Janji 100 Hari Untuk Rakyat, Bukan Untuk Kroni najib


Parti Islam Semalaysia Pas merasa hairan dengan kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak  yang mengatakan  janji 100 hari Pakatan Rakyat akan membawa anak cucu  merana kerana tidak ada kemampuan kewangan.

Sepatutnya seorang Perdana Menteri  mesti berfikiran positif  apabila perancangan baik untuk rakyat di negara ini. Apakah salah apabila Pakatan Rakyat mengemukakan rancangan untuk manfaat majoriti rakyat? Salahkah Pakatan Rakyat hendak menghapuskan Felda Plantation dan membuka ladang-ladang baru kepada generasi kedua dan ketiga? Salahkah Pakatan Rakyat hendak menyusun kembali tol yang dianggap sebagai penyebab bebanan terpaksa ditanggung oleh rakyat dengan peningkatan kos operasi. Salahkah Pakatan Rakyat untuk memberi imbuhan bulanan tambahan kepada guru RM500 sebulan?.

 Datuk Seri Najib  cuba menimbulkan keraguan tentang kemapuan kewangan jika janji 100 hari dilaksanakan. Pas mengucap terima kasih kepada Datuk Seri Najib kerana baru sedar tentang hal ini, kalau hendak belanja ukurlah kemampun dahulu. Pas juga hendak mengigatkan kepada Datuk  Seri Najib, janganlah kalau untuk kepentingan rakyat umum,  tidak mampu, tetapi untuk kepentingan  kroni mampu pula diluluskan peruntukan. Adakah Datuk Seri Najib sudah ambil kira kemampuan kewangan negara ketika mencadang untuk membina Menara Warisan 100 tingkat?.  Wang sebanyak RM5 bilion mampu membina 1667 buah sekolah yang bernilai RM3 juta sebuah dan mampu memberi biasiswa pelajar perubatan seramai 5 ribu orang di United Kingdom dengan kos RM1 juta seorang dan boleh menampun biasiswa 10 ribu pelajar di fakulti perubatan di Mesir. Kenapa peruntukan untuk Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang boleh dimanfaatkan hampir 3 juta di tiga negeri hanya RM178 juta iaitu 3.6% daripada kos pembinaan Menara Warisan

Apakahperuntukan untuk PERMATA yang dikendalikan oleh Datin Rosmah sebanyak RM111 juta tidak membazir, sedangkan untuk Sekolah Agama Rakyat RM95 juta.

 

Pas merasa hairan dengan kenyataan seorang Perdana Menteri yang mengatakan negara kita akan menjadi seperti negara Greece kalau ikut perancangan PR. Kenyataan yang sama juga ketika Pas memerintah di Kelantan pada tahun 1990. Pemimpin umno mendakwa Pas hanya mampu memerintah selama 3 bulan sahaja. Dakwaan mereka hanya menurut kaca mata mereka yang penuh dengan rasuah, ketidak cekapan dan salah urus. Begitu juga ketika kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memberi air percuma sebanyak 20 meter padu, pemimpin umno kata ini perbelanjaan membazir. Pendek kata untuk rakyat semuanya membazir, kerana bimbang apabila rakyat senang, BN tidak ada harapan untuk menjerat leher pengudi dalam setiap pilihanraya.

Pas ingin menjawab keraguan Perdana Menteri Malaysia  ragu tentang  daripada mana sumber yang akan PR perolehi. Antara sumbernya ialah kita akan memerangi rasuah yang menyebabkan wang negara hilang sebanyak RM28 bilion. Pakatan Rakyat tidak akan membuat Persidangan Wanita Pertama kendalian Datin Rosmah selama 3 hari hampir RM4.5 juta. Subsidi untuk penjana kuasa bebas sebanyak RM19 bilion perlu dikaji semula kerana membebankan negara.

 

Pas berkeyakinan janji 100 hari, Pakatan rakyat mampu laksanakan, berdasarkan pengalaman di Kelantan yang mampu memberi kebajikan kepada rakyat walaupun sumber yang terhad. Keadaan berbeza apabila Pakatan Rakyat memerintah di peringkat pusat yang mempunyai sumber kewangan yang lebih luas untuk dijanakan bagi manfaat rakyat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s