Umno Gunakan Melayu Untuk Ratah Melayu


Tidak dinafikan bahawa Melayu adalah kaum pribumi di negara ini. Semua pihak mengakui hal ini. Atas kesedaran ini semasa kemerdekaan negara semua kaum telah menerima hakikat ini. Beberapa perkara yang dianggap satu kontrak sosial yang telah diterima pakai. Oleh itu pemimpin Pakatan Rakyat mengetahui  betapa  pentingnya perkara ini, maka ia telah diterima pakai dan menjadi satu ketetapan di Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama pada  19/12/2009 di Shah Alam

  • Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama- agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai

 

  • Melindungi kedudukan Istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum lain sejajar dengan perkara 153

 

  • Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja Berperlembagaan

 

  • Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum

 

Bergerak atas asas inilah maka Pakatan Rakyat menerima ketetapan bersama, kerana ia merupakan perkara asas dalam pembentukan sebuah negara yang akan diperjuangkan oleh Pakatan Rakayat.

Maka tidka kurang penting juga umno yang menjadi tulang bekalang BN (tinggal tulang sahaja, kerana isi sudah orang ambil) mejadikan isu Melayu untuk meraih sokongan orang melayu di negara ini. Kerana mereka sedar bahawa melayu adalah tonggak kekuatan politik di negara ini. Maka mereka memainkan gendang yang sama untuk meletakkan bahawa melayu dalam keadaaan bahaya sejak pilihanraya 2008.  Dengan merujuk  apa yang terjadi di Kampung Asam Jawa Pulau Pinang yang dihalau oleh pemaju perumahan. Media umno menggambarkan bahawa ini adalah contoh melayu dizalimi oleh kerajaan yang menindas melayu. Sedangkan projek itu ialah projek yang terpaksa kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang menaggung biawak hidup yang ditinggal oleh kerajaan yang lalu.

Sepatuitnya umno kena merasa malu untuk bercakap soal melayu yang tertinggal pada hari ini. Mereka kena ambil cermin menyuluh kembali muka mereka siapa yang menjadikan melayu di negara ini merempat. Dunia maklum bahawa memang pemimpin umno suka orang melayu memgemis dan jahil, kerana akan menjadi ulam untuk umno. Pemimpin umno sedara pada hari ini yang menyokong mereka ialah melayu subsidi dan melayu yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat Termiskin. (PPRT). Melayu bandar dan mempunyai kedudukan ekonomi yang kuat sudah tidak menyokong umno.

Satu lagi melayu yang ,menjadi “simpanan tetap umno” dan stok penimbal ialah peneroka  FELDA. Sebab itu apabila masalah FELDA dibungkar dalam media mengenai susut aliran tunai dalam amsa 5 tahun sejak Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengetuai FELDA telah menimbulkan kemurkaan pemimpin umno. Mereka marah kerana bangkai gajah sudah tidak dapat lagi disembunyikan. Dengan kewangan yang ada pada FELDA pada tahun 2004,  RM4.08 bilion telah susut kepada RM1.35 bilion (merosot sebanyak RM2.73 bilion). Wang FELDA dibelanja kepada projek yang tidak dilihat sebagai menguntungkan orang Melayu FELDA antaranya dana khas basmi kemiskinan di Sabah sebanyak RM253 juta. Apa kena mengena basmi kemiskinan di Sabah. Kenapa perlu ambil wang FELDA, tidak cukupkah hasil minyak di Sabah, balak yang melimpah ruah. Pada hal FELDA banyak di Pahang dan Johor.  Kemana pula hasil minyak sabah sampai terpaksa mengemis dengan FELDA hak orang melayu. Mereka sedar ini adalah benteng terakhir umno, jika “simpanan tetap” ini dapat dicairkan umno akan ditalqinkan insyaAllah di pahang khususnya. Dua kerusi dewan undangan negeri yang  Pas menang di Pahang (Semantan dan Basrah), kedua-dua ini tidak ada kawasan FELDA.

Demi ekonomi Melayu yang masih ketinggalan maka orang melayu , kena menyokong umno. Parti lain daripada umno tidak boleh membela ekonomi melayu.

Pemimpin Umno kena malu dengan kenyataan tersebut.  Apa sudah jadi dengan DEB ketika tamat pada tahun 1990 ekuiti Bumiputra ada 18% tetapi telah merosot kepada 15% sahaja pada tahun 2000. Kemana ekuiti ini hilang kalau tidak pengkhianatan yang dilakukan oleh Melayu Umno. Pas  terbukti berjaya mengangkat martabat Melayu di Trengganu 1999-2004 daripada negeri kedua miskin menjadi nombor empat termiskin di Malaysia walaupun royalti minyak dirompak. Baru empat tahun memerintah kita mampu menunjukkan prestasi yang  baik. Cuba bayangkan kalau diberi peluang memerintah Malaysia sudah tentu lebih gemilang dan cemerlang. Kerana kita tahu untuk menguruskan negara dan khazanah negara

Atas nama melayu peruntukan saham bumiputera sebayak RM54  bilion hanya tinggal RM 2 bilion sahaja. Kemana pergi  RM52 bilion? . Sekiranya dana ini diuruskan dengan baik, kita yakin pemilikan ekuiti bumiputera akan mencapai melebih daripada 30%. Tetapi akibat pengkhianatan amanah dan kejahilan pemimpin umno/bn  maka ekuiti bumiputera hanya mendapat 19.4% sahaja.

Mereka juga menjadikan modal supaya rakyat yang  miskin akan menjadi abdi moden dan takut untuk menyokong Pas dan Pakatan Rakyat. Umno akan mencanang bahawa melayu mundur kerana ia adalah akibat ancaman daripada  orang bukan melayu. Mereka mendakwa kalau orang melayu mahu selamat maka teruslah bersama dengan umno kerana umno sahaja  parti yang menjaga ketuanan melayu di negara ini. Sebenarnya atas nama ketuanan melayu menjadi tiket kepada mereka untuk menggadai hak orang melayu di negara ini.
Keranamu Melayu, maka melayu dihalau dari kampung mereka sendiri . Inilah yang berlaku di Kampung Plentong Tengah  Johor Baharu hampir 290 buah rumah yang ditolak dan dihalau, walaupun mereka sudah tinggal di situ hampir 30 tahun. Mereka dihalau diburu macam penduduk Ghaza Pelestin  oleh Israel. Kawasan yang diwakili oleh Dato’ Seri  Khalid Nordin yang merupakan ahli Parlimen Pasir Gudang tidak memperdulikan. Sedangkan mereka ini adalah pengundi tegar dan 100% penyokong totok Umno. Inilah balasan Umno. Kampong Plentong sudah menjadi Kg Umno Kelentong. Sewaktu Kampung ini diranapkan tidak ada siapa pemimpin Umno yang datang untuk menolong. Yang menjadi pendinding dan perunding  ialah pemimpin daripada Pas, PKR dan DAP. Seramai 28 orang ditangkap kerana mempertahankan rumah mereka daripada diroboh pada 16/10/2009. Pemimpin Umno hanya datang 5 tahun sekali untuk hendak menagih undi.

KeranaMu Melayu,  tanah rezab Melayu telah hilang  dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada  1.7 juta hektar (1995). Bermakna   44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun  2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Kerana Mu Melayu, maka apabila orang Melayu susah, senang mereka  menuding jari kepada penentang umno dengan alasan, semua terjadi kerana Pakatan Rakyat. Mereka buta fakta, bagaimana melayu boleh menjadi susah dalam masa tidak sampai tiga tahun. Mereka cuba menutup kelemahan mereka yang selama ini mengkhianat kepada orang Melayu selama 57 tahun merdeka. Keadaan mereka samalah  dengan pepatah Arab,  “dia pukul aku dia menangis dan dia maki aku maka dia mengadu, orang maki dia”. Pepatah ini sesuai untuk umno.

Sepatutnya umno kena malu kepada Allah dan rakyat, apa yang mereka  buat selama 57 tahun. Kenapa Melayu tertinggal, malah tahap pencapaian ekonomi orang India lebih baik daripada orang melayu hasil perjuangan pemimpin politik bangsa mereka. Sepatutnya orang melayu tidka boleh ketinggalan, kalau kita mendapat pemimpin ynag baik dan amanah. Hujahnya ¾  anggota kabinet orang melayu, exco kerajaan negeri orang melayu, pegawai orang melayu. Persoalaanya kenapa jadi demikian. Jawapannya kena tukar kerajaan dalam PRU 13, maka kita akan dapat jawapannya. Insyaallah.

Advertisements

2 comments on “Umno Gunakan Melayu Untuk Ratah Melayu

  1. As Salam Ust.

    A bit of fresh air……InsyaAllah kami dibawah ini prebet prebet pakatan terus berkerja keras membersihkan perbatasan….IsyaAllah selatan tanah air kita kuasai pada PRU13…Allahuakbar

  2. assalamualaikum..kdg2 saya sbgi pelajar..x pnh fhm npe pas ngn umno x bersatu..sape yng de dalam pas ngn umno owng melayu beragama islam..islam i2 pakcik..x pnh ajar kita sesama islam bermusuhan..wlpn pn bermasam muka i2 Allah akan lakna kita..saya pn ase uztaz msti tahu ttg 2..saya x sokong mn2 pas ke umno..tp pk logik la..npe dan ap dh jd kat penang..saya cukup kesian ngn kwn saya..kedai warisan keluarga bis d robohkan..sbb ap pak ustaz msti tahu…baru2 ne isu kat selangor..pasal harga pembelian rumah untuk owng bumiputra..2 ap semua 2..npe pergi kedaulatan owng melayu yang beragama islam. pk la..jgn sampai kita melayu agama islam dh x kedaulatan dah owng melayu kita ne..saya haya harap ap dperjuangkan oleh pas i2 benar..sbb ustaz tahu 1 penipuan i2 akan menjadi api di neraka..akhir kata..saya minta maaf atas pendapat saya ne..smua baik dan pujian i2 datang smua dari Allah, dan mn kurang ii2 dtg dr pd saya..wasalam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s