Catatan Dhuha Jan 19
Catatan Dhuha
Tahun 2018 meninggalkan kita. Bermakna umur kita semakin dekat dengan lubang kubur dan semakin jauh daripada tahta, harta dan wanita. Idris Hj Ahmad 24 Rabiul Akhir 1440/ 1 Januari 2019 Selasa.
Catatan Dhuha
Alangkah baiknya kita, apabila Allah anugerahkan umur yang panjang beserta dengan amalan yang baik. Minta jauh daripada sebaliknya. Idris Hj Ahmad 25 Rabiul Akhir 1440/ 2 Januari 2019 Rabu.
Catatan Dhuha
Pergerakan masa begitu pantas sekali sehingga kita tidak sedar pergerakan umur kita juga berjalan dengan cepat. Semuanya tanda dunia sudah hampir kiamat. Idris Hj Ahmad 26 Rabiul Akhir 1440/ 3 Januari 2019 Khamis
Catatan Dhuha
Usia muda bukan bermakna kematian masih lama lagi. Ada juga buah kelapa muda jatuh sebelum tua. Begitu juga kematian. Idris Hj Ahmad 27 Rabiul Akhir 1440/ 4 Januari 2019 Jumaat.
Catatan Dhuha
Muda pun mati, tua pun mati. Kaya pun mati, miskin pun mati. Pejuang Islam pun mati, lawan Islam pun mati. Yang penting persiapan kita kepada mati. Idris Hj Ahmad 28 Rabiul Akhir 1440/ 5 Januari 2019 Sabtu
Catatan Dhuha
Orang muda jangan terlalu gembira dengan andaian mati lambat lagi. Sehinggakan mengabai tanggungjawab sebagai hamba Allah SWT. Kematian boleh datang bila- bila masa.mati. Idris Hj Ahmad 29 Rabiul Akhir 1440/ 6 Januari 2019 Ahad.
Catatan Dhuha
Allah beri kita umur panjang supaya kita dapat perbanyakkan bekalan amal di akhirat. Jangan sia-siakan umur kita. Peluang masih terbuka luas. Idris Hj Ahmad 1 Jamadil Awal 1440/ 7 Januari 2019 Isnin.
Catatan Dhuha
Minta berlindung dengan Allah, jangan umur semakin tua tetapi semakin jauh daripada petunjuk Allah. Sepatutnya semakin dekat dengan jalan Allah. Idris Hj Ahmad 2 Jamadil Awal 1440/ 8Januari 2019 Selasa.
Catatan Dhuha
Jangan sesiakan Waktu muda, kerana inilah peluang untuk kita aktifkan tenaga bersama perjuangan Islam. Orang muda segar dengan idea dan bertenaga untuk melaksanakan. Idris Hj Ahmad 3 Jamadil Awal 1440/ 9 Januari 2019 Rabu.
Catatan Dhuha
Peliharalah ilmu dengan beramal. Bukan hanya pandai menyampai sahaja. Memang senang suruh orang beramal, sukar untuk beramal. Peringatan buat diri sendiri. Idris Hj Ahmad 4 Jamadil Awal 1440/ 10 Januari 2019 Khamis.
Catatan Dhuha
Ulamak apabila mencari redha manusia maka hidupnya akan menjadi hina. Mereka hanya diguna sebagai penangkis sementara. Habis madu sepah dibuang. Idris Hj Ahmad 5 Jamadil Awal 1440/ 11 Januari 2019 Jumaat.
Catatan Dhuha
Ulamak yang beramal dengan ilmunya akan memberi kesan kepada pendengarnya. Penghormatan kepadanya tidak pernah pudar dan luntur. Idris Hj Ahmad 6 Jamadil Awal 1440/ 12 Januari 2019 Sabtu
Catatan Dhuha
Ulamak yang ikhlas akan disanjung dan dihormati oleh masyarakat. Pengiktirafan ini datang secara sukarela bukan dipaksa. Idris Hj Ahmad 7 Jamadil Awal 1440/ 13 Januari 2019 Ahad.
