ABDI KEPADA ALLAH; MELAHIRKAN JIWA YANG MERDEKA


ABDI KEPADA ALLAH; MELAHIRKAN JIWA YANG MERDEKA
Idris Ahmad
24/8/11

Selagi jiwa masih terikat dengan makhluk selagi itulah jiwa tidak merdeka dan menjadi satu hambatan kepada manusia. Maka Islam mengharamkan kita memperhambakan diri sesama makhluk, sebaliknya pengabdian mutlak hanya kepada Allh SWT.

“”Dan sungguh kami telah mengutuskan seorang Rasul untuk setiap umat (untuk menyerukan), sembahlah Allah, jauhilah toghut”. (Al-Nahli 16:36)

“Barangsiapa yang ingkar kepada Toghut, dan beriman kepada Allah , maka sesusngguhnya dia telah berpegang (teguh) pada tali yang sangat kuat yang tidak akan putus. Allah Maha mendengar, Maha Mengetahui” (Al-Baqarah 2:256)

Ibadah puasa yang kita tunaikan sekarang ialah lambang perhambaaan kita sebagai hamba Allah SWT untuk kita merungkaikan ikatan dengan makhluk

Kedatangan semua para Rasul yang diutuskan kepada kaumnya hanya bermatlamat untuk menyeru umatnya memperhambakan diri kepada Allah dan meninggalkan toghut iaitu golongan yang melampaui batasan Allah samaada berupa manusia atau syaitan.

Kata-Kata RuBai’e Bin Amir pada Rustam (Parsi) ialah contoh manusia yang merdeka walaupun berhadapan dengan kuasa manusia yang digeruni. Jawapan hamba yang merdeka kepada manusia yang berkuasa,

“ Allah mendatangkan kami bagi mengeluarkan
manusia dari menjadi
hamba kepada hamba kepada menjadi hamba kepada
ALlah yang maha esa lagi Maha Perkasa.Dari
kesempitan dunia kepada dunia yang lebih
luas.Dari kezaliman beragama kepada
keadilan Islam. Maka kami diutuskan dengan
agama Allah kepada makhlukNya untuk menyeru
mereka kepada Allah.Maka barangsiapa yang
menerima, kami menerima mereka dan tinggalkan
mereka ditanahair mereka dan sesiapa yang
enggan kami perangi sehinggalah kamu menyahut
seruan Allah…”

Kata-kata yang tegas daripada seorang yang berjiwa merdeka tanpa takut dan gentar kepada manusia yang gagah perkasa, kerana mereka yakin bahawa Allah lebih perkasa daripada semua makhluk.

Sempena dengan negara yang akan menyambut kemerdekaan ke 54 maka perlu kita membuat muhasabah diri apakah pemikiran kita sudah merdeka atau masih lagi dijajah.

Parti Islam Semalaysia Pas adalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam sebagai dasar menjadikan agenda kemerdekaan dan mempertahankan kemerdekaan sejak daripada awal penubuhannya lagi.

Menurut Perlembagaan Pas di dalam fasal 5 tujuan Pas ialah:
(2)Mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Jika dilihat daripada undang-undang tubuh Pas sudah membuktikan bahawa kewujudan Pas ialah bertujuan untuk kemerdekaan negara. Perjuangan Pas adalah lanjutan daripada gerakan Islah yang meniupkan semangat untuk mencetuskan kesedaran kemerdekaan di kalangan orang–orang Melayu untuk bangkit menentang penjajah. Mereka memainkan peranan yang penting untuk memperjuangkan kedaulatan negara. Terutama mereka yang pulang dari Asia Barat, seperti Mesir. Gerakan yang diketuai oleh Syed Sheik bin Ahmad al-Hadi dan Sheikh Tahir Jalaludin al-Azhari yang banyak menerima idea-idea pembaharuan Sheikh Muhammad Abduh yang merupakan seorang pemimpin kebangkitan Islam di Mesir. Apabila Syed Syeikh al-Hadi pulang ke Tanah Melayu pada tahun 1904, beliau menerbitkan majalah al-Imam iaitu majalah pelajaran, pengetahuan dan pengkhabaran, penerbitan pertama pada 23hb Julai,1906. Majalah ini telah membuka fikiran orang Melayu dan meniupkan semangat kesedaran pada jiwa orang Melayu.

Dalam persidangan di Kepala Batas pada 4hb. Jan 1953 Pas telah menetapkan matlamatnya untuk mencapai kemerdekaan negara yang bercorak Islam.

Ini dapat diperhatikan melalui ucapan Dr. Burhanudin Helmi dalam Mesyuarat Agung Pas Ogos 1957 yang berbunyi
“ …..bahawa dasar perjuangan kita ialah “kemerdekaan” yang penuh…”

Begitu juga ucapan almarhum Prof Zulkifli Muhammad dalam persidangannya di Kepala Batas pada 4hb. Jan 1953 Pas telah menetapkan matlamatnya untuk mencapai kemerdekaan negara yang bercorak Islam. Adalah satu pembohongan seperti yang diucap oleh pemimpin Umno yang mengatakan Pas tidak mahu merdeka dan Pas adalah anak didik penjajah. Kata-kata Pro. Zulkifli Muhammad telah menjawab tuduhan ini. “ Salah besar hukumnya bagi orang Islam duduk di bawah penjajahan asing yang tidak seagama dengannya. Sebab itu umat Islam adalah diwajibkan oleh tuhannya memperjuangkan kemerdekaan bagi melepaskan dirinya dari ikatan penjajah. Nyatalah bahawa memperjuangkan kemedekaan itu bagi umat Islam, dan parti politik Islam, bukan sahaja merupakan kewajipan perintah agama, perintah Tuhan yang mesti dijunjung dan dilaksanakan”.

By ustazidrisahmad Posted in Agama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s