Kelantan Bukan Negeri Republik


Kelantan Bukan Negeri Republik
Idris ahmad
25/11/11

Isu air di Kelantan, seolah-olah Kelantan bukan sebuah negeri yang terdapat di Malaysia. Pada hal Kelantan masih lagi di dalam peta Malaysia. Ia bukan sebuah negeri yang terpisah daripada Malaysia atau sebuah republik. Malahan banyak hasil yang kerajaan pungut di bumi Kelantan tetapi di bawa kepada kerajaan pusat. Contohnya bayaran pasport antarabangsa, stem, cukai kastam, cukai pendapatan, saman trafik yang di pungut daripada bumi Kelantan. Nampaknya otak pemimpin BN hanya pandai ambil tetapi tidak pandai memberi. Ketika hendak ambil hasil mereka teringat Kelantan, ketika hendak memberi mereka lupa Kelantan. Malah selama 13 tahun Kelantan diketepikan dari mendapat sebarang peruntukan atau pinjaman bagi meningkat bekalan air. Hanya pada pada 2011 pinjaman mudah di bawah RMK 8 sebanyak RM36 juta baru diberi kepada Kelantan dengan kontraktor dan kerja-kerja pembinaan dilantik dan dilaksanakan kerajaan pusat.

Kenapa perlu ugut rakyat, jika BN menang masalah air di Kelantan selesai?. Kenapa tidak dibantu sekarang? Hormatlah keputusan rakyat Kelantan yang telah memilih Pas. Apakah Umno sudah kehabisan modal pilihanraya di Kelantan, hanya modal air sahaja yang ada. Pada hal di negeri yang BN perintah masalah air masih tidak selesai seperti d Sarawak dan Sabah. Pemimpin Umno Kelantan khususnya cemburu melihat pencapaian kerajaan Kelantan samaada dari segi pembangunan dunia dan agama. Ketika negeri BN mengalami masalah untuk mengatasi kemiskinan Kelantan berjaya menurunkan kadar kemiskinan daripada nombor dua pada tahun 1990      kepada nombor enam. Percayalah jika Umno memerintah Kelantan, maka kadar kemiskinan akan naik balik ke tempat asal, seperti di Terengganu setelah turun nombor empat zaman Pas memerintah kemudian naik kembali di tempat kedua pada tahun 2004.

Walaupun dikekang dengan kewangan, Kelantan tetap menunaikan hutang lapok yang ditinggal oleh kerajaan BN sebanyak RM718 juta. Setakat 2010 telah melunaskan sebanyak RM220 juta, sekarang berbaki hanya RM498 juta. Kelantan tetap menunaikan tanggunjawab kepada rakyat dengan membuat pinjaman RM5 juta bagi membina telaga jejari sebagi alternatif membekal air bersih. 

Kenapa pemimpin Umno terlalu busuk hati sehingga sanggup mendera Kelantan yang dipilih oleh rakyat secara demokrasi. Tuan Guru Nik Aziz menjadi Menteri Besar dilantik melalui proses demokrasi, bukan revolusi. Nampaknya pemimpin Umno hanya boleh menerima demokrasi apabila Umno sahaja yang perlu menang, lain daripada Umno maka keputusan rakyat tidak perlu dihormati.

Pemimpin pusat sudah banyak mencabul demokrasi sejak Pas menang di Kelantan pada tahun 1990. Bermula dengan penubuhan Pegawai Persekutuan, penghulu persekutuan, memberi amaran kepada pegawai persekutuan jangan terlibat dengan program negeri seperti yang pernah diarahkan kepada pegawai pertanian yang bekerja di negeri Pakatan Rakyat, terakhir wang royalti tidak diberi kepada Kelantan.

Sebenarnya ini cara politik zaman batu, yang tidak layak memerintah di zaman langit terbuka. Pas yakin bahawa rakat Kelantan yang berjiwa merdeka tidak rela negeri mereka diperlakukan demikian rupa oleh orang sebangsa  dan senegeri dengan mereka yang berada di peringkat pusat, insyaAllah mereka akan ajar sikap pemimpin seperti begini di dalam pilihanraya akan datang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s