Guru Dibenar Berpolitik Jangan Untuk Guru Umno Sahaja


Parti Islam Semalysia Pas menyambut baik pengumuman Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd. Sidek Hassan untuk membenarkan pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 melibatkan diri dalam politik bermula 1 Ogos 2010.

Pas mengharapkan tidak ada pilih kasih ketika kebenaran diberi samada mereka hendak aktif pembangkang atau kerajaan, kerana kuasa muktamad kebenaran ini terletak kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran. Sekiranya ada unsur pilih kasih maka kebenaran ini tidak ada apa-apa makna untuk penyuburan demokrasi di negara ini.

Sepatutnya perkara ini sudah dibenarkan dahulu lagi sesuai dengan hak kebebasan rakyat yang dijamin dalam perlembagaan.Kerana sejarah telah menunjukkan bahawa guru-guru adalah mereka yang berjaya mencetuskan semangat memperjuangkan kemerdekaan pada peringkat awal.

Pelajar yang pulang daripada Timur Tengah yang dipimpin oleh Syed Sheikh alhadi, Sheikh Tahir Jalaludin adalah antara penggerak utama untuk meniupkan kesedaran berpolitik di kalangan orang melayu pada ketika itu. Mereka membuka sekolah di Melaka dan juga di Pulau Pinaang sebagai tapak meyebarkan fikrah perjuangan mereka.

Guru-guru telah memberi sumbangan untuk meniupkan semangat petriotik pada waktu itu samaada mereka yang aliran agama, aliran Melayu dan aliran inggeris. Sejarah tidak melupakan sumbangan daripada tenaga pengajar Mahad Ehya alSyarif Gunung Semanggul Perak yang dipimpin oleh ustaz Abu Bakar alBaqir yang meniupkan kesedaran politik di negara ini.

Pas yakin guru-guru yang sudah terdidik dengan moral yang tinggi tahu tentang tugas mereka walaupun mereka aktif berpolitik. Mereka sudah diasuh supaya amanah dengan kerjaya mereka.

Pas mengharapkan juga jangan ada pula selepas ini ada guru yang ditukar tempat kerja kerana aktif berpoltik. Guru-guru ini boleh diambil tindakan bukan kerana terlibat dalam aktiviti Pas atau pembangkang, tetapi bertindaklah kalau guru tersebut mengabaikan tugas seperti ponteng kelas dan tidak menjalankan tugas akademik.

Pas yakin guru-guru Pas dan aktivis Pas adalah orang yang amanah dengan kerja kerana mereka sudah ditarbiah dengan dosa dan pahala, insyaAllah tanggungjawab mereka di sekolah tidak akan terabai. Selama ini pun prestasi guru-guru Pas teruji dan mendapat pujian daripada pentadbir walaupun setengah guru besar penyokong umno kerana aktivis Pas tekun tanpa mengira penat lelah dan upah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s