55 juta untuk 11 PRK, PAS mahu PDRM Berjimat


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) membuat kajian terhadap wang rakyat yang digunakan mereka dalam 11 pilihanraya kecil sejak 2008. PAS menganggarkan bahawa PDRM telah membelanjakan sekurang-kurangnya RM 55 juta bagi 11 pilihanraya itu.

Tahun lepas Parlimen mendedahkan bahawa PDRM belanjakan RM 31 juta untuk 5 pilihanraya (Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Batang Ai, Bukit Selambau). Itu baru 5 pilihanraya kecil. Bagi baki 6 Pilihanraya kecil, PAS anggarkan PDRM belanjakan sekurang-kurangnya RM
5 juta setiap tempat.

Ini jauh berbeza dengan laporan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang mengumumkan perbelanjaan mereka bagi 11 pilihanraya kecil (Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Manek Urai, Bukit Gantang, Batang Ai, Bukit Selambau, Bagan Pinang, Penanti, Permatang Pasir, Hulu Selangor, Sibu) iaitu sebanyak RM6,451,285 sahaja.

Jumlah yang digunakan SPRM sama banyak dengan jumlah yang digunakan oleh PDRM bagi satu kawasan pilihanraya. Ini menunjukan PDRM belanja 11 kali ganda lebih banyak dari SPR yang menganjurkan pilihanraya.

PAS berharap agar siasatan terperinci dibuat terhadap perbelanjaan yang dibuat oleh PDRM kerana ini melibatkan wang rakyat. Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) perlu tampil menyiasat perkara ini.

Bagi PAS, jumlah lebih RM 55 juta itu cukup untuk membina kuaters baru Polis atau membeli peralatan baru, tetapi rakyat tidak melihat apa-apa yang baru terhadap kelengkapan yang dibawa ketika mereka bertugas menjada Pilihanraya.

PAS tidak menafikan bahawa wujud keperluan untuk wang rakyat digunakan bagi mengawal keselamatan, namun jumlah perlulah releven. Penyewaan banyak peralatan juga perlu dinilai keperluannya dan pembaziran harus dielakan.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Advertisements

One comment on “55 juta untuk 11 PRK, PAS mahu PDRM Berjimat

  1. salam… sebelum nak suwuh PDRM berjimat… kenang dulu kenapa PDRM belanjakan duit banyak tu… kenapa perlu ada pilihanraya kecil… contoh Permatang Pauh… kawasan siapa? PKR kan… sapa yg letak jawatan… sapa pulak yg bertanding… BN dah tau sapa yg akan menang… kan? tapi kenapa BN masih anta wakil utk bertanding? sbb tanak kecewakan rakyat Permatang Pauh yg setia menyokong BN… bila dah ada wakil… maknanya ada parti yg bertanding… maknanya dah ada penyokong parti yg kebanyakannya kaki pukul, samseng jalanan, kaki buli… kan? sendiri mau ingatlah PAS, Keadilan, DAP… jgn sbb nak tukar wakil rakyat yg pro-Anwar terpaksa SPR adakan pilihanraya… sapa yg bazirkan duit kerajaan? SAPA?
    salam…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s