliau mempunyai bukti yang kuat bahawa Mahathir telah menyelewengkan wang negara lebih dari RM 100 Bilion.

Disember tahun lepas Najib menyebut;

“tak wajar dicadangkan Suruhanjaya Diraja ditubuhkan semata-mata kerana ada orang menulis sebuah buku. Apa yang penting ialah bagi kita melihat masa depan. Semua perdana menteri telah memberi sumbangan yang besar. Jika tidak, Malaysia tidak akan menjadi maju seperti sekarang sehingga dianggap sebagai satu contoh,”

Ini adalah satu alasan yang cuba melindungi Mahathir dan kepentingan Umno. Najib bersubahat dalam hal ini begitu juga mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana mereka turut menyambung legasi penyelewengan Mahathir.

Sehingga kini Umno gagal menyangkal dakwaan Wain bahawa bangunan PWTC yang mereka duduki sekarang adalah hasil dari wang rakyat yang diselewengkan. Malah dakwaan Wain bahawa ketika Daim menjadi Menteri Kewangan terdapat satu akaun dana politik khas diperuntukan untuk Umno bernilai puluhan juta juga tidak dinafikan oleh mana-mana pemimpin Umno.

PAS persoalkan kenapa Najib begitu takut untuk membenarkan hal ini disiasat oleh Suruhanjaya Diraja?

Rakyat menghargai sumbangan Mahathir, tetapi itu bukan alasan untuk menyembunyikan fakta penyelewengan yang telah dilakukan dan disambung oleh pemimpin selepasnya.

Rakyat menuntut satu Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyelamatkan wang negara dari terus diselewengkan oleh Umno-BN. Dakwaan Wain harus disiasat dan segala dokumen yang beliau miliki harus didedahkan.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Advertisements

3 comments on “PAS kesal Najib Halang Siasatan Umno Bina Ibupejabat Di PWTC Guna Wang Rakyat

  1. Gerak Gempur PRU13 – PAS perlu srategi mantap tawan undi wanita.
    Kebanyakan calon PAS/PR kawasan luar bandar(DUN/Parlimen) kalah kpd UBN pada PRU12 kerana majoriti wanita (Melayu) x mengundi PAS/PR. Wanita secara fitrahnya tidak suka berfikir terlalu berat fasal politik. Mereka cenderung untuk mengekalkan status quo bila mengundi. Mereka lebih selesa mendengar berita dari arus perdana. X perlu mencari maklumat politik dari saluran alternatif. Mereka lebih suka mendengar/ membaca berita-berita sensasi bukan politik seperti gosip, hiburan, perhiasan, rumah tangga dll. Pihak UBN tahu hal ini dan menggunakan segala ruang untuk memisahkan wanita dari dunia politik. Jentera PAS perlu membantu Muslimat dan Nisa’ untuk menggunakan strategi yang betul bagi menarik wanita (terutama di luar bandar) mengundi calan PAS/PR pada PRU13. Kerja-kerja perlu bermula sekarang jika tidak PAS mungkin kempunan untuk menawan lebih banyak kerusi DUN/Parlimen dan cita-cita ke Putrajaya x kesampaian.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s