Judi, Mansuh Subsidi, GST dan Minyak Naik bukti Kerajaan Najib tiada duit


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat tindakan Kerajaan meluluskan lesen judi bola baru-baru ini sebagai satu langkah terdesak. Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Tun Razak dilihat gagal menguruskan kewangan negara hingga menyebabkan kantung ekonomi negara kini jadi kelam kabut. Duit banyak dihabiskan untuk janji pilihanraya kecil.

Lesen Judi

Tahun lepas pendapatan cukai judi negara merosot kepada RM 1.199 bilion berbanding 2008 dimana Kerajaan mengutip RM 2.32 bilion. Najib sebagai Perdana Menteri mengunakan defisit ini sebagai salah satu faktor bagi memberikan kelulusan semula kepada Berjaya Group untuk menjual tikel judi bola sepak piala dunia tahun ini dengan harapan mereka boleh mendatangkan hasil cukai yang tinggi.

Pelbagai lapisan rakyat dan organisasi menentang keputusan ini tetapi Najib memekakkan telinganya. Ulama’-ulama’ dan Menteri Agama Umno juga diam berkematu. PAS membantah dasar ini dan mengajak rakyat bangkit menentangnya.

Mansuh Subsidi?

Seterusnya, desakan memansuhkan subsidi oleh pihak FOMCA juga dijangka diambil kesempatan oleh Kerajaan. Kerajaan kini mempertimbangkan untuk memansuhkan subsidi gula, elektrik dan minyak. Ini pasti akan memberikan kesan yang besar kepada rakyat dan industri makanan dan pengangkutan dalam negara kelak.

Jika benar subsidi ini dimansuhkan, harga barangan ini akan melonjak naik dan dikawal sepenuhnya melalui pasaran penawaran dan permintaan secara terbuka. Ini juga akan mendedahkan industri ini kepada manipulasi harga oleh pihak pembekal sumber dimasa akan datang. Oleh itu satu kaedah perlu diperhalusi sebelum kerajaan membuat apa-apa keputusan. Penstrukturan semula subsidi satu pilihan tetapi Kerajaan tidak boleh kedekut sangat dengan rakyat dan meletakan beban kenaikan harga barang 100% ke bahu rakyat.

GST bebankan rakyat

Najib sebagai Perdana Menteri juga dilihat begitu tekad untuk melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Hal ini tidak dibincang secara mendalam dalam parlimen dan belum ada sebarang kertas dibentangkan kepada ahli-ahli parlimen. GST hanya dibincang dalam kabinet dan kerajaan terdesak untuk mengaut keuntungan segera dari rakyat melalui cukai ini.

Jika GST diperkenalkan, kos hidup rakyat akan meningkat bagi semua lapisan dan mereka terdesak untuk menampung perbelanjaan rutin mereka. Kerajaan perlu jelaskan apakah GST ini dan senaraikan barang serta perkhidmatan yang bakal dikenakan GST. Kini rakyat risau kerana kadar pendapatan dalam negara masih lagi rendah, walaupun Kerajaan mahu mewujudkan dasar pendapatan tinggi buat rakyat namun dengan dasar GST ini, pendapatan tinggi itu tidak memberikan makna apa-apa.

Harga Minyak Naik?

Seterusnya, spekulasi mengenai kenaikan harga minyak sebanyak 15 sen lagi dilihat sebagai satu usaha Kerajaan untuk melihat reaksi rakyat pada masa ini. PAS yakin Kerajaan BN mahu melihat sentimen rakyat dalam isu ini. Mereka sengaja menyebarkan khabar ini seperti sebelum ini dan akhirnya menaikan secara mendadak. Mungkin bukan 15 sen, mungkin lebih lagi.

Apa yang pasti, tidak ada mana-mana rakyat yang setuju jika minyak dinaikkan pada masa sekarang sedangkan Kerajaan begitu mudah menghadiahkan Brunei dua telaga minyak bernilai RM 320 bilion. Jika Malaysia pertahankan blok L dan M ini, sekurang-kurangnya negara mampu memliki sebahagian hasil dan sumber minyak dari kedua-duanya.

Namun amat mengecewakan jika kesilapan kerajaan ini menyebabkan mereka menghukum rakyat dengan kenaikan 15 sen harga minyak. PAS berharap agar perkara ini tidak berlaku dan Kerajaan perlulah menyusun perbelanjaan pengurusan dan pembangunan negara secara berhemah.

Rakyat tidak lupa bagaimana Najib, Muhyidin dan menteri-menterinya berjoli dengan duit rakyat dengan pelbagai janji ditabur dalam semua siri pilihanraya kecil (PRK)sejak 2008 yang lalu. Hal ini menjadi punca kenapa kewangan negara jadi kelam kabut. Budget yang sepatutnya digunakan untuk perbelanjaan yang dirancang telah dibawa lari untuk projek-projek khas dalam PRK.

PAS mengingatkan Najib bahawa judi itu haram. menghapuskan subsidi itu satu penganiayaan, perkenalkan GST itu satu kezaliman dan menaikan harga minyak itu satu pengkhianatan kepada rakyat.

