UMNO PERLU MINTA MAAF KEPADA ORANG MELAYU


Parti Islam SeMalaysia meminta supaya umno  jangan tunjuk hero sebagai pembela melayu kerana realitinya umno adalah pengkhianat melayu. Umno cuba menunjukkan mereka juara melayu, telatah mereka  seperti pencuri menjerit pencuri. Permintaan Datuk Fatimi Saleh Setiausaha Politik Perdana Menteri supaya Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat memohon maaf terlebih dahulu kepada orang melayu sebelum  Pas hendak  membela melayu suatu permintaan yang melucukan.

Hakikatnya umno yang perlu minta maaf dan bertaubat terlebih dahulu kerana dosa yang mereka lakukan kepada orang melayu. Pas mencabar umno supaya menjawab persoalan ini. Siapa punya angkara sehingga tanah rezab melayu selepas merdeka ada 3 juta hektar tetapi pada tahun  1995 hanya tinggal 1.7 juta hektar. Kenapa minyak yang ditemui di persisiran pantai Kelantan, tetapi dinaikkan di Songkla Thailand.. Apakah Menteri Besar Kelantan berbangsa Monggolia sehingga tergamak berbuat demikian?. Siapa yang kianat tulisan jawi? Siapa yang membunuh bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan pelajar-pelajar melayu ketika memperkenal metematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Kemana wang RM52 bilion untuk saham orang melayu lesap.  Wang sebanyak ini boleh menaikkan kedudukan bumiputera dalam ekonomi. Siapa yang tabal Tengku Ibrahim sebagai sultan Kelantan di padang bola di Ketereh. Siapa yang panggil Sultan Terengganu binantang. Terlalu banyak jenayah umno kepada orang melayu, Islam, tanah dan raja-raja melayu kalau hendak dilakarkan. Cukup sebagai bukti umno  yang berdosa dengan orang melayu.

Umno tidak perlu menuding jari kepada Pas  kerana  hak melayu tergadai. Selagi umno mendakwa Pas yang kianat orang melayu maka lama kelamaan akan terdedah siapa pengkianat sebenar kepada  melayu di negara ini. Pas akan mendedahkan kepada orang melayu mengenai pengkhianatan umno selama ini. Perjuangan umno untuk membela melayu hanya topeng semata-mata bagi mengkayakan beberapa kerat pemimpin umno, sedangkan melayu keseluruhannya tertinggal jauh daripada bangsa lain. Semua ini angkara umno sudah meninggalkan Islam sebagai cara hidup dan mengguna pakai Umno Putera sehingga menindas sesama bangsa.

Tidak ada bukti Tuan Guru Nik Aziz dan Pas mengkhianat bangsa. Pas mengkritik umno selama ini kerana mereka hanya memperjuangkan bangsa, akhirnya melayu dan Islam merempat di bumi sendiri. Apabila bangsa yang diperjuangkan, Islam sendiri tidak selamat. Contohnya ketika Selangor di bawah pemerintahan umno, ulamak diburu seperti penjenayah.  Sedangkan Pas memperjuangkan Islam, maka Islam, melayu dan bukan melayu turut selamat.

By ustazidrisahmad Posted in Politik

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s