ISU ORANG BUKAN ISLAM MEMASUKI MASJID YANG DIPOLITIKKAN


ISU ORANG BUKAN ISLAM MEMASUKI MASJID YANG DIPOLITIKKAN

Lajnah Penerangan Pas Pusat 

  • Utusan Malaysia melaporkan YB Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang DAP masuk ke surau al-Huda Kajang Sentral 22/8/10
  • Utusan melaporkan YB Teo beri “Tazkirah” dan memberi bantuan kepada ahli Pas
  • Bukan tazkirah Ramadhan tetapi beliau beri taklimat bantuan pendidikan kerajaan negeri Selangor dan memberi bantuan RM1000 untuk surau bukan kepada ahli Pas. Ini satu fitnah.
  • PERKASA suruh pulang kembali wang tersebut dan hendak ganti semula RM1000 pada AJK Surau. 
  • Datuk Hishamudin Hussin Onn Naib Presiden Umno kata YB Teo orang yang berada dalam hadas besar mana boleh masuk ke ruang solat.
  • YB Teo berjumpa dengan Mursyidul Am di Rumah Kelantan Kuala Lumpur pada 30/8/10
  • Mursyidul Am suruh pergi lagi lawat masjid atau surau.
  • Tidak ada larangan orang bukan Islam melawat surau atau masjid ini yang dilakukan di zaman nabi SAW.
  • Larangan ini hanya daripada umno yang berfikiran sempit
  • Teo berasa gembira dengan penjelasan Tuan Guru Nik Aziz
  • Hishamudin marah kepada kenyataan Mursyidul Am kerana “ia menganggap membawa kekeliruan sesama kita orang Islam”
  • Sebenarnya yang buat keliru ialah pemimpin umno, takut orang bukan Islam jinak dengan rumah Allah.
  • Kerajaan Selangor akan minta penjelasan Pengarah JAIS Datuk Kusrin mengenai isu ini kata Hasan Ali BH 31/8/10
  • Jamil Khir Baharom Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata Sultan Selangor sudah mengeluarkan arahan yang perlu dipatuhi semua pihak, termasuk pemimpin masyarakat.
  • “Memang benar hukum Islam membenarkan bukan Islam boleh memasuki masjid atau surau, tapi dalam kes ini ia ada unsur politik dan peraturan jelas sudah dikeluarkan mengenainya. Kita mesti melihat isu berkenaan dari banyak sudut. Perintah Sultan Selangor melarang aktiviti berunsur politik di tempat ibadat umat Islam adalah demi kepentingan ummah,” katanya ketika dihubungi Berita Harian bagi mengulas kenyataan Mursyidul Am
  • Kusrin kata ini melanggar arahan Sultan jangan berpolitik di masjid. Walaupun zaman nabi orang bukan Islam datang ke masjid, bukan untuk berpolitik
  • Berapa banyak program politik yang umno buat di negeri umno perintah?
  • Kusrin menafikan  Sultan mendapat maklumat yang tidak betul UM 2/9/10
  • MAIS telah memberi surat melarang Teo masuk ke kawasan solat di Surau atau masjid.(Malaysiainsider 1/9/10)

·         Teo sudah minta maaf dengan Sultan 28/8/10 Bernama

·         Datuk Seri Najib: MP Serdang langgar fatwa masuk surau, beri tazkirah (5/9/10) Nampaknya Presiden umno meneruskan fitnah lagi menuduh Teo memberi “tazkirah”

·         Datuk Najib pun suruh rujuk fatwa”boleh masuk dengan pakaian sopan”

·         Bagaimana pula isteri pemimpin umno, bukan sahaja masuk surau/ masjid tidak sopan dengan Allah SWT, malahan sepanjang masa

·         Inilah pemimpin yang bercakap tidak serupa bikin.

  • Utusan juga melaporkan Ahli Parlimen Selayang daripada Parti Keadilan Rakyat, William Leong Jee Keen masuk ke ruang solat Masjid At-Taqwa untuk memberi sumbangan kepada masjid tersebut (UM 29/8/10)

·         En Mizan  Mamat Nazir Masjid al-Taqwa Selayang berkata Ahli Jawatankuasa Masjid At-Taqwa tidak pernah menerima surat rasmi daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang menyatakan tidak boleh membawa masuk orang bukan Islam ke dalam masjid.(UM 29/8/10)

 

Rumusan Isu

  • Media umno dan pemimpin umno bising kerana, YB yang masuk masjid dari kalangan YB DAP. Mereka diam kalau dari kalangan MCA atau Gerakan.
  • Mereka mengharapkan isu ini untuk memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat yang tidak menghormati rumah Allah.
  • Tindakan pemimpin umno dan kuncu-kuncunya  menjatuhkan martabat Islam di pandangan orang bukan Islam
  • Kalau apa yang dilakukan oleh umno dan kuncu-kuncunya sampai bila orang bukan Islam tidak akan mendekati Islam
  • Berapa banyak masjid dan surau dimasuki oleh orang bukan Islam. Contoh pernah berlaku dalam kempen pilihanraya 1986 calon Gerakan di bawa ke dalam surau di DUN Changkat Jering.
  • Berapa banyak masjid dibina oleh orang bukan Islam, karpet, PA system dibuat oleh orang bukan Islam.
  • Umno sudah kehilangan isu, maka isu perkauman dan agama sahaja modal terakhir.
  • Isu tutup aurat yang menjadi halangan orang bukan Islam tidak dibenar masuk ke masjid, telah menjadi bahan ketawa masyarakat termasuk orang bukan Islam. Mereka lihat bagaimana isteri pemimpin umno tidak bertudung.
  • Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang menjelaskan kepada YB Teo telah menjernihkan kembali Islam yang sebenar yang dirosak oleh pemimpin umno.
Advertisements
By ustazidrisahmad Posted in Politik

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s