Pas -Dap Berpecah, Parlimen Bubar.


Pas -Dap Berpecah, Parlimen Bubar.
Idris Hj Ahmad
13/8/12
 

Sepatutnya pilihanraya ke 13 sudah berlangsung tahun 2011. Tetapi suasana tidak  mengizinkan, kerana tidak menyebelahi pihak BN. Parlimen dibubar jika Pas-Dap berbecah, inilah yang ditunggu. Nampaknya skrip yang dimainkan oleh media Umno terutama Utusan Dan RTM tidak  menjadi. Hubungan kedua parti ini semakin kukuh walaupun diasak, kerana kebijaksanaan pimpinan Pakatan Rakyat yang bijak menyelesaikan di meja perundingan.

BN sedar jika gagal memecahkan perpaduan kedua parti ini, maka mimpi buruk akan menjadi kenyataan, kerajaan Pusat akan tumbang.  Umno amat  memerlukan kepada sokongan orang bukan Islam. Undi Melayu sudah tidak  lagi menjadi penyelamat kepada Umno terutama di kalangan generasi muda. Mereka inilah yang membawa perubahan politik kepada ibu bapa mereka.

Selama ini Umno berjaya mendapat sokongan orang bukan Islam dengan memberi gambaran yang buruk mengenai Pas, tetapi selepas PRU 2008 keadaan sudah berubah.
Kalau Pas-Dap tidak berpecah, ertinya gelap masa depan Umno untuk mendapat sokongan orang bukan Islam.

Terbaru  kenyatan Ustaz Abdullah Sa’amah Pondok Geting Tumpat yang mengatakan haram undi Dap, kerana ia kafir harbi. Kenyataan ini tidak lebih daripada untuk memulih tenaga zahir dan batin Umno yang semakin lemah.

Malangnya kenyataan ini telah memakan Umno dan Mca. Rakyat  mula melihat kembali kenyataan pemimpin Umno yang menolak dan menghina hukum Islam secara berfakta. Penghinaan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang biadab kepada Islam dan menghina wakil rakyat Datuk Ayub sebagai hilang akal. Mca juga  yang banyak menghina dan  memperelkehkan Umno dalam isu hudud.  Sekarang rakyat menilai balik, siapa sebenaranya bahaya kepada Islam. Pemimpin Umno sudah hilang jantan apabila diperlakukan oleh MCA.

Hampir lima tahun DAP menguasai Pulau Pinang, tidak ada satu pun masjid, surau dan Ustaz ditangkap. Tetapi perkara ini berlaku di negeri Selangor sewaktu Umno memerintah. Rakyat masih segar dalam ingatan,  Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi, Surau al-Rahmah Seksyen 8 Shah Alam, Surau di Puchong Perdana ditutup. Surau di Kampung Berembang Ampang diroboh, Masjid Bujal di Kemaman diruntuh. Apakah hukum sokong parti yang kianat rumah Allah?. Tidak ada apa yang rugi kepada Pas dan Islam kerana bertahaluf dengan Dap. Yang rugi ialah Umno dan sekutunya kerana tidak lagi boleh bermaharajalela mengkianat rakyat dan menghina Islam apabila mereka hilang kuasa.
 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s