Catatan Dhuha
Ulamak yang soleh, apabila berhujah dengan penuh keyakinan. Berbeza dengan ulamak yang tidak beramal, apabila berhujah tersangkut-sangkut kerana kontra dengan amalannya. Idris Hj Ahmad 8 Jamadil Awal 1440/ 14 Januari 2019 Isnin.
Catatan Dhuha
Kenapa kita nampak seolah-olah masyarakat begitu taasub dengan ulamak.? Jawapannya kerana mereka melihat ulamak beramal dengan ilmunya. Jika berlaku sebaliknya mereka akan meninggalkan ulamak. Idris Hj Ahmad 9 Jamadil Awal 1440/ 15 Januari 2019 Selasa.
Catatan Dhuha.
Ulamak yang muttaqin sentiasa menjadikan al-Quran dan Al-Sunnah sebagai rujukan untuk mengeluarkan pandangan. Mereka ada autoriti, kerana ada kemampuan ilmu. Idris Hj Ahmad 10 Jamadil Awal 1440/ 16 Januari 2019 Rabu.
Catatan Dhuha
Makanan yang halal membentuk peribadi yang mulia. Makanan yang haram menjadi manusia liar dengan agama dan berjiwa haiwaniah. Idris Hj Ahmad 11 Jamadil Awal 1440/ 17 Januari 2019 Khamis.
Catatan Dhuha
Makanlah makanan yang disediakan oleh orang yang bertaqwa kerana sudah pasti bahan yang disediakan daripada bahan yang bersih dan suci. Idris Hj Ahmad 12 Jamadil Awal 1440/ 18 Januari 2019 Jumaat.
Catatan Dhuha
Islam agama yang membawa keselamatan dan kedamaian. Islam melarang menganggu agama orang lain. Jika hendak wujudkan keharmonian, penganut agama lain juga perlu menjaga sensitiviti orang Islam. Idris Hj Ahmad 13 Jamadil Awal 1440/ 19 Januari 2019 Sabtu
Catatan Dhuha
Hakim ada etika yang ketat bagi menjamin keadilan dapat dilaksanakan. Jika hakim di dalam mahkamah sivil pun ada etika yang ketat, telahan lagi etika hakim menurut ajaran Islam. Idris Hj Ahmad 14 Jamadil Awal 1440/ 20 Januari 2019 Ahad.
Catatan Dhuha
Jika orang yang hendak melaksanakan keadilan tidak ada moral dan etika, apakah kita boleh mengharapkan keadilan dapat dilaksanakan di dalam perbicaraan?.Idris Hj Ahmad 15 Jamadil Awal 1440/ 21 Januari 2019 Isnin.
Catatan Dhuha.
Orang Melayu cukup sensitif soal agama, walau pun watak dan kelakuannya tidak menepati kehendak Islam. Mereka bangkit apabila kesucian agama dicabar. Idris Hj Ahmad 16 Jamadil Awal 1440/ 22 Januari 2019 Selasa.
Catatan Dhuha
Terbukti dan teruji Islam agama keamanan, sejak daripada dahulu hingga hari kiamat. Islam agama toleransi dan menghormati hak bukan Islam walau pun mereka minoriti. Hebatnya Islam. Idris Hj Ahmad 17 Jamadil Awal 1440/ 23 Januari 2019 Rabu.
Catatan Dhuha.
Sejarah membuktikan orang bukan Islam selamat berada di kawasan majoriti orang Islam. Kerana ajaran Islam melarang menzalimi orang bukan Islam dan memusnahkan rumah sembahan mereka. Idris Hj Ahmad 18Jamadil Awal 1440/ 24 Januari 2019 Khamis.
Catatan Dhuha
Keharmonian masyarakat dapat dibina jika wujudnya sikap menghormati dan merai golongan majoriti di negara ini. Jauhkan provokasi terhadap Islam. Idris Hj Ahmad 19 Jamadil Awal 1440/ 25 Januari 2019 Jumaat.
Catatan Dhuha
Penjajah Inggeris sedar orang melayu tidak boleh