Dana RM1 Juta, NGO Pengampu Umno Bising Jika Untuk Kepentingan Rakyat.


Dana  RM1 Juta, NGO Pengampu Umno Bising Jika Untuk Kepentingan Rakyat.
Idris Ahmad
5/8/11
 
Tahniah kepada kerajaan Paktan Rakayat Selangor yang pro aktif dan pro rakyat untuk memastikan pilihanraya di negara ini berjalan dengan betul dan adil, dengan menyediakan geran berjumlah RM1 juta bagi membiayai usaha memfailkan bantahan daftar pengundi baharu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
 
 Ini adalah hak rakyat untuk menentukan kepimpinan negara ini berjalan dengan betul. Negara akan rosak jika pemimpin yang menang bukan kerana kewibawaannya, sebaliknya kerana tipu muslihatnya melalui bantuan SPR.
Bagaimanapun ia hanya terbuka kepada orang ramai tanpa mengira kaum, agama dan kecenderungan parti politik di Selangor sahaja.Kerajaan negeri memandang serius aduan-aduan mengenai kepincangan pada daftar pengundi yang sedia ada dan senarai daftar pengundi baharu. Aduan dan tuduhan termasuk rakyat negara jiran yang mendapat taraf pemastautin tetap dan disenarai sebagai pengundi amat merunsingkan dan perlu diselesaikan dengan segera. Hampir 1100 orang penduduk tetap di Selangor didaftar sebagai pengundi
 
Seperti yang dijangka akan bangunlah puak umno tegar yang berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membidas tindakan ini. Mereka takut hendak buat kenyataan atas nama umno, kerana orang  buta pun kenal tabiat buruk umno.  Antaranya Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Ketua Pemuda Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) Kebangsaan, Amir Hamzah Abdul Rajak dan Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar. Hujah puak pengampu umno ini mudah sahaja, alangkah baiknya wang ini digunakan untuk rakyat Selangor.
 
Mereka ini akan susah hati jikalau projek untuk kebaikan rakyat, tetapi menikus ketika pemimpin umno membazir wang untuk kepentingan politik dan pemimpin umno. Rakyat tidak dengar komen mereka ketika Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) yang  menyiasat perkara-perkara berkaitan kewangan oleh Balkis (bekas Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri 
Selangor yang diketuai oleh isteri Dr Khir), untuk melihat samada terdapat salah laku. Bagaimana pegawai-pegawai Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB), Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) dan PKNS dan yang lain memberi keterangan di perbicaraan Selcat adalah memeranjatkan. Sebanyak RM1.7 juta telah dibayar untuk perjalanan “teknikal” DisneyWorld dan Disneyland termasuk sewa bilik Presidensel di Honolulu bernilai RM110,000, RM200,000 untuk perjalanan ke Jogjakarta dan upah penari sahaja RM10,000 dan mereka juga membayar tiket penerbangan untuk orang gaji Dr Khir untuk menyertai perjalanan ini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s