Sokong Pakatan PRU-13 untuk kekalkan Subsidi dan pastikan negara tidak bankrap


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu rakyat berani membuat perubahan dengan menyokong Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti bagi memastikan negara ini tidak bankrap. PAS menolak teori Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Idris Jala yang mendakwa bahawa negara ini akan bankrap jika subsidi tidak dihapuskan dalam tempoh 5 tahun akan datang.

Teori ini sengaja digembar-gemburkan bagi menakutkan rakyat dan memujuk rakyat supaya menerima dasar Kerajaan yang mahu memansuhkan subsidi dan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

PAS melihat bahawa negara ini tidak akan bankrap walaupun rakyat masih diberikan subsidi sekitar RM 20 bilion setahun. Tetapi negara akan bankrap dengan dasar Kerajaan sendiri yang banyak membazirkan wang rakyat dengan penganjuran begitu banyak projek yang tidak memulangkan hasil kepada negara.

Rakyat tertanya-tanya, apakah hasil dari projek IRDA, ECER, NCER, SCORE dan SDC di zaman Tun Abdullah. Berbilion diperuntukan, tapi sejauh manakah projek yang dirancang dilaksanakan dan mendatangkan hasil kepada pendapatan rakyat. Bila Dato’ Seri Najib Tun Razak jadi Perdana Menteri belia sibuk mencipta NKRA dan Model Ekonominya sendiri sedangkan koridor-koridor zaman Pak Lah senyap begitu sahaja.

Rakyat juga hairan bagaimana projek empangan bakun yang banyak kali rugi diberikan secara paksarela kepada Sime Darby Berhad. Dan akhirnya syarikat ini melaporkan kerugiannya sebanyak RM 1.6 bilion dari projek berkenaan dan beberapa projeknya diluar negara. Projek bakun adalah mimpi ngeri Kerajaan BN sejak 30 tahun lalu dan telah dilaksanakan oleh tiga Perdana Menteri.

POS Malaysia juga bakal digadai, kerana melakukan pelaburan yang mendatangkan liabiliti pada negara hingga meningkatkan beban hutangnya kepada RM 227 juta. Inilah bukti kegagalan pengurusan GLC dibawah pentadbiran BN.

Dana-dana KWSP, Perkeso, Tabung Haji, dan pelbagai dana awam dijadikan mangsa bagi membantu pelaburan syarikat-syarikat yang tidak menguntungkan ini.

Rakyat juga tidak lupa bagaimana Kerajaan Najib dengan curangnya menyerahkan dua telaga minyak bernilai RM 320 bilion kepada Brunei. Inilah hasil negara yang jelas diambil mudah oleh Kerajaan yang tidak serius mengurus sumber dan pelaburan negara. Dengan simpanan minyak RM 320 bilion ditelaga blok L dan M rakyat masih mampu menikmati harga minyak yang rendah.

Pengakuan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan bahawa negara juga rugi RM 10 bilion setahun kerana rasuah membukti kegagalan pengurusan kerajaan. Jika perkara ini dapat dibendung, separuh dana subsidi telah berjaya diselamatkan. Tetapi isu rasuah ini membusuk dari kepala, sebab itulah ia susah dihapuskan.

PAS yakin jika mandat diberikatan kepada Pakatan, hal ini tidak berlaku. Walaupun begitu banyak cubaan untuk menuduh Kerajaan Pakatan mengamalkan rasuah dibuat, namun sehingga ke hari ini belum ada mana-mana wakil rakyat Pakatan yang dibuktikan mengamalkan rasuah. Malah dasar Pakatan yang telus telah terbukti di Pulau Pinang yang berjaya mengutip lebihan hasil negeri sebayak RM 70-80 juta setahun. Kini Kedah dan Kelantan berjaya menunjukan pemulihan hutang negeri dengan baik dengan Selangor terus memacu ekonomi Selangor dengan lebih rancak lagi walaupun dalam keadaan ekonomi negara yang tidak menentu.

PAS akui, bukan mudah untuk memulihkan negeri-negeri yang suatu ketika dahulu diperintah BN. Pakatan mengambil masa yang panjang untuk membersihkan dasar-dasar pembaziran, penyelewengan, salah guna kuasa dan pemikiran yang tidak maju yang ditinggalkan BN. Kemajuan yang diwar-warkan BN hanya berupa retorik sempena pilihanraya dimana peruntukan hanya diberikan bila ada Adun atau Wakil rakyat yang meninggal dunia. Itupun hanya pembangunan seperti dana sekolah, masjid, jalanraya, jambatan dan parit sedangkan mereka mengabaikan pembangunan syaksiah dan pemikiran masyarakat.

Mereka melihat rakyat seperti semut mencari gula. Tetapi mereka lupa bahawa rakyat kini semakin bijak membuat perkiraan. Bila Kerajaan Pakatan sudah memerintah, barulah mereka melihat wakil rakyat BN bersungguh-sungguh untuk bekerja. Selama ini rakyat menjadi hamba mereka, susah untuk jumpa wakil rakyat kecuali jika ada projek.

PAS yakin rakyat tidak mahu membiarkan negara ini bankrap dalam 5 tahun akan datang. Modal inilah yang dijual BN ketika mereka kali pertama tewas di Kelantan. Seluruh negara mereka sebarkan bahawa Kelantan akan bankrap bila PAS sudah memerintah. Bila PAS memerintah ramai orang yang datang Kelantan bawa mee maggi sebagai bekalan temasuk wakil rakyat BN. Tapi mereka terkejut, selepas 20 tahun memerintah, tidak ada tanda-tanda Kelantan akan bankrap.

