Pemimpin BN Kena Terima Nasihat Koh Tsu Koon


Pemimpin BN Kena Terima Nasihat Koh Tsu Koon

Parti  Islam Semalaysia Pas menyambut baik cadangan Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang  menasihat parti politik supaya membuang budaya politik negatif  dan  mewujudkan suasana yang lebih selesa dan harmoni. Beliau dengan ikhlas menyatakan perkara ini terjadi terutama selepas  PRU 2008, di mana politik dendam antara satu sama lain

Pas mengharapkan supaya Tan Sri Dr Koh Tsu Koon membawa idea ini ke Majlis  Tertinggi Barisan Nasional supaya anggota komponan BN pandai menghormati keputusan rakyat dalam sebuah negara demokrasi yang telah memilih parti-parti yang bertanding.  Adat perlawanan ada pihak kalah, dan pihak menang. Hormatlah semangat federalisme yang telah diterima pakai di negara ini. Buanglah sifat tidak menghormati undang-undang dan perjanjian seperti hak royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu.

Pas menasihatkan supaya umno dan Bn belajarlah menjadi pembangkang  yang baik, seperti yang Pas alami. Pemimpin Bn perlu belajar daripada Pas dalam sepak terajang politik. Pas pernah bersama dengan kerajaan di peringkat pusat pada tahun 1970, sehingga ditendang  keluar daripada Bn. Pas pernah memerintah di Kelantan, kemudian kalah,  setelah memerintah 18 tahun sejak 1959.  Berkat kesabaran maka rakyat memberi kepercayaan kembali pada tahun 1990 hingga kini. Pas pernah menang di Trengganu 1959 kemudian jatuh melalui undi tidak percaya 1961, kemudian menang 1999 dan kalah 2004. Inilah roda putaran perjuangan Pas dalam sebuah negara demokrasi. Walaupun Pas sedar perjalanan demokrasi yang penuh tempang namun Pas tetap menyuburkan demokrasi, kerana ini adalah satu jalan untuk Pas merealisasikan cita-cita perjuangan Pas. Malangnaya sikap ini tidak ada kepada umno/bn, yang tidak sabar dan tidak  tahu menjadi pembangkanag. Pemimpin bn kena sedar bahawa sebuah kerajaan ada ajal, terimalah hakikat ini. Perjuangan seperti roda , ada ketika berada di atas dan ada ketika berada di bawah.

Pas mengharapkan nota peringatan yang diberikan oleh Presiden Gerakan akan memberikan satu sinar baru dalam politik Malaysia. Biarlah tunjuk kematangan berpolitik setelah negara hendak menyambut  kemerdekaan kali ke 53. Janganlah berpolitik seperti negara baru mengenal tamadun dan kemajuan.

Advertisements
By ustazidrisahmad Posted in Politik

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s