PAS Mahu Kerajaan Tambah AP Gula, Selesaikan Mogok Peniaga Segera


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu kerajaan menambahkan permit import (AP) bagi gula dan segera menyelesaikan mogok yang yang dilakukan oleh Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia yang bermula hari ini.

Tindakan 20 ribu ahli persatuan ini mungkin tidak akan menjejaskan rakyat yang tinggal dibandar besar kerana mempunyai pasaraya besar yang mudah dikawal oleh kerajaan, tetapi secar tidak langsung ia akan memberikan masalah kepada rakyat diluar bandar.

PAS melihat bahawa tindakan kerajaan memperkenalkan lesen penjualan barang kawalan seperti gula, minyak masak dan tepung merumitkan lagi masalah kekurangan barang-barang ini dipasaran. Walaupun pada masa ini lesen ini diberikan secara percuma, tetapi sambutannya amat sedikit. Hanya 1500 peruncit sahaja yang mengisi borang berbanding dari 70 ribu yang ada.

Keengganan para peruncit memberikan kerjasama amat mengecewakan rakyat. PAS yakin dari lebih 70 ribu peruncit diseluruh negara, majoriti mereka tidak bersetuju dengan kempen boikot ini. Walaubagaimana pun, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlulah turun padang dan meningkatkan penguatkuasaan mereka.

Dengan mengharap mereka mengambil, mengisi dan menghantar borang permohonan sahaja, itu tidak mencukupi kerana para peruncit yang tidak jujur masih boleh membuat penipuan dan memalsukan maklumat perniagaan mereka.

Oleh itu, KPDNKK yang selama ini sering merungut berhubung masalah kelemahan penguatkuasaan mereka tidak boleh lepas tangan dan mengalihkan isu kelemahan ini dengan sekadar meminta para peruncit mengisi borang sahaja.

KPDNKK harus menyusun strategi untuk membuat pemeriksaan disemua premis peruncitan bagi memastikan maklumat yang diberikan betul, dan mana-mana peruncit yang belum mengisi borang boleh diminta mengisi borang serta merta semasa pemeriksaan dibuat.

Kepada pihak Persatuan Peruncit, PAS berharap agar mereka memandang kepentingan peniagaan mereka dan rakyat sebelum meneruskan lagi mogok ini kerana mereka juga perlu jujur pada diri sendiri. Tidak menjadi masalah jika mereka menyatakan dengan jujur dan PAS berharap agar pihak KPDNKK membuka ruang perbincangan dengan mereka. bagi selesaikan masalah ini secara baik.

PAS juga berharap agar Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dapat menambahkan lagi jumlah AP bagi pengimportan gula mentah, khususnya bagi membantu industri makanan dinegara ini berkembang. Pada masa ini AP pengimportan gula mentah hanya dikuasai oleh 4 syarikat sahaja dan ini tidak mencukupi bagi memenuhi permintaan gula dipasaran negara.

Alasan Kerajaan bahawa peruncit perlu mengambil lesen barang kawalan kerana terdapat kalangan mereka yang menjual gula kepada pekilang adalah satu persepsi yang wujud ekoran kurangnya gula untuk industri. Pekilang sanggup tawarkan harga yang tinggi pada peruncit kerana kuota untuk jualan borong kepada mereka terlalu sedikit dan menghalang aktiviti pengeluaran mereka.

Oleh itu Kerajaan perlu memikirkan aspek ini bagi memastikan perebutan gula untuk jualan kepada industri dan pengguna biasa tidak berlaku. PAS yakin, jika AP gula ditambah, masalah ini dapat dikurangkan dan harga gula dalam pasaran akan bersaing untuk turun, bukannya naik.

Masalah penyeludupan dan menyembunyikan gula juga menjadi isu, dan ini juga berbalik kepada soal kelemahan penguatkuasaan. Banyak isu dalam negara timbul kerana kelemahan penguatkuasaan. Oleh itu, PAS mahu seluruh agensi Kerajaan menilai semula tahap kekuatan penguatkuasaan dan jumlah undang-undang yang diwujudkan. PAS, yakin bahawa kemampuan penguatkuasaan sangat terhad tetapi boleh dimaksimakan jika diurus dengan betul.

PAS berharap agar Kerajaan tidak melihat masalah kekurangan gula dan barang kawalan lain ini berpunca dari sikap peruncit dan pemborong sahaja, tetapi harus dilihat secara menyeluruh termasuklah dari aspek pemberian AP dan penguatkuasaan Kerajaan sendiri.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s