Tetapi tanda-tanda bankrap itu akhirnya muncul di Putrajaya. Selepas 12 penggal BN perintah Malaysia akhirnya Menteri BN sendiri akui negara akan bankrap dibawah pentadbiran mereka dalam masa lima tahun lagi. Jadi, rakyat kena ubah pemerintah supaya lima tahun akan datang rakyat dapat terus nikmati subsidi dan negara tidak bankrap.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Advertisements

One comment on “Sokong Pakatan PRU-13 untuk kekalkan Subsidi dan pastikan negara tidak bankrap

  1. Itu lah sebuah kerajaan yang berhemah, bijak menguruskan sumber kononnya. Negara telah mengalami defisit belanjawan sejak krisis kewangan Asia bermula tahun 1997 sehingga sekerang. Kerajaan BN kini baru sedar defisit belanjawan mesti diatasi segera melalui perbelanjaan kerajaan yang berhemah agar defisit ini dapat dikurangkan sekaligus membolehkan negara kembali kepada belanjawan lebihan (surplus)yakni perbelanjaan kerajaan tidak melebihi pendapatan. Namun logiknya jika kerajaan BN mengatakan dengan mengurangkan subsidi petrol, gula dan yang lain-lain dapat mengurangkan jurang defisit belanjawan ianya tak masuk akal. Kenapa?
    Pertama: Dalam merangka strategi untuk mengurangkan defisit kenapa kerajaan tidak mengambil kira subsidi korporat seperti yang kita sedia maklum yang diberikan kepada Independent Power Producer (IPP). Tarif yang dikenakan kepada pengguna oleh TNB lebih rendah dari tarif yang dibayar kepada IPP. Setiap bulan TNB mengalami kerugian sehingga hutang TNB makin melebar walaupun mencatit keuntungan setiap tahun. Pelik bin ajaib. Subsidi untuk rakyat kerajaan BN amat berkira. Alasan yang diberi oleh TNB dan pihak yang berwajib dalam hal IPP dan isu subsidi perjanjian ini tidak dapat disemakaji kerana bakal memberi kegemparan kepada pasaran modal negara. Alasan yang tidak dapat diterima sama sekali kerana mengutamakan kepentingan korporat dari rakyat marhaen. Kenapa? Kerana ianya melibatkan syarikat kroni yang keuntungan akan dinikmati oleh pemimpin-peminpin kerajaan. Kita masih belum sedar ataupun tahap kepedulian kita adalah rendah.
    Kedua: Dalam merangka strategi mengurangkan defisit belanjawan ini juga kerajaan BN masih bernafsu untuk membuat perolehan aset baru ketenteraan seperti Armoured Fighting Vehicle (AFV) 8 x 8 dari Turki bernilai RM8 billion. Semalam Panglima Tentera Udara (PTU) mengumumkan Malaysia memerlukan pesawat pejuang yang tercanggih pada masa akan datang. Lagi dana kerajaan yang besar akan dibelanja paling-paling kurang RM5 billion ke atas. Kenapa kerajaan masih bernafsu untuk berbelanja untuk perolehan aset ketenteraan. Jawapannya mudah sahaja. Untuk menyediakan dana PRU 13 yang bakal menjelma tidak lama lagi. Lihat trendnya bahawa setiap kali PUR nak berlangsung kerajaan BN pasti akan mengumumkan perolehan aset ketenteraan seperti pada PRU 8 dan PRU 9 masing-masing pada tahun 1991 dan 1995. Kerajaan telah membuat perolehan pesawat Hawk, F 18 Hornet dan MIG 29 serta beberapa peralatan ketenteraan yang lain. Pesawat Hawk jika kita masih ingat pernah didedahkan oleh akhbar-akhbar di UK mengenai sebahagian dari hasil penjualan pesawat itu telah dikembalikan ke dana parti pemerintah Malaysia untuk membiayai piliharaya. Kes itu senyap begitu sahaja.
    Perolehan aset kerajaan yang bernilai berbillion ringgit hanya boleh dilaksanakan oleh Kementerian Pertahanan sahaja. Mana ada agensi atau kementerian lain yang boleh membuat perolehan aset mencecah billion ringgit selain Kemeterian Pertahanan. Kementerian Pertahanan adalah lubuk emas kerajaan BN demi menyelamatkan pemerintahan kerajaan BN. Perolehan aset ketenteraan bukan dilaksanakan kerana mengikut dasar-dasar pertahanan negara mahupun keperluan strategik negara tetapi adalah mengikut telunjuk pemerintah yang mahu kekal berkuasa.
    Seperkara yang mesti diingat oleh para ekonomis yang merancang belanjawan negara bahawa aset-aset ketenteraan yang dibuat perolehan yang bernilai berbillion ringgit memerlukan kos pelengaraan yang tidak kurang tinggi nilainya. Perolehan aset baru seperti kapal selam umpamanya memerlukan Markas Armada Kapal Selam diwujudkan yakni struktur baru dari segi organisasi dan sumber manusia. Itu belum mengambil kira kos-kos penyelengaraan yang boleh dikatakan puratanya 10% dari kos perolehan dan akan meningkat dari setahun ke setahun. Kadangkala kos alatgantinya akan melambung tinggi mengikut kadar pertukaran asing dan faktor pasaran. Masuk tahun kelima aset-aset ini tidak mampu diselenggara lagi seperti apa yang terjadi pada MIG 29. Bukan rakyat juga akan menanggung bahananya. Jadi jika kerajaan BN berhasrat untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan (awam) melalui mengurang atau menghapuskan subsidi, fikir-fikirkan lah apa yang telah saya perkatakan tadi. Berfikirlah sendiri demi masa depan negara.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s