Berilmu Akan Memacu Ibadah Ramadhan


h)
Alhamdulillah sudah seminggu Ramadhan telah berlalu. Beruntunglah mereka yang berjaya merebut setiap detik daripada Ramadhan dengan melakukan ibadah kepada Allah SWT tanpa membiarkan Ramadhan berlalu begitu sahaja. Mereka menjadikan Ramadhan sebagai tapak untuk menanamkan bekalan akhirat sesuai dengan hadis nabi SAW “Dunia ialah ladang akhirat”.
 
Persoalannya berapa ramai pula yang melepaskan “bulan emas” ini begitu sahaja tanpa peningkatan amal yang sepatutnya. Antara puncanya ialah kerana kecetekan ilmu dan sikap umat Islam sendiri. Mereka menganggap bahawa Ramadhan sama seperti bulan lain, sedangkan Ramadhan ialah penghulu segala bulan. Pada mereka tiada apa istimewanya Ramadhan, sedangkan di kalangan para sahabat dan ulamak salaf mereka bergembira dengan saat yang dinantikan. Inilah doa yang dibaca “Ya Allah berkatilah bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke dalam bulan Ramadhan”
Oleh itulah Allah SWT menurunkan ayat yang pertama di dalam surah al Alaq” Bacalah dengan  nama tuhan kamu”. Ayat ini menggesa supaya umat Islam membaca dan mengkaji. Disinilah pentingnya kita disuruh untuk menuntut ilmu supaya kesempuranaan ibadah terjaga dengan baik. Hanya mereka yang berilmu sahaja, yang mampu menghayati Ramadan dengan semaksimanya.
 
Berlaku satu fenomena di dlam masyarakat kita apabila, ibadah Ramadan hanya ikutan sahaja maka kesannya  masjid dan surau sudah kelihatan lenggang dengan  penghuninya. Akhirnya yang tinggal berbaki ialah mereka yang menjadi pelangan tetap surau dan masjid sahaja. Ahli jamaah yang datang bermusim sudah tidak bermaya untuk menghabiskan solat tarawih hingga akhir Ramadan. Semuanya ini berpunca daripada buat ibadah, tetapi tidak ada ilmu. Mereka merasa berat untuk menunaikan ibadah tarawih,walaupun hanya 30-40 minit untuk menghabiskan masa tarawih dan witir, pada mereka seperti 40 jam. Mereka ini lebih selesa lepak di kedai kopi tanpa menghiraukan masa yang berharga di dalam bulan Ramadhan dengan meninggalkan ibadah yang tidak ada pada bulan lain.
 
Benarlah Sabda Rasulullah SAW “Akan datang satu masa nanti manusia hendak beribadat kepada Allah, tetapi di dalam keadaan jahil dan muncul qari yang  fasiq (membaca tanpa beramal)”
Sebaliknya mereka yang memiliki ilmu akan merasa lazat dengan ibadat Ramadhan yang tidak ada pada bulan lain. Kadang-kadang mereka merasa lazat dengan alunan ayat yang dibaca oleh imam hafiz ketika bertarawih.
Langkah yang diambil oleh surau dan masjid yang mengadakan siri tazkirah adalah satu langkah yang bijak. Inilah peluang untuk ahli jamaah mendengar mutiara yang berharga sewaktu mereka menunaikan ibadah tarawih. Majlis yang memberi kefahaman ilmu aqidah yang mempunyai kaitan dengan orang yang menunaikan puasa. Menjelaskan sifat taqwa yang sebenar kepada ahli yang hadir, kerana inilah matlamat puasa. Beberapa amalan yang perlu ditekankan ketika berada di dalam bulan Ramadan khususnya merebut malam 10 terakhir.
Tazkirah yang dibuat di malam Ramadan mempunyai kebaikan yang banyak. Antaranya ialah memberi peluang kepada mereka yang selama ini hadir ke surau setahun sekali dapat mendengar majlis ilmu, dengan harapan selepas Ramadan mereka akan hadir lagi ke surau. Selama ini mereka tidak berminat untuk datang ke surau mungkin kerana mereka tidak memahami tentang ilmu dan kaitan dengan ibadah. Berapa ramai ahli kariah yang dulunya liar dengan surau dan masjid, sudah mula berjinak selepas daripada bulan Ramadan hasil daripada tiupan semangat dan pemahaman yang betul setelah mereka mendengar majlis tazkirah sepanjang Ramadhan. Oleh itu mereka yang anti majlis tazkirah kerana bimbang jika kefahaman agama sudah berlubuk dihati maka mereka juga akan meninggalkan ajaran dan perjuangan sekular di negara ini

By ustazidrisahmad Posted in Agama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s