Dekatkan Diri Kepada Allah


Dekatkan Diri Kepada Allah

Perjuangan Pas bukan merupakan perjuangan yang dihampari dengan permaidani merah, ia penuh dengan ranjau dan duri, ancaman yang datang daripada luar atau daripada dalaman sendiri. Perjuangan Pas ia mengajak manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah bukan untuk mengabdikan diri sesama manusia. Maka kerja ini  bukan seperti menjual barang jualan langsung yang nampak  mata bonus di hadapan. Sedangkan perjuangan untuk menyeru mausia kepada jalan Allah merupakan siatu perkara yang tidak kelihatan di mata kasar, ia hanya menyeru supaya ada keyakinan berdasarkan kepada sam’iyyat (hanya didengar bukan dapat dilihat).

Oleh itu hubungan dengan Allah perlu dipertingkatkan dan kita mesti menjaga batasan supaya hijab pertolongan Allah dapat diatasi. Kita mesti elak melakukan maksiat sama seperti musuh. 

Pesanan  Saidina Umar al-Khattab kepada Saad bin Abi Waqas di dalam suatu peperangan

” Sesungguhnya aku memerintahkan kepadamu wahai Sa’ad dan juga mereka yang bersama-samamu supaya bertaqwa kepada Allah SWT dalam apa jua keadaan kerana sesungguhnya taqwa kepada Allah SWT adalah sebaik-baik persiapan untuk mengalahkan pihak musuh dan juga sehebat-hebat strategi dalam peperangan. Aku memerintahkan kepadamu dan mereka yang bersama-samanu supaya menjauhkan diri daripada maksiat kerana sesungguhnya dosa-dosa yang dilakukan tentera Islam lebih aku takuti daripada musuh-musuh Islam. Bilangan tentera kita tidak seramai tentera mereka. Kelengkapan senjata kita tidak sehebat kelengkapan senjata mereka. Maka jika amalan maksiat dan tabiat kita sama dengan pihak musuh, nescaya kelebihan kekuatan dan kemenangan aka menyebelahi mereka. Jika kita tidak dapat pertolongan dari Allah SWT ke atas musuh-musuh ini dengan kelebihan kita, sudah pasti kita tidak akan dapat mengalahkan mereka”.

Ketahuilah!

“Bahawasanya bersama-sama dalam perjalananmu, ada malaikat-malaikat yang mengawasi. Para malaikat ini mewakili pihak kerajaan Allah SWT untuk menjagamu. Maka ketahuilah apa yang kamu kerjakan. Maka malulah terhadap apa yang kamu ingin lakukan. Janganlah kamu berkata, “Sesungguhnya pihak musuh lebih hina daripada kita, dan mereka tidak akan dapat menguasai kita walaupun kita turut berbuat kejahatan”. Mana tahu Allah SWT akan mendatangkan satu kaum yang lebih zalim daripada pihak musuh seperti yang pernah berlaku kepada Bani Israil dahulu yang akhirnya mereka tumpas dan dikuasai oleh orang-orang Majusi. Mohonlah kepada Allah SWT kemenangan ke atas nafsu-nafsumu seperti kamu memohon kemenangan ke atas musuh-musuhmu. Aku memohon perkara yang sama ke atas diriku dan dirimu”.

Kita mesti membina hubungan dengan Allah penuh keikhlasan kerana ini adalah kelayakan yang utama. Tugas mengajak manusia kepada Allah bukan ia matlamat perseorangan untuk memperolehi kebendaan. Tugas menyeru kepada manusia tidak akan berjaya tanpa mendapat restu daripada Allah SWT.

Berusahalah memprogramkan diri agar kita dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT. Antaranya 
@Berusaha untuk membina diri menjadi orang yang bertaqwa kepada Allah SWT dengan menjauhkan diri daripada melakukan maksiat kepada Allah SWT.
@Membanyakkan membaca al-quran kerana ini adalah amalan yang terbaik. Amat malanglah kepada ahli Pas yang mengabaikan daripada membaca Al-quran sedangkan ini adalah rujukan parti Pas.

@Melazimkan diri dengan zikir ma’thur terutama selepas solat

@Cuba mengelakkan diri daripada terlibat dengan amalan syubhah

@Melatihkan diri supaya mewajibkan solat sunat seperti qabliah dan ba’diah

@Melazimkan solat tahajjud kerana ini adalah sumber kekuatan yang paling ampuh dari sudut kerohanian dan dapat melatih keikhlasan dalam diri.

@Bersahabatlah dengan rakan yang boleh memberi nasihat untuk kekuatan jamaah dan peribadi.Elakkan bersahabat dengan rakan yang malas dan lagha
@Binalah rumah tangga Islam sebelum menegakkan Islam di negara ini.
@Jangan jemu memohon doa kepada Allah untuk kemenangan Islam dan memberi kekuatan kepada kita kesihatan dan istiqamah untuk terus berjuang.
@Terus berdoa kepada Allah supaya Allah membuka pintu hidayah rakan-rakan kita supaya mereka diberi petunjuk untuk menerima perjuangan yang kita bawa.

By ustazidrisahmad Posted in Politik

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s