Tanpa “6T” Umno Tidak Berjaya.


Tanpa “6T” Umno Tidak Berjaya.
Idris hj Ahmad
7/5/12
Umno tidak boleh mengadakan himpunan raksasa jika tanpa 6T iaitu T.Shirt, Topi, Tambang, Transport, Tapau (makanan) dan Token (duit). Ia berlainan dengan himpunan yang dianjurkan oleh Pas dan Pakatan Rakyat, penyokongnya datang tanpa diupah dan dikerah. Setiap kali Najib turun ke suatu tempat semua agensi kerajaan dipaksa rela untuk hadir. Terbaru Najib di Kelantan pada 4 April 2012 kita boleh lihat beratus-ratus biji bas daripada agensi kerajaan. Pihak pengajur terpaksa membuat kerahan , jika tidak terpaksa dikira dengan bayang supaya nampak ramai.
Budaya ini sudah menjadi kelaziman apabila Umno mengalami masalah dalaman parti atau tekanan politik daripada luar. Ia bermula di zaman Dr Mahathir ketika beliau bergaduh dengan Raja-Raja Melayu 1983 sewaktu krisis pindaan perlembagaan untuk membuang kekebalan Raja-Raja Melayu. Diikuti pula dengan program Semarak, ketika berlaku krisis team A dan Team B.

Ahli Umno sekarang bukan ahli yang ada ideologi, majoritinya hanya ahli yang mencari makan. Ia bukan perjuangan Umno diperingkat mula kelahiran Umno 1946. Walaupun ahlinya 3.3 juta, namun tidak ada jati diri dan komited dengan ideologi perjuangan. Sebahagian besar menjadi ahli Umno, terutama peringkat muda hanya “Umno Projek” sahaja. Kita akan lihat himpunan Umno di Stadium Bukit Jalil yang akan berlangsung pada 11 Mei 2012, semuanya akan bergantung kepada 6T.

By ustazidrisahmad Posted in Politik

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s