Satukan Umno Dulu, Sebelum Ajak Pas


Satukan Umno Dulu, Sebelum Ajak Pas

Parti Islam Semalaysia Pas terus komited dengan Pakatan Rakyat dalam agenda perjuangan politiknya di Malaysia. Penegasan ini telah dikukuhkan lagi untuk kali terakhir di Reatreat Pimpinan Tertinggi  Pas di Port Dickson pada 9-11/Julai 2010. Pas merasa selesa untuk melaksanakan agenda perjuangannya bersama dengan Pakatan Rakyat di negara ini, dan sudah terbukti di Selangor dan Pulau Pinang walaupun bukan Pas yang mengetuai kedua-dua negeri tersebut.   Program menyemarakkan kefahaman Islam lebih rancak di bawah pemerintahan PR walaupun baru berusia tidak sampai 3 tahun. Pencapaian ini boleh dilihat di masjid-masjid  dan surau yang diimarahkan berbanding 51 tahun di bawah umno  memerintah, ini adalah fakta yang boleh diukur dengan mata kasar.

Pas menasihat mereka yang cuba untuk berusaha untuk menyatukan Pas dengan umno, tolong satukan sesama umno dulu sebelum menyatukan orang lain.Parti umno yang berada di dalam keadaan yang bercelaru dan perpecahan sesama sendiri, kerana  berebut “kek projek “ yang semakin kecil. Umno sekarang berada di akhir  hayat, kerana sudah kehilangan identitit dan krisis nilai di kalangan ahlinya. Perjuangan yang hanya berteraskan kepada  benda,  bukan ideologi. Mereka yang memimpin umno semuanya kerana perjuangan perut  bukan menegakkan idealisma perjuangan seperti mereka yang terdahulu. Masuk umno kerana projek dan “mengali babakan” khazanah negara sehingga perjuangan bangsa tergadai. Sekarang apabila banyak projek sudah tidak ada khususnya  di Selangor yang dianggap lubuk emas, maka pemimpin umno cuba bercakap soal perjuangan bangsa dan perpaduan melayu untuk menarik kembali sokongan rakyat di negara ini, dan cuba menjadi umpan perpaduan untuk menimbulkan keraguan di kalangan  Pakatan Rakyat.  

Pas hendak menasihatkan   Tan Sri Harussani Zakaria dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya,  kononnya mendakwa sebagai tenaga pemikir, sebenarnya penyokong umno tegar, yang mempunyai kepentingan dunia yang tidak berkesudahan. Mereka  hanya berani bercakap kepada perkara yang menguntungkan politik umno, tetapi membisu ketika kemungkaran dan pengkhianatan umno kepada agama dan bangsa. Kita tidak dengar suara mereka mengkritik dengan lantang ketika khazanah negara habis disapu  dan digadai. Membisu ketika kes PulauBatu Putih, telaga minyak yang bernilai RM320 bilion terlepas kepada Brunai, 217 hektar  tanah KTM di faraid dengan Singapura, tanah rezab Melayu yang ditinggal penjajah selepas merdeka seluas 3 juta hektar  yang hanya separuh sahaja lagi yang berstatus rezab Melayu dan banyak lagi isu yang mengguris perasaan orang Melayu Islam di negara ini. Apakah semua ini angkara Pakatan Rakyat?

Pas menasihat mereka ini,  hentikanlah  menjadi ayam sabung umno, untuk bersama sama dengan Pas dan serulah rakyat untuk bersama dengan Pas bukannya ajak Pas bersatu dengan parti yang sudah hendak karam. Habiskanlah sisa umur yang semakin senja untuk berbakti kepada perjuangan Islam yang dipimpin oleh Pas, ketika  gerakan massa dari kalangan muda mudi  yang tidak bertudung dan bersubang sebelah bersama Pas  untuk menyelamatkan negara daripada kepimpinan yang rakus.

 

Advertisements
By ustazidrisahmad Posted in Politik

4 comments on “Satukan Umno Dulu, Sebelum Ajak Pas

  1. minta tolong ustaz baca surah al-anfal, ayat mengenai bila musuh minta utk berdamai.

    lepas tu ustaz jawablah dihadapan Allah nanti bila tidak mengikut arahannya dan beramal dgnnya..

    • Saya nak minta “siman” tolong jawab pertanyaan ini,
      “Kenapa UMNO berhempas pulas ingin berdamai dgn PAS?. Adakah UMNO pernah berdamai dengan PAS?. Kenapa pula UMNO membatalkan perdamaian dengan PAS?”
      Jawapannya senang, UMNO ada projek nak menipu PAS, dan menjadikan PAS parti yang rosak dari dalam dan tidak boleh dipercayai.
      Tiada ke ayat yg melarang kita daripada menjadi bahan belasahan kepada musuh dan suka melanggar sifat setia kawan?.

      “lepas tu ustaz jawablah dihadapan Allah nanti bila tidak mengikut arahannya dan beramal dgnnya”.

      Pejuangan Islam berteraskan ajaran agama, kami tidak pernah merasa hina dan kecewa dgn perjuangan ini, segala gerak geri dan tindakkan kami dalam perjuangan ini akan menjadi hujah di hadapan Allah.

  2. PAS perlu berhati-hati dengan mainan politik kotor pemimpin UMNO. Mereka bercakap tentang perpaduan Melayu, pemimpin2 Melayu dalam UMNO pun bergaduh dan bersengketa sesama sendiri. Setelah 50 tahun mereka menerajui negara dengan kuasa yang ada di tangan mereka di mana kedudukan orang Melayu kini? Apakah orang Melayu sudah lupa dengan kroniknya perpecahan UMNO sebelum ini sehingga lahirnya Semangat 46 dan PKR? Pemimpin UMNO yang ada sekarang tidak menunjukkan sikap yang serius untuk berubah. Seorang kata PAS sesat dan seorang lagi kata PAS dan UMNO mesti bersatu. Orang Melayu pun ramai dalam PKR. Kalau UMNO bersungguh untuk bersatu, kenapa pelawa PAS saja dan tidak PKR?

    Orang Melayu kini melihat bahawa PAS, PKR dan DAP di bawah payung PR semakin menyerlah dan bakal menjadi alternatif kepada UMNO-BN. Itu yang pemimpin UMNO risau dan panik. PAS perlu fokus dengan agenda ISLAM for ALL dan kekal bersama rakan-rakan dalam PR. PAS perlu konsisten dan meletakkan Islam di tempat paling tinggi merentasi warna kulit dan kaum. Bagi ahli-ahli UMNO yang cintakan perpaduan dan Islam, inilah masanya untuk muhasabah dan menilai mana satu kaca dan mana satu intan. PAS for ALL, ah lan wa sah lan…

  3. harga barang dah naik, namun penerangan PAS pusat sejuk kena hujan, penerangan PAS negeri nyawa-nyawa ikan. Tiada kain rentang, tiada tepi jalan , tiada di simpang, atas pokok pun tiada, lagi tiada tepi jambatan, dari johor ke Perlis, dari Perlis ke Kuantan, lintas melalui Kelantan, tiada kelihatan, tiada yang terbentang, tidak tahu nak rebut peluang, apakah jadi nasib badan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s