Kes Surau Salihiah, Sejak Bila Umno Juara Agama


Kes Surau Salihiah, Sejak Bila Umno Juara Agama
Idris Ahmad
27/12/11
Rakyat terkejut apabila Umno marah kepada kerajaan Kedah kerana hendak merobohkan Surau Salihiah Kanchot di Alor Setar. Walaupun berkali-kali telah dijelaskan bahawa Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah telah membenarkan, dan pihak pemaju bersetuju untuk  membayar pampasan dan memberi tapak baru kepada Majlis Agama Islam Kedah (MAIK). Namun pimpinan Umno Kedah yang bankrap idea unuk menawan hati rakyat Kedah cuba mengambil isu surau untuk menjadi modal kempen. Rakyat tertanya-tanya sejak bila Umno menjadi juara agama dan hendak membela surau?. Kenapa pemimpin Umno seperti Datok Ahmad Bashah, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Azeez Abdul Rahim pekak dan bisu ketika kerajaan pimpinan Umno meruntuhkan masjid Bujal di Kemaman, menutup surau Jubli Perak di Bandar Baru Bangi, menutup Surau al Rahmah di Seksen 8 Shah Alam, menutup surau d Puchong Perdana dan meruntuhkan surau kampung Berembang Ampang.

Oleh kerana Umno Kedah sedang lemas melihat kerajaan Kedah di bawah kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak berjaya memimpin Kedah dengan cemerlang walaupun terpaksa menanggung hutang lapok sebanyak RM2.3 bilion.   Contohnya kebijaksanaan kerajaan Kedah mengurus negeri sehingga pendapatan balak daripada RM8 juta setahun meningkat RM53 juta. Umno takut  rakyat Kedah  membandingkan kejayaan Pakatan Rakyat dengan pemerintahan Umno selama 51 yang menindas rakyat, maka Umno cuba  menjadi juara membela agama, sehingga udang di Kolam Kerpan pun terkejut kerana Umno sudah bertukar nada.

By ustazidrisahmad Posted in Politik

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s