SEMARAKKAN PROTES SAMAN EKOR


Semua jentera penerangan perlu semarakkan protes saman ekor yang tidak adil dan membebankan rakyat. Masih kedapatan 17.1 juta saman ekor yang disenarai hitam. Pihak polis terpaksa melanjutkan tempoh bayaran saman diskaun sehingga 10 Mac 2011. Ini bermakna rakyat sudah protes secara senyap terhadap saman ekor. 

Sila naikkan kain rentang di seluruh negara. Sila letak di tepi jalan raya “Tolak Saman Ekor ,Tolak BN Di PRU 13” “PR Menang Saman Ekor Dihapuskan” “Undi BN , Bererti Anda Setuju   Saman Ekor” “Jangan Undi BN, Jika Anda Mahu Hapuskan Saman Ekor”

Pas berpandangan hukuman yang dikenakan kepada pemandu yang tidak membayar saman ekor, sehingga tidak boleh berurusan dengan Jabatan Pengangkutan Jalanraya adalah tindakan yang zalim.  Ini menggalak mereka yang tidak berlesen dan mempunyai cukai jalan. Apabila ini berlaku, maka yang rugi ialah kerajaan kerana kehilangan hasil negara.

Tahniah juga kepada rakyat yang kreatif, telah melaungkan slogan kepada mereka yang sedang beratur ketika hendak membayar saman. Antara slogannya “Kalau tidak mahu saman ekor, kita tolak BN” , walaupun slogan ini hanya spontan tetapi telah disambut oleh orang ramai. 

Daripada awal lagi, Pas menggesa pihak kerajaan membawa mereka ke mahkamah untuk dibicarakan. Barulah mangsa akan  puas hati kerana kesalahan mereka diketahui. Anda mampu mengubahnya. Ubah sekarang sebelum rakyat muflis angkara saman ekor.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s