Ulamak Luar Negara Untuk Bantu Kemenangan BN


Umno BN terpaksa mengguna khidmat Ulamak luar negara memastikan terus mereka berkuasa di negara ini. Isu agama adalah umpan untuk menarik sokongan pengundi kepada Umno dan BN. Sebelum ini telah berjaya menggunakan ulamak rasmi dengan mengeluarkan fatwa Bersih 3.0 haram,

.
Terbaru kenyataan  dikeluarkan ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah satu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.

Persoalannya adakah Sheikh Dr Sulaiman ini mengetahui keadaan politik dan dasar politik di negara ini. Beliau memberi fatwa mengenai politik sedangkan beliau tidak pernah berada di dalam suasana politik demokrasi. Bagaimana beliau boleh bercakap tentang politik kepartian sedangkan beliau duduk di negara yang tidak membenarkan parti politik ditubuhkan di negara ini.

Betulkah disiplin seorang ulamak yang memberi fatwa sedangkan beliau tidak mendapat gambaran yang sebenar mengenai suatu perkara yang hendak di fatwakan?.

Kerajaan juga akan menganjurkan seminar Feqh Mentaati Pemimpin pada 15 Jun 2012. Di antara yang akan membentang ialah  bekas Canselor Universiti Al-Azhar Mesir Syeikh Prof Dr Umar Hashim. Mufti Palestin Syeikh Ekrima Sa’id Sabri dan Imam Masjidil Haram Mekah Syeikh Maher Al-Mueaqly

Seminar ini sudah kita boleh buat rumusan bahawa semua rakyat wajib sokong BN dan tolak PR. Inilah sebenarnya tujuan seminar ini dibuat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

By ustazidrisahmad Posted in Politik

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s