Gelombang Merah Baru Tahu Hukum Loteri dan Palacur Haram


Parti Islam Semalaysia (PAS) mengucap tahniah kepada Datuk Mustafa Muhammad kerana baru sedar loteri dan pelacur adalah haram di sisi agama. Apakah sejak gelombang merah dilancarkan beliau baru berjumpa dengan hukum loteri dan pelacur adalah haram di sisi agama? Kenyataan Datuk Mustafa Muhamad seolah-olah isu ini hendak dipolitikkan. Jika benar ada kegiatan seperti begini di Kota Bharu beliau tidak boleh untuk berdiam diri. Jika ada mana-mana pihak yang melindungi kegiatan ini sila laporkan kepada pihak berkuasa. Kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh Pas, tidak pernah berkompromi dalam soal ini. Jika terbukti, ada di kalangan ahli Pas yang bersetongkol dengan kegiatan ini, Pas akan mengambil tindakan.

Jika benar kenyataan Datuk Mustafa Muhammad,  secara tidak  langsung beliau telah memperlekehkan kewibawaan polis yang berkhidmat di Kelantan, kerana tidak bertindak. Mustahil polis Malaysia yang cekap tidak dapat menghidu kegiatan yang tidak bermoral dan menyalahi sisi undang-undang. Datuk Mustafa mungkin lupa bahawa polis di bawah dagu kerajaan pusat. Bertindaklah segera jangan berkompromi kerana perkara jahat tidak perlu hendak dipolitikkan.

Pas mengharapkan kesedaran gelombang merah, boleh juga menyedarkan Datuk Mustafa Muhamad dan Datuk Dr Awang Adik bahawa kedua-dua perbuatan ini salah di sisi Islam. Walaupun baru-baru  ini kerajaan BN telah meluluskan judi bola sepak, akhirnya dibatalkan kerana bantahan daripada Pas dan Pakatan Rakyat serta pemimpin agama bukan Islam. Perkara yang sama bolehlah di bawa dalam kabinet 1Malaysia untuk diharamkan kegiatan judi dan perbuatan yang tidak bermoral di negeri-negeri yang Barisan Nasional perintah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s