Maklumat Terkini Demontrasi Anti Israel 4 Jun 2010


Dimaklumkan bahawa Demontrasi Anti Israel anjuran Pakatan Rakyat dan NGO yang akan diadakan pada 4 Jun 2010 akan bermula selepas Solat Jumaat di Masjid Jamek Kg. Baru dan berarak ke Kedutaan Amerika. Pihak penganjur tidak mengadakan apa-apa himpunan di Masjid KLCC atau Tabung Haji.

Perarakan ini akan dipimpin oleh Presiden PAS, YB. Dato’ Seri Hj. Abdul Hadi Awang bersama YB. Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) dan YB Lim Kit Siang (DAP) serta pimpinan-pimpinan NGO. Wakil Konvoi Freedom Flotilla juga akan turut hadir bersama.

Para peserta yang menyertai Demontrasi ini digalakan membawa bendera Palestin, Placard dan Banner yang menunjukan bantahan rakyat Malaysia secara aman.

Sebarang keterangan lanjut bolehlah berhubung dengan Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Sdr. Kamaruzaman Mohamad-0192828536.

Sekian. Terima Kasih

Herman Samsudeen
Sekretariat Mobilisasi
Demontrasi Anti Israel 2010

Advertisements
By ustazidrisahmad Posted in Politik

2 comments on “Maklumat Terkini Demontrasi Anti Israel 4 Jun 2010

  1. Kepada anggota PDRM yang beragama Islam, tolonglah minta dengan Bos mereka untuk sama-sama menyokong Palestin, jangan dalam isu Palestin mesti ada permit, tidak ada solat dan membaca Al-Quran tanpa permit dinamakan Solat Haram atau Membaca Al-Quran secara Haram, sempitnya skop ibadat di Malaysia. Ilmu Allah berada dimana-mana sahaja di bumi ini atau di Semenanjung Malaysia pun Allah mampu menzahirkan kekuasaanNya tanpa permit. Semoga dengan permit yang dikeluarkan oleh PDRM akan menjadi SEDEKAH JARIAH DI JALAN ALLAH SWT.

  2. Demontrasi aman anti-Israel bo dilakukan dalam aman tanpa gas dan semburan air kimia. Mengapa demontrasi aman yg lain perlu dikacau gan gas dan semburan air, bukan ke inti pati demokrasi ialah hak berkumpul dan menyuarakan suara rakyat. Jangan perkecilkan skop demokrasi dan jadikan permit sebagai alasan. Ucapan tahniah utk mereka yg terlibat. Ingat doa dan qunut nazilah adalah senjata kita sebagai umat islam. Takbirrrrrrrrrrrr

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s