Tuduh Pas Sesat, Shafie Afdhal Biadab


Parti Islam Semalaysia Pas menganggap  dakwaan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung ucapannya yang didakwa menuduh Parti Islam Semalaysia Pas itu sebagai parti ajaran sesat, sebagai satu kenyataan yang biadab. Beliau yang juga naib presiden Umno, dalam ucapan perasmian mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kulaijaya, telah menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat.

Pas mencabar beliau atas dakwaan apa  beliau membuat kenyataan begitu? Apakah beliau sudah kehilangan arah dan celaru dalam pemikiran politik sehingga mengeluarkan kenyataan demikian rupa. Di dalam  Perlembagaan  Pas fasal 3 “Dasar Pas ialah Islam”. Fasal 7 (1) Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan Pas ialah Kitabullah dan Sunnah Rasul serta Ijma’ Ulamak dan Qias yang terang dan nyata. Umno pula apa dasarnya dan apa pula rujukannya?

Pas tidak mahulah ajak Shafie menerangkan apa maksud Islam, Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias yang diperjuangkan oleh Pas.  Kita tahu kemampuan beliau berhubung kait dengan hal ehwal agama ini.  Jadi kalau beliau jahil berkenaan dengan dasar Pas maka jangan membuat tuduhan yang liar terhadap satu juta ahli Pas

Pas beranggap kenyataan yang biadab daripada seorang naib Presiden Umno yang emosi dan mentah dalam hal ehwal agama sahaja yang sanggup mengeluarkan kenyataan begitu rupa.  Parti Pas yang di dokong oleh Tuan Guru dan alim ulama’ macam mana beliau boleh menuduh Pas ajaran sesat.

Satu ketika dahulu Pas pernah dituduh lebih merbahaya daripada komunis, walaupun dalam sejarah perjuangan Pas tidak ada mereka yang menganut fahman komunis yang memimpin Pas, sebaliknya pemimpin umno yang ditangkap kerana menjadi ejen komunis dan tahan di bawah ISA.

Pas berpandangan bahawa kenyataan biadab ini untuk memburukkkan perjuangan Pas di kalangan orang  Islam khususnya dan orang bukan Islam yang sudah semakin dekat dengan perjuangan Pas. Beliau cuba menakutkan orang ramai supaya jangan sokong Pas ketika umno mengalami masalah dalaman mereka dan kekurangan minyak pelincir untuk menggerakkan  parti mereka, terutama lubuk emas umno di Selangor dan Pulau Pinang yang kini berada di bawah Pakatan Rakyat.

Pas menasiihatkan Shafei sebelum hendak menuduh Pas sebagai ajaran sesat , supaya beliau melihat dahulu beberapa kenyataan pemimpin umno yang menghina hukum Allah dan janggut nabi SAW.

Pas memberi amaran, sekiranya beliau tidak menarik balik , kita akan mengarahkan supaya laporan polis dibuat di seluruh negara dan bacaan Yasin dan Solat Hajat diilakukan oleh satu juta ahli Pas di seluruh negara.

Advertisements

2 comments on “Tuduh Pas Sesat, Shafie Afdhal Biadab

  1. MasyaAllah. Kenyataan yang tidak berasas dan melulu. Baik, kalau Shafei Apdal tuduh PAS sesat jadi buktikan. Ape unsur-unsur yang ada dalam PAS yang mendorong dia menuduh sedemikian. Jika tidak bersedia lah untuk didoakan kehancuran, kecelakaan oleh seluruh pimpinan PAS dan 1,000,000 ahli PAS.

  2. Salam Ustaz

    Sebenarnya saya tak mengambil endah apa jua perkataan yang keluar dari Menteri ini. Dia nilah yang mengurus negara pengeluar minyak sawit dunia tetapi bekalan untuk tempatan tak ada.

    Nak percaya macam mana lagi?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s