Parti Komunis China Tetap Merbahaya.


Parti Komunis China Tetap Merbahaya.

Idris Ahmad

12/09/11

Apakah Parti Komunis  China tidak merbahaya kerana Umno mengadakan hubungan langsung, walaupun ia tetap komunis? Datuk Seri Najib Tun Razak yang  cuba hendak menghalalkan tindakan Umno, dengan mengatakan “kita baik dengan negara komunis sekarang kerana mereka telah tinggalkan ideologi lama mereka”

Jika hubungan antara kerajaan Malaysia dengan Kerajaan China  tidak mengapa, masalahnya Umno mengadakan hubungan dengan Parti Komunis China pada 5 Oktober 2010. Malahan hendak menghantar generasi muda Umno dari kalangan Putera dan Puteri Umno untuk belajar dengan Parti Komunis China. Ini dinyatakan dengan rasmi oleh Tengku Adnan Mansur selaku Setiausaha Agung Umno.

Bukankah tindakan ini merbahaya kepada generasi muda Umno? Apakah modal lapok perkauman dan bangsa  sudah tidak relevan sehingga hendak pergi mengemis dengan Parti Komunis China untuk mendapat idea baru dalam Umno. Rakyat mesti memandang ini adalah perkara yang merbahaya kepada negara jika perkara ini berterusan terutama kepada generasi muda,  kerana Umno hendak hantar orang muda pergi belajar dengan parti komunis China.

Parti Islam SeMalaysia istiqamah daripada dulu sampai sekarang menolak fahaman komunis. Sedangkan di dalam Umno pernah berlaku penangkapan “tiga Abdul” kerana menjadi tali barut komunis  Russia (KGB). Setakat hari ini tidak ada ucapan pemimpin Pas yang menyokong komunis dan ditangkan menjadi tali barut komunis walaupun pemimpin Umno pernah menuduh Pas lebih merbahaya daripada komunis.

By ustazidrisahmad Posted in Politik

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s