Demo Membantah Perhimpunan Bersih Ok?


Pada  19 Jun 2011 akhbar perdana melaporkan beberapa perarakan membantah perhimpunan bersih yang dianjurkan oleh “baby umno” Perkasa di Kota Bharu dan Alor Setar.Laporan itu menyebut di Kota Bharu dihadiri oleh 2500 orang ketika membuat  laporan  di Balai Polis Kota Bharu yang diketuai oleh  Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) Azmi Ali dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) .Tindakan yang sama dibuat oleh Presiden Kimma Datuk Syed Ibrahim  Kader di Kuala Lumpur.

Di Alor Setar  kira-kira 500 ahli Perkasa Daerah Kota Setar berkumpul di kawasan dataran berhadapan Masjid Zahir, bagi menyatakan bantahan terhadap perhimpunan Bersih. Himpunan dibuat  sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada pukul 10.30 pagi.

Sebenarnya tidak  ada masalah perhimpunan atau perarakan yang dibuat oleh mana-mana pihak,  kerana ini adalah hak yang dibenarkan oleh perlembagaan. Biarlah pihak yang membantah perhimpunan Bersih membuat bantahan. Persoalannya kenapa himpunan Bersih 9 Julai 2011, belum buat sudah diugut  untuk ditangkap. Manakala perhimpunan menentang Bersih tidak diapa-apakan. Apakah di negara ini sudah ada dua undang-undang?. Jika himpunan dibuat oleh pihak sokong umno ia kebal daripada sebarang tindakan. Jika pihak Pakatan Rakyat, belum  himpunan dibuat sudah hendak  ditangkap, seperti kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar kepada penganjur Bersih.Inilah Malaysia negaraku, inilah polis di negaraku.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

By ustazidrisahmad Posted in Politik

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s