PAS Kesal, Najib Gadai Tanah KTMB Dengan Sebiji Durian


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal kerana Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Tun Razak hanya mengambil masa beberapa jam untuk berbincang dengan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong untuk memutuskan penyerahan tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjung Pagar kepada syarikat usaha sama Malaysia-Singapura, M-S Pte Ltd.

Dua hari selepas dijamu makan durian di Pulau Sentosa, Najib mengunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri tanpa merujuk kepada Parlimen dan kabinet. Beliau membuat keputusan menerima kerjasama Hsien Loong yang diajukan tanpa sebarang kertas cadangan dan kajian rasmi. Keputusan ini dicurigai rakyat yang menganggap Najib gadai tanah KTMB dengan sebiji buah durian sahaja!

271 hektar tanah milik KTMB di Tanjung Pagar, Kranji dan woodlands serta tiga keping tanah di Bukit Timah kini diserahkan kepada sebuah syarikat yang belum lagi ditubuhkan. Syarikat usaha sama Malaysia-Singapura yang dikenali sebagai M-S Pte Ltd, akan ditubuhkan sebelum 31 Disember tahun ini. Khazanah Nasional memegang 60% kepentingan dan Temasek Holdings Limited akan memegang baki 40%.

Ini bermakna dari jumlah 271 hektar tanah milik KTMB, 40% kini sudah sah menjadi milik Singapura melalui perkongsian pelaburan. Walaupun belum ada kepastian mengenai status pemilikan tanah, tetapi projek sistem transit laju (RTS) menghubungkan Tanjung Puteri, Johor dengan stesen di Woodlands yang dijadual beroperasi pada 2018 melalui projek usahasama ini, kini dibahagi dua kepada Singapura.

Najib juga gagal memberikan penjelasan terperinci tentang cadangan memindahkan Stesen KTMB di Tanjong Pagar ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) milik Singapura menjelang 1 Julai 2011. Malaysia juga dikatakan bakal memindahkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) kereta api di WTCP.

PAS menganggarkan bahawa kos operasi KTMB akan meningkat dan bayaran penyewaan WTCP milik Singapura akan membebankan dimasa akan datang. Sewajarnya suatu tuntutan penjanjian pengecualian sewa atau kajian implikasi kewangan dibuat sebelum cadangan ini dilaksanakan. Kita tidak mahu, KTMB bakal menyertai senarai syarikat milik Kerajaan yang rugi seperti Pos Malaysia Berhad dan Sime Darby Berhad. Kita tidak lupa, kedua-dua syarikat yang rugi ini juga menerima pelaburan dari Khazanah Nasional.

Pas menuntut satu penjelasan dan pembentangan khas berkaitan isu ini dalam sidang parlimen akan datang oleh Perdana Menteri. Kita tidak mahu, suatu hari nanti anak cucu kita marah kerana tanah KTMB di Woodlands digadai hanya dengan sebiji durian!

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Advertisements

One comment on “PAS Kesal, Najib Gadai Tanah KTMB Dengan Sebiji Durian

  1. Sebelum ni PM Islam Hadhari gadai Blok L & M (tp x ngaku rugikan negara… kelakar btul….hehhee), skrg PM 1Malaysia plk gadai tanah KTMB (pun ckp negara tak rugi apa-apa)… lepas ni kita tngok la ramai badut bagi komen2 bodoh… terutama Menteri Penerangan tu… pandai buat lawak “situasi menang2″… TUNGGU!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s