Ustaz Hassan Shukri: Perginya Murabbi, Naqib & Ayahanda Pemuda Gombak


Oleh Pemuda Gombak

Dalam kenangan …

(Gambar penulis bersama Ustaz Hassan Shukri dalam program usrah gabungan bulan lalu)

Allah Taala berfirman dalam surah al-Ahzab ayat 23 yang bermaksud : Di antara orang-orang yang beriman itu ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam) maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu ( lalu gugur syahid) dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.

Kita semua baru selesai dan pulang dari Muktamar Tahunan Pas yang diadakan di PUTIK Kelantan. Semua lapisan jawatankuasa dalam PAS hadir sebagai tanggungjawab bersama. Menyulusuri agenda perbincangan untuk kepentingan parti. Sama-sama menanggung amanah parti untuk bekerja bagi kepentingan dan memartabatkan Islam.

Namun, kita dikejutkan dengan berita yang menyedihkan. Sedih semua golongan yang cintakan Islam. Kesedihan ini meliputi penduduk langit dan bumi. Perginya insan yang sepanjang hayatnya hidup dengan memperjuangkan Islam. Beliau adalah Murabbi, Naqib dan Ayahanda Pemuda Gombak iaitu Almarhum Al-Fadhil Ust Hassan Syukri Hafizahullah. Namanya antara Insan Murabbi yang menjadi regular naqib bagi Pemuda Gombak.

Almarhum Ayahanda merupakan contoh kepada kita generasi muda. Kita memaklumi beliau antara pimpinan Pas yang bermula dari sejak awal penglibatannya di usia muda. Sejak PAS dilihat sebagai parti kain pelekat, parti tok-tok lebai, parti yang tiada masa depan kerana sebuah parti yang pernah diharamkan suatu ketika dulu. Tetapi anak muda zaman itu sanggup bersama dengan PAS sudah tentu pastinya ia merupakan seorang anak muda yang hebat.

Almarhum Ayahanda bermula di zaman itu. Beliau tidak berjuang dan tunjukkan muka sewaktu zaman menang sahaja, bahkan beliau komited dengan PAS sejak zaman itu lagi. Sehingga beliau kini kita lihat apabila Allah SWT mengasihi beliau dan membenarkan janji beliau sebagai “Pembela Islam” Allah ambil nyawanya disaat sepanjang hayat beliau berjuang untuk menegakkan Islam. Tak salah jika saya katakan kematian beliau adalah merupakan mati syahid. Mati sebagai seorang yang dambakan syahid dan sememangnya beliau adalah pejuang untuk menegakkan Islam.

Sudah tentu sahabat-sahabat maklumi cerita-cerita tentang beliau. Almarhum Ayahanda antara pimpinan PAS  yang cukup menjaga parti. Dalam soal prinsip dan dasar parti beliau antara pimpinan yang cukup digeruni pihak kawan mahupun lawan. Ketegasan beliau dalam beberapa hal termasuklah persoalan penentuan kerusi untuk dipertandingkan dalam pilihanraya, beliau antara pimpinan yang cukup serius dalam soal ini. Orang yang bertanggungjawab soal perlembagaan PAS. Cerita beliau tentang lambang PAS yang dibuat suatu ketika dulu menggambarkan betapa beliau insan bangun duduknya bersama PAS.

Sudah tentu kita semua terasa sedih apabila membicarakan tentang cawangan kerana terngiang-ngiang  kata-kata beliau setiap kali pertemuan yang dibuat. Pasti beliau akan tanya tentang cawangan. Terbaru bila Lajnah Tarbiyah Pemuda Gombak menjemput beliau dalam siri Usrah Gabungan pada bulan Mei yang lalu. Jawapan yang perlu kita sediakan walaupun soalan belum ditanya. Sebab kita sudah maklum beliau pasti akan tanya tentang cawangan. Sahabat sekelian inilah cabaran yang sama-sama kita pikul. Tanda kasihkan Islam, kasihkan perjuangan Islam serta kasihnya kita kepada Almarhum Ayahanda maka sama-sama kita berusaha untuk menyelesaikan persoalan yang selalu ditimbulkan beliau.

Oleh sebab itu saya coretkan sikit kenyataan ini sebagai peringatan untuk kita bersama. Kita kehilangan salah seorang murabbi, kita kehilangan salah seorang naqib dan kita kehilangan salah seorang ayahanda perjuangan. Jadikan semangat Almarhum Ayahanda sebagai penyuntik semangat kita semua. Tidak kenal penat lelah, susah senang, suka duka perjuangan mesti diteruskan.  Inilah intipati nasihat yang selalu ditujukan kepada kita. Sama-samalah kita teruskan perjungan..Takbir.. Allahu Akbar!!

Ustaz Hassan Shukri ketika mengendalikan usrah gabungan Pemuda PAS Gombak bulan lalu.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s