Menifesto PAS Terengganu, BN Resah.


Menifesto PAS Terengganu, BN Resah.
Idris Ahmad
17/10/11
Apabila Pas Terengganu melancarkan menifesto PRU-13 dengan tema “Terengganu Maju, Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan” telah menimbulkan keresahan di kalangan pemimpin BN termasuk dua ahli akademik.

Lima perkara dari kandungan manifesto adalah seperti berikut;

1. Melaksanakan pengecualian cukai kediaman

2. Menyelesaikan isu tanah rakyat yang dirampas oleh BN

3. Cuti 30 hari bergaji bagi kakitangan kerajaan kematian suami

4. Menyediakan 17,000 peluang kerja dalam tempoh 3 tahun, dan

5. Merakyatkan ekonomi dan menyediakan skim khas rakyat miskin
Manifesto ini amat menyentuh kepentingan rakyat Terengganu yang berada di dalam keadaan yang dhaif kerana pengagihan kekayaan yang tidak adil selama ini.
Tiba-tiba Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani dan Pensyarah Kanan Bahagian Politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Dr. Azeem Fazwan berkata, ini manifesto hanya bersifat populis, yang tidak mengambil kira kesan selepas pelaksanaannya dengan janji untuk menghapuskan cukai.

Bagaimana dua pensyarah yang berada di Pusat Pengajian Tinggi memberi kenyataan yang tidak mempunyai fakta yang kukuh. Sedangkan Pas pernah memerintah Terengganu pada tahun 1999-2004 ianya terbukti dan teruji. Kenapa mereka berdua mengeluarkan kenyataan seolah-olah rakyat akan menderita jika Pas kembali berkuasa di Terengganu.

Jika hendak mengampu janganlah memalukan dunia akademik kerana hendak mencari keuntungan dunia yang tidak seberapa. Sebagai ahli akademik sepatutnya boleh melihat kembali pencapaian Pas mengurus kerajaan Trengganu ketika memerintah suatu ketika dahulu.
Bukankah Terengganu di bawah Pas telah menunjukkan pencapaian yang baik walaupun sebahagian besar pendapatan kerajaan negeri hilang apabila royalti ditarik. Namun Pas berjaya menurunkan kadar kemiskinan daripada nombor dua kepada nombor empat, selapas Pas tewas, Terengganu kembali miskin di tempat kedua. Kenapa Pas mampu mentadbir walaupun royalti minyak dirompak? Jawapannya pemimpin Pas menjalankan tugas dengan amanah, adil tanpa mengira ideologi politik.
Apakah kedua mereka ini anggap pencapaian BN yang memerintah Terengganu adalah pemerintahan yang terbaik. Sehingga Terengganu hari ini digelar sebagai “Negeri Runtuh”. Kenapa mereka tidak komen mengenai Stadium Negeri yang berharga RM292 juta runtuh dan kos hendak baiki RM25 juta, Masjid Batu Putih Kemaman RM2.1 juta runtuh, Perhentian Bas Kuala Berang yang berharga RM4.2 juta runtuh setelah 80% siap, Kolam Renang di Batu Buruk RM18 juta, setelah setahun digunakan ia rosak. Kenapa mereka tidak pertikai kenapa Terengganu masih lagi miskin walaupun ada hasil minyak.
Mungkin mereka berdua tidak nampak kerana mata mereka terlalu biru sehingga tidak mampu untuk melihat data dan fakta.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s