Pinda Akta Kerana Rakyat Tolak Media Penipu


Cadangan kerajaan untuk meminda  Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang lebih komprehensif sehingga tidak  terhad kepada bahan cetak semata-mata, adalah tindakan membalas dendam kepada rakyat yang menolak media umno yang sarat dengan fitnah dan propaganda umno semata.  Buktinya ialah laporan oleh Audit Bureau of Circulations (ABC)  antara tahun 2005 hingga 2009 ,  akbar  The Star’s daripada   310,000 kepada   287,000 (-7.4 per cent),  New Straits Times daripada 139,000 kepada  111,000 (-20 peratus), Utusan Malaysia daripada  213,000 kepada 169,000 (-21 peratus) dan Berita Harian daripada 204,000 kepada 155,000 (-24 %). Akhbar Sin Chew sahaja yang meningkat  daripada 324,000 kepada 382,000 (+18 %).

Syarikat ini hanya boleh bertahan kerana mendapat sokongan dan tajaan Umno sahaja. Jikalau BN tidak berkuasa di negara ini, maka syarikat ini akan berkubur.

Pas berpendapat ini adalah tindakan untuk memaksa rakyat supaya menerima berita yang datang daripada satu saluran sahaja. Ini adalah tindakan terkebelakang, bertentangan dengan slogan  Perdana Menteri yang bercakap mengenai taransformasi dan perubahan. Tindakan untuk menyekat maklumat daripada sampai kepada rakyat ibarat menyekat air yang laju. Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib jangan paksa rakyat untuk menerima satu maklumat sahaja. Pepatah Arab ada menyebut “kamu boleh paksa unta pergi minum air, tetapi tidak boleh paksa minum air”

By ustazidrisahmad Posted in Politik

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s