PAS menyeru agar semua jentera penerangan diperingkat negeri-negeri dan seluruh Pakatan Rakyat turun ke lapangan rakyat berceramah dan mengedarkan risalah maklumat mengenai hal ini. Kita tidak mahu Najib menjadi Maharaja tanpa singahsana yang dengan sesukahatinya membuat keputusan atas nama Perdana Menteri dan Kabinetnya tanpa merujuk Parlimen. Apa guna kita berpilihanraya sekali dalam 5 tahun jika wakil rakyat yang dipilih dan institusi parlimen tidak dihormati Najib.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Advertisements

6 comments on “Judi, Mansuh Subsidi, GST dan Minyak Naik bukti Kerajaan Najib tiada duit

  1. BN mmg teruk… bkn nak bantu rakyat….nak menyusahkan rakyat ade le… x tau la camne pemikiran penyokong fanatik BN. Otak letak kat kpala lutut kot….

  2. Pak yeh!
    kawe pak teh nak royat :
    “nyawa yang dimiliki UMNO/APCO/YAHUDI telah sampai saat nazak, keadaan UMNO seperti tidak dipulihkan kembali, dimana ketika UMNO ditolak oleh kebanyakan rakyat dan bergelombang dengan krisis kepercayaan, dgn tiba-tiba satu penyakit baru pula menimpa, kehabisan sumber dan bayar balik hutang.
    Kepercayaan masyarakat cina kepada pemulihan UMNO sebagai parti bermaruah dan berintergiti jatuh ke peringkat paling rendah. Siri pilihanraya kecil selepas tsunami PRU12 menjelaskan bahawa orang cina tetap menolak UMNO. Dimana mereka bersedia dgn siapa sahaja, asalkan bukan UMNO. Penolakan orang cina bukan hanya diterjemahkan melalui kertas undi, bahkan parti-parti politik cina seperti MCA dan GERAKAN bermain wayang, sebagai suatu protes senyap kepada UMNO.
    Setelah sekian lama orang melayu memberi kepercayaan penuh kepada UMNO untuk menjadi pagar kepada mereka, tiba-tiba mereka bangkit daripada bantal tidur mereka. Kekecewaan mereka kepada UMNO ditunjukkan secara tersirat dalam PRU12. UMNO mengharapkan keadaan menjadi redha selepas PRU12, namun orang muda dan kelompok terpelajar melayu menunjukkan sikap sebaliknya. Mereka meneruskan penentangan dan bersedia untuk menumbangkan UMNO pada bila-bila masa. Ini terbukti dalam siri Pilihanraya kecil, dimana undi mereka tidak berubah. Segala jasa dan slogan ketuanan Melayu yang dijaja selama ini tidak lagi mempunyai nilai, bahkan ianya menjadi senjata makan tuan dan membuka ruang kepada orang melayu untuk menolak UMNO.
    Sebaliknya orang India yang rata-rata berada dibawah paras kemiskinan telah menunjukkan kebencian mereka kepada UMNO dgn menyokong parti-parti pembangkang melayu seperti PKR dan PAS. Walaupun pada peringkat awal, kebencian orang india hanya tertumpu kepada MIC, namun kebencian tersebut telah membarah dan melarat kepada UMNO. Ini disebabkan orang india beranggapan bahawa MIC adalah parti politik yang ditaja dan dibela olah UMNO.
    Tali hayat UMNO/BN hanya berada ditangan pribumi Sarawak dan Sabah, namun sejak akhir-akhir ini terdapat sedikit perubahan politik dikedua-dua negeri tersebut. Kedua-dua tali hayat UMNO mungkin akan terputus pada bial-bila masa, dimana kesedaran politik yg bertambah dan kekuatan pembangkang yang disatukan akan menjadi mimpi ngeri kepada UMNO.
    Pada saat-saat nazak ini, UMNO hanya mengunakan dua taktik untuk meneruskan jangka hayatnya. Memburuk kepimpinan pembangkang dan penggunaan jentera kerajaan dgn gula-gula kesenangan dan bantuan keewangan.
    Setelah serangan demi serangan ke atas peribadi ke atas kepimpinan PAS, PKR dan DAP, UMNO masih gagal melonggarkan kepercayaan rakyat kepada kepimpinan PR. Begitu usaha meniup api perkauman tidak disahut oleh rakyat, bahkan menambahkan lagi kebencian kepada UMNO. Pengunaan NGO melayu bukan sahaja tidak menyelesaikan masalah, bahkan menambah masalah baru. Ini mungkin rakyat umumnya telah masak dengan taktik UMNO atau mereka telah nekad untuk bersama menentang UMNO/BN.
    Tanpa ribut dan tanpa kilat, segala yang dirahsiakan dan disembunyikan UMNO selama ini telah terbongkar. Negara tiada duit atau dengan bahasa yang indah, negara tidak berkemampuan untuk melayan kehendak rakyat, dan subsidi mesti dihentikan untuk mengelak negara muflis. Kenyataan ini bukan dakwaan fitnah yang dibuat oleh pembangkang, bahkan terkeluar dari mulut kerajaan sendiri. Akhbar-akhbar perdana secara besar-besaran mengeluarkan senarai barangan yang akan ditarik subsisidi. Rakyat akan mengeloh panjang dan mereka tentunya bersedia menolak kerajaan yg gagal memelihara dan menjaga amanah dan kekayaan negara.
    Kemungkinan besar pemberian lesen judi kepada syarikat-syarikat judi adalah salah satu usaha untuk mendapatkan sumber keewangan negara. Dengan alasan ini, pemimpin-pemimpin UMNO sanggup berdiam diri dan buat-buat pekak badak. Segala suara guruh yg menentang pejudian dianggap suara semut yang tidak perlu diberikan perhatian. Para ilmuan agama UMNO dan para mufti membisu setelah diberikan taklimat, bahkan mereka nampaknya terpaksa menerima hakikat, bahawa judi tidak boleh diharamkan lagi di Malaysia. Bahkan jika tidak kerana malu kepada pelajar darjah enam, nescaya mereka sanggup mengeluarkan fatwa, judi diharuskan dengan alasan darurat.
    Setelah duit dalam poket yang penuh telah kering, tiada lagi kawan yang akan merapati, seperti tebu yang kehabisan gula, semut pun tidak mahu melihat. Ini adalah suasana apabila UMNO gagal memberikan duit dan projek kepada ahlinya. Perjuangan mereka rela sehidup semati dgn UMNO adalah diasaskan atas dasar projek dan duit, jika tiada kedua apa ertinya bersama UMNO. Pada saat ini kita akan mendengar mesyuarat cawangan atau bahagian tidak dapat diadakan kerana tiada peruntukan duit. Ketua bahagian meninggalkan UMNO kerana tidak diberikan projek, ketua cawangan merajuk kerana tiada peruntukan untuk cawangan mereka, 300 ahli UMNO mengugut akan keluar parti jika jalan kampung tidak diperbaiki segera, ahli UMNO membuat aduan kepada SPRM ke atas ketua bahagian kerana mengelapkan duit parti, guru-guru sekolah membantah mesyuarat UMNO diadakan di dewan sekolah, PIBG dibubarkan kerana membantah janji menteri tidak ditunaikan.
    Semua ini akan ditempuh oleh UMNO dalam masa terdekat, pada ketika itu rakyat mencari-cari alternatif. Persoalannya, adakah PAS boleh diharapkan untuk menjadi alternatif kepada UMNO. Jengok-jengok ke Kelantan, jangan biarkan pokok senalu perasit hidup subur, tebaslah sebelum ianya lebih besar daripada pokok.
    Ingat kiasan orang tua-tua kita :
    “PAS lemas ketika UMNO nazak”
    “Hantu Kelantan berkopiah PAS berhati UMNO”.

  3. Wahai cucumatlela, negeri Kelantan yang diperintah sepenuhnya sejak tahun 1981 telah tidak membenarkan premis-premis dibuka di semua tempat di nergeri Kelantan. Soalan tak relevan kalau hanya dituju pada PAS. Siapa yang menjadi kerejaan di peringkat Persekutuan. Siapa yang menguasai Parlimen yang boleh membuat undang-undang dan meluluskan kalau bukan kerajaan BN. Isunya kenapa diluluskan lesen judi baru untuk judi bolasepak. Lesen-lesen yang dulu yang telah diluluskan oleh kerajaan BN sejak memerintah selepas merdeka telah berakar umbi dan negeri-negeri juga diperintah oleh Kerajaan Negeri BN. Maka kerajaan negeri yang terdahululah meluluskan premis yang sukar ditarik balik. Tapi lesen judi bola yang telah diluluskan oleh kerjaan Persekutuan pimpinan BN, kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang tidak akan membenarkan premis baru dibuka. Itulah buktinya kerajaan PR yang dianggotai sama oleh PAS, DAP dan PKR bersepakat menolak judi. Fahami isu sebelum membelasah?

  4. fagustan…

    kerana faham isulah saya bertanya kepada org yg betul…di ruangan yg betul… diblog seorang ketua penerangan pas puast.
    yg saya kira beliau cukup faham tentang isu ini .dan
    saya rasa fargusan tidak berapa faham isu ini.

    dikelantan mengapa boleh di hentikan …tak ada pun huru-hara..
    di terengganu semasa Tuan guru jadi Mb kita tutup premis judi dan hari kerajaan bn terengganu meneruskan apa yg di mulakan oleh pas..
    persoalanya mengapa kedah tak mampu lakukan?

    sya pernah terbaca kenyataan Mahfuz omaq kerajaan negeri kedah tidak mengeluarkan lesen premis baru untuk perniagaan judi …tidak mengeluarkan lesen baru tidak memberi makna mengurangkan atau jauh sekali menghapuskan judi tetapi ia memberi maksud mengekalkan judi…
    soalan saya KEPADA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT.. Adakah dibolehkan untuk mengekalkan dosa besar?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s