Ustaz Hassan kutubkhanah organisasi, perlembagaan PAS


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Ustaz Hassan Shukri adalah merupakan kutubkhanah organisasi dan perlembagaan PAS, terus berkhidmat dengan parti hingga ke saat beliau menemui Tuhan Rabbul Jalil.

Sehubungan itu, katanya PAS merakamkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga, ahli PAS, seluruh pendukung dan pejuang Islam yang dirundung kesedihan setelah pulangnya Ustaz Hassan ke rahmatullah pada petang semalam.

Menurutnya, sumbangan almarhum kepada perjuangan Islam di Malaysia dan dunia Islam tidaklah dapat diungkapkan dengan catatan tulisan yang memenuhi penulisan sejarah yang pernah dibukukan.

Beliau menambah, sesungguhnya, nadi perjuangan yang ditiupkan oleh almarhum akan terus berdenyut dalam PAS, merupakan satu contoh kepimpinan parti yang gigih dan istiqamah di kala senang dan susah, untuk memimpin ahli dan seluruh warga parti tanpa mengenal jemu dan lelah.

“Biar pun almarhum meninggalkan kita, tetapi jadikanlah ceramah, taklimat, perbualan beliau sebagai pemberi semangat kepada kita yang tinggal untuk meneruskan perjuangan Islam di muka bumi ini,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

Bagi pihak seluruh kepimpinan dan ahli-ahli PAS, sekali lagi beliau merakamkan jutaaan takziah dan berharap seluruh keluarga, sahabat handai, pendukung dan penyokong PAS di serata tempat agar dapat bersabar dengan ketentuan Allah SWT itu.

“Saya berdoa semoga Allah SWT melimpahi rahmat ke atas roh beliau dan mudah-mudahan beliau ditempatkan bersama-sama roh para solihin dengan izin Allah SWT, insya Allah,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Advertisements

3 comments on “Ustaz Hassan kutubkhanah organisasi, perlembagaan PAS

  1. Assalamualaikum!

    Pemergian Ustaz Hassan Shukri satu pengajaran besar kepada pejuang-pejunag Islam!
    Agar tidak leka dengan pangkat dan tidak mengejar pangkat.

    Ustaz Hassan dilihat bahawa Allah memberi peluang kepada allahyarhammenyelesaikan misi terdahulu sebelum diambil nyawa nya! Al fatihah!

  2. Mohd Asri :
    Assalamualaikum!
    Pemergian Ustaz Hassan Shukri satu pengajaran besar kepada pejuang-pejunag Islam!
    Agar tidak leka dengan pangkat dan tidak mengejar pangkat.
    Ustaz Hassan dilihat bahawa Allah memberi peluang kepada allahyarham

    Mohd Asri :
    Assalamualaikum!
    Pemergian Ustaz Hassan Shukri satu pengajaran besar kepada pejuang-pejunag Islam!
    Agar tidak leka dengan pangkat dan tidak mengejar pangkat.
    Ustaz Hassan dilihat bahawa Allah memberi peluang kepada allahyarham menyelesaikan misi terdahulu sebelum diambil nyawa nya! Al fatihah!

    menyelesaikan misi terdahulu sebelum diambil nyawa nya! Al fatihah!

  3. Semoga Allah merahmati ruh al-Ustaz Hasan Shukri,
    Sesungguhnya segala apa yang kau telah curahkan,
    kerugian yang kau tanggung,
    kehinaan yang terpaksa kau alami,
    keperitan yang kau alami,
    demi perjuangan ini,
    demi agama suci,
    demi kalimah yang maha tinggi,
    demi keadilan insani,

    pada hari ini,
    mu akan tersenyum sebagai kekasih Allah,
    benar sudah janji Tuhan mu,
    merasa nikmat ganjaran dari Tuhan mu,
    tercium bau wangi syurga Tuhan mu,
    menerima cacatan dgn tangan kanan mu,
    arasy akan membanyangi mu,
    bersama dgn nabi-nabi Tuhan mu,
    sambil menanti teman-teman mu,
    menyusul mengikuti mu.

    Allahumma ighfirlahu wa irhamhu,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s