Belia Malaysia Tidak Akan Menyokong Kerajaan Yang Menyusahkan Rakyat


Permintaan Datuk Seri Najib meminta bantuan belia untuk mempertahankan Putra Jaya sebagai lambang keresahan BN untuk menghadapi mahkamah rakyat di dalam pilihanraya akan datang. Pas yakin belia Malaysia bukan hidup zaman gua yang terputus maklumat. Belia Malaysia yang merupakan orang aktif dengan media baru yang sentiasa terdedah dengan maklumat sebenar.

Umno hanya boleh mendapat sokongan daripada rakyat yang buta maklumat, belia bukan tergolong dalam kategori rakyat yang buta maklumat.
Kebetulan pula yang datang di dalam perhimpunan ini bukan dengan kerelaan hati.

Pas tidak hairan kerana  perhimpunan yang Umno BN anjur semuanya bukan sukarela  tetapi paksa rela, berbeza dengan himpunan anjuran Pas yang datang dengan belanja sendiri. Rakyat tentu masih ingat ketika Umno tersepit maka mereka akan menghimpun rakyat. Sewaktu  bergaduh dengan Raja-Raja Melayu tahun 1983  mereka ajak rakyat untuk tunjuk kepada Raja-Raja Melayu dengan mengadakan perhimpunan bahawa rakyat di belakang Umno.

Belia  yang matang tidak akan berkompromi dengan kerajaan yang boros, korup dan tidak berhemah kepada negara dan rakyat. Belia tidak akan menyokong BN meneruskan tradisi menyusahkan rakyat selepas setengah abad diberi mandat oleh rakyat. Mereka tidak boleh terima,  rakyat negara ini semakin merempat walaupun hasil mahsul negara begitu banyak.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

By ustazidrisahmad Posted in Politik

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s