Memahami Islam Dengan Baik


Memahami Islam Dengan Baik
Ustaz Idris Ahmad
14/7/11
 
 
 
Kefahaman Islam yang sebenar adalah asas kemantapan perjuangan Islam. Ahli Pas  mesti memahami agama dengan baik,  supaya ia dapat memberi  petunjuk kepada orang lain. Jika kita sendiri gagal untuk memahami Islam yang sebenar, maka kita sukar untuk mendekatkan manusia lain kepada perjuangan Pas. Sekurang-kurang mesti menguasai perkara asas bagi meyakinkan orang kepada perjuangan yang kita bawa, kerana perjuagan Pas bukan menjanjikan kebendaan sebaliknya menjanjikan perkara sam’iyat (yang tidak nampak). Sekiranya kita gagal memahami perkasa asas bagaimana ia hendak menyampaikan fikrah perjuangan kepada masyarakat. Seperti pepatah Arab “Seorang yang faqir ia tidak boleh memberikan sesuatu”
 
 
Sedangkan golongan secular di negara ini memperalatkan agama dan memutar belitkan agama demi kelangsungan perjuangan batil mereka. Mereka mencari orang-orang agama yang boleh dijadikan kuda tunggangan supaya menghalalkan segala bentuk kezaliman dan perkara yang bertentangan dengan agama. Maka petugas Pas   mesti  menguasai ilmu ini sebagai benteng pertahanan untuk menangkis diayah ini. Memperalatkana agama bukan perkara baru dalam Umno dan 
BN, kita lihat sahaja menjelang himpunan Bersih 9 julai 2011, khutbah Jumaat di masjid Wilayah Persekutuan, dua minggu berturut-turut mengecam himpunan Bersih. Mereka memperalatkan institusi agama supaya mengekalkan kezaliman dan ketidak adilan mereka di negara ini.
 
 
Pemimpin umno terutamanya mereka boleh bermuka-muka ketika berbicara Islam di dalam majlis keagamaan. Rakyat sering ditipu dengan lafaz yang keluar daripada mulut mereka, ditambah dengan “solekan” media terhadap apa yang mereka ucap. Perkara ini selalu kita dengar ketika pemimpin umno merasmikan musabaqah al-Quran . Seruan mereka supaya rakyat kembali menghayati ajaran al-Quran. Kalau kita tidak kenal siapa gerangan manusia ini kita akan bertakbir sehingga roboh astaka musabaqah. Maka inilah yang perlu ahli Pas mengetahui bagaimana kita hendak memberi tahu kepada masyarakat yang mereka ucap tidak serupa dengan bikin. Mereka hanya menggulakan Islam  di lidah.
 
 
Semuanya ini memerlukan keyakinan, tawakkal kepada Allah di samping ilmu pengetahuan. Tanpa senjata ini kita akan kecewa dan meraba-raba dalam menjalankan tugas yang berat ini. Program untuk memahamkan masyarakat ini boleh dijalankan melalui dakwah ‘ammah (umum) seperti kuliah, ceramah, muzakarah, risalah. Mesejnya jelas  iaitu untuk memahamkan kepada mereka tentang Islam yang syumul bukan sahaja “Islam Hadhari” yang tidak bertolak daripada asas akidah. Maka diharapkan kepada semua ahli menguasai ilmu secara berterusan dan tidak boleh berpada dengan apa yang ada sahaja.
 
Di zaman serba bermaklumat dan dunia tanpa sempadan maka penguasaan ilmu dan pemahaman agama yang mantap adalah asas. Zaman mu’tazilah moden yang pakai akal tanpa wahyu,  rasioanal tanpa al-Quran, logik tanpa al-Sunnah. Maka da’i yang tegar dengan pegangan agama sahaja yang mampu untuk melawan kesesatan ini.
 
Oleh itu semua petugas di jalan Allah daripada semua peringkat samaada yang bergelar  pemimpin sampai pengikut biasa hendaklah bersedia untuk mendalami ilmu agama untuk meyakinkan apa yang kita bawa.  Kita hendaklah berusaha daripada semasa kesemasa tanpa jemu.  Kerana ilmu hari ini berkembang seperti kilat , sekiranya kita tidak bersedia untuk “up date” kita punya maklumat maka,  akan tertinggal kebelakang
 
Semua ahli mesti bersedia untuk memenuhi majlis ilmu yang diadakan dimana sahaja,  supaya kita dapat menjadi ahli Pas yang mempunyai nilai tambah. Guru yang kita hendak menadah kitab biarlah mereka yang mursyid yakni guru yang boleh memberi petunjuk kepada perjuangan, bukan hanya berteori  di dalam surau dan masjid sahaja. Kita tidak mahu mereka hanya berteori dan tidak turun bergelomang dengan perjuangan yakni bersama meneroka medan dan kerja lapangan di  dalam jamaah.  Minimum standard biarlah mereka ini membimbing kuliah dan menjadi naqib di dalam program Pas, kalau pun mereka tidak mahu berada di atas pentas Pas untuk berceramah. Atau pun sekurangnya mereka ini memimpin cawangan dan terlibat dalam organ parti. Guru seperti inilah baru kita dapat melihat bagaimana ruh jihad akan menular kepada muridnya.
 

By ustazidrisahmad Posted in Politik

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s