Tun Mahathir Menakutkan Rakyat Jangan Tolak Umno


Tun Mahathir  Menakutkan Rakyat Jangan Tolak Umno

Idris hj Ahmad

25 Sep 2012

 

Tun Mahathir ketinggalan keretaapi, masih memutar pita rakaman lama untuk mempengaruhi pengundi di dalam PRU akan datang. Beliau cuba membawa budaya takut di dalam masyarakat supaya jangan tolak Umno, kerana nanti Melayu hilang kuasa. Bukankah Melayu hilang kuasa semua angkara Umno? Kenapa beliau menjadi Perdana Menteri tidak menambah kerusi Parlimen di negeri Kelantan, Trengganu dan Kedah ketika Persempadanan semula 2004. Kenapa baru sekarang bercakap Melayu hilang kuasa?. Umno telah terbukti merosakkan melayu setelah berkuasa selama 55 tahun. Kita mempunyai data dan fakta kemusnahan Melayu angkara tangan Umno. Tanah rezab Melayu daripada 3 juta hektar (1957) hilang  seluas 1.3 juta (1995) hektar angkara siapa? Kenapa Tun menuding jari kepada Pakatan Rakyat, sedangkan Pakatan Rakyat tidak pernah memerintah kerajaan pusat. Beri Pakatan Rakyat memerintah dahulu, jika sama perangai macam Umno bolehlah rakyat memilih Umno kembali di dalam PRU 14. Kenapa Tun begitu takut sangat dengan perubahan kerajaan. Beliau tidak perlu takut jika beliau tidak bersalah ketika 22 tahun memerintah.

Tun mengeluh kerana Melayu berpecah kepada tiga kelompok. Siapa punya angkara?. Umno lah bapa perpecahan buktinya kelahiran  Parti Negara, Parti Semangat 46, Team A dan Team B sehingga Umno diharamkan oleh mahkamah.  Jangan anggap Umno parti Melayu pertama, sedangkan sebelum Umno ditubuhkan 1946, sudah ada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada 1945 oleh Ibrahim Yaakob, Dr Burhanudin alHelmi, Ahmad Boestamam. Kenapa perlunya Umno, sedangkan sudah ada parti Melayu sebelumnya.

 

Tun Mahathir juga cuba hendak memutar belitkan sejarah kononnya Pas ditubuhkan kerana pimpinannya tidak puas hati dengan kepimpinan Tunku yang tidak memberi Pas bertanding 10 kerusi di dalam pilihanraya 1955. Sedangkan Pas ditubuhkan oleh orang agama di dalam Umno kerana tidak puas hati dengan pimpinan Umno yang tidak ambil peduli teguran ulama terutama di dalam isu judi. Pembohongan Tun bukan perkara luar biasa, sewaktu beliau menjadi Presiden Umno beliau menuduh Pas ditubuhkan oleh penjajah. Fakta sebenarnya Umno adalah restu penjajah. Buktinya ketika semua parti politik di Tanah Melayu diharamkan pada tahun 1948, hanya Umno sahaja yang dibenarkan hidup.

 

 

About these ads
By ustazidrisahmad Posted in Politik

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s