Utusan Malaysia  Bukan Mewakili Orang Melayu


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Subject: Utusan Malaysia  Bukan Mewakili Orang Melayu

Parti Islam Semalaysia tidak akan menyahut seruan PERKASA untuk mempertahankan akhbar Utusan yang kononnya akhbar orang Melayu. Layakkah akhbar Utusan Malaysia mewakili orang Melayu sedangkan etika laporan yang dilaporkan oleh akhbar tersebut tidak menepati ciri-ciri Melayu jauh sekali dengan ajaran Islam.

Tepatnya akhbar ini ialah Utusan Umno, bukan mewakili suara orang Melayu. Pemberitaan yang dilaporkan lebih kepada provokatif dan fitnah. Terbaru dengan berita yang sensasi kononnya Malaysia akan menjadi negara Kristian seperti yang disiarkan oleh akhbar tersebut pada 7 Mei 2011. Menyiarkan berita untuk membangkitkan emosi orang Islam, sekiranya tidak kena gaya negara boleh terbakar. Tetapi alhamdulillah Pas berjaya menenangkan keadaan umat Islam.

Utusan beruntung kerana mereka kebal dari tindakan undang-undang. Rakyat Malaysia tentu masih ingat, Suara Keadilan yang menyiarkan berita Felda bankrap, terus diberi amaran dan permit digantung.  
Utusan Malaysia tidak layak mewakili suara orang Melayu, kerana budaya Melayu tidak menerima unsur lucah dan fitnah. Melayu yang dikaitkan mesti beragama Islam, sudah tentu tidak boleh menerima tatacara budaya seperti ini. 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s