Tan Sri Muhyudin Bohong, Tuduh Kerajaan Kedah Tidak Peduli Mangsa Banjir


Parti Islam Semalaysia Pas menganggap Kenyataan Muhyidin Yasin satu fitnah apabila beliau mengatakan kerajaan Kedah tidak buat apa-apa terhadap mangsa banjir di Kedah. Tinjauan saya di kawasan mangsa banjir di mana petugas Pas dan kerajaan negeri bertungkus lumus membantu tanpa mengira ideologi parti dan agama. Pihak kerajaan Kedah, Pejabat Daerah, Pejabat Zakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan, pihak polis, bekerjasama dengan baik untuk membantu di pusat perpindahan. Yayasan Amal dan Unit Amal yang dianggotai oleh ahli Pas bercekang mata membantu mangsa banjir dengan tulang empat kerat tanpa diupah. Memang ada pusat yang dikendalikan oleh ahli umno, yang tidak perlulah kita hendak ceritakan bagaimana rungutan mangsa banjir kepada kami. Bukan masanya untuk kita hendak mendedahkan keburukan yang dilakukan oleh pelaku ahli umno sewaktu mengendalikan pusat banjir. Pas menasihatkan kepada Tan Sri Muhyidin janganlah membuat fitnah dan mendengar taklimat daripada ketua cawangan Umno, usahlah berpolitik ketika rakyat ditimpa dengan banjir. Air banjir tidak kenal apa anutan ideologi.

Advertisements
By ustazidrisahmad Posted in Politik

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s