Pas Alat Dap, Tun Mahathir Makin Merapu


Parti Islam Semalaysia menganggap Tun Dr Mahathir semakin merapu, kerana mendakwa Pas alat Dap, ketika beliau merasmikan  Mesyuarat Agung Umno Cheras. Tun Mahathir mendakwa kewujudan Pas menyebabkan orang Melayu berpecah. Pas hendak tanya balik kepada Tun Dr Mahathir kenapa Umno diwujudkan pada tahun 1946, sedangkan sudah ada Parti Kebagsaan Melayu Malaya (PKMM)  1945 yang mewakili orang Melayu. Menunjukkan Umno juga parti yang ditubuhkan untuk memecah belah orang Melayu atas restu penjajah, buktinya kenapa umno tidak diharamkan ketika Ordinan Darurat 1948 sehingga semua parti yang tidak sealiran diharamkan seperti PKMM dan Hizbul Muslimin.

Pas alat DAP adalah modal lapok umno ketika orang Melayu menolak Umno dan cuba untuk menutup kelemahan Umno yang menjadi kuda tunggangan MCA, Gerakan dan MIC. Siapa yang bagi kerusi majoriti Melayu kepada MCA, MIC dan Gerakan.? Apa bukti Pas alat DAP?. Pas boleh buktikan pengkhianatan Umno kepada Melayu atas nama Melayu terutama di zaman beliau memerintah negara selama 22 tahun. Tahun 1990 seramai 80 penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang tinggal di tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort. 300 ekar tanah rezab Melayu di Pulau Redang Terengganu dijual  kepada Vicent Tan.

Nampaknya Tun Dr Mahathir masih cuba untuk membodohkan rakyat kononnya ulamak yang berada di dalam umno menubuh Pas,  kerana tidak mendapat tempat kerana tidak pandai berbahasa Arab. Faktanya ialah ulamak keluar untuk menubuhkan Pas kerana teguran ulamak mengenai judi tidak diperdulikan, maka ulamak merasakan perlu ada jamaah yang bebas daripada umno supaya Islam terpelihara.
Dulu Tun menipu rakyat mengatakan Pas ditubuhkan restu penjajah, hakikatnya umno ditubuhkan atas restu penjajah.
Pas ingin mengigatkan kepada Tun Mahathir tidak boleh tipu orang dalam semua masa, insyaAllah Pas akan membetulkan fakta yang ditipu oleh Tun supaya rakyat tahu siapa pengkhianat Melayu dan Islam

Pas merasa geli hati apabila Tun memuji perjuangan Pas zaman Dr Burhanudin Helmi dan Datuk Asri, kerana perjuangan mereka betul. Bukankah beliau orang yang bertanggungjawab sehingga Pas ditendang daripada BN, ketika krisis politik di Kelantan. Beliaulah orang yang diamanahkan oleh Umno untuk menyelesaikan kemelut tersebut, akhirnya Pas ditendang kerana menentang undang-undang  dharurat di Parlimen. Bukankah waktu itu Pas dipimpin oleh Datuk Asri Muda? Kenapa sekarang baru memuji   Datuk  Asri?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

By ustazidrisahmad Posted in Politik

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s