SPRM Mesti Di Bawah Parlimen


 

Parti Islam Semalaysia Pas berpendapat bahawa, imej Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh diperbaiki dengan badan ini mesti berada di bawah Parlimen. Sekarang imej SPRM tidak dihormati kerana ia menampakkan orang suruhan kepada parti pemerintah, bukan memerangi rasuah sebagai musuh negara. Inilah persepsi umum masyarakat terhadap SPRM.

Bernama melaporkan,  Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM Tan Sri Hadenan Jalil, berkata perbagai perubahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) termasuk mengambil pendekatan lebih telus dan profesional dalam usaha mengembalikan keyakinan rakyat terhadapnya. Menuirut beliau, suruhanjaya ini perlu meningkatkan lagi imejnya sebagai sebuah institusi yang bukan saja dihormati malah digeruni

Pas bersimpati dengan kesungguhan pegawai SPRM yang bersungguh-sungguh  melakukan penyiasatan yang dilaporkan kepada mereka. Mereka terpaksa meninggalkan keluarga untuk melakukan siasatan. Malangnya  kuasa pendakwaan masih berada di tangan Peguam Negara. Manakala Peguam negara pula terikat dengan arahan yang lebih atas. Akhirnya kertas siasatan yang dibuat oleh SPRM berlalu begitu sahaja, akibatnya imej SPRM yang tercemar.

Pas tetap menegaskan, SPRM mesti menjadi satu badan yang wibawa seperti zaman almarhum Tan Sri  Harun Hashim yang mengetuai Biro Pencegah Rasuah (BPR). Waktu itu BPR begitu wibawa dan digeruni, bukan sahaja oleh pegawai malahan oleh menteri. Almarhum pernah menceritakan bagaimana almarhum Tunku Abdul Rahman tidak campur tangan urusan penyiasatan oleh Biro Pencegah Rasuah walaupun melibatkan menteri atau orang kenamaan. Malahan Tuanku memesan kalau hendak tangkap orang besar biarlah beliau tidak ada di dalam negara, supaya anak isteri mereka tidak datang minta tolong kepadanya.

Pas tidak mahu melihat persepsi orang awam bahawa SPRM hanya menyiasat kes bilis, sedangkann ikan jerung terbolos. Rujukan kepada kes Beng Hock, melambangkan bagaimana gambaran masyarakat terhadap SPRM adalah pelindung kepada pemimpin yang menjadi penguasa. Rakyat masih tertanya-tanya bagaimana fail  Rafidah Aziz yang sudah selesai disiasat, tetapi tidak pula kedengaran di bawa ke muka pengadilan.

Kewibaan SPRM tidak akan dikembalikan kalau sekadar dijenama semula nama daripada Badan Pencegah Rasuah.Nama tidak penting sangat, tetapi yang penting ialah pengisiannya dan pelaksanaanya. SPRM mesti menjadi badan yang benar-benar wibawa dan berikan kepadanya kuasaa untuk mendakwa dan tidak perlu berada di bawah dagu orang lain kalau ia hendak menjadi badan yang disegani dan digeruni. Pakatan Rakyat berazam sekira diberi mandat maka SPRM akan diletakkan di bawah Parlimen, dengan harapan, rasuah sebagai musuh negara dapat diperangi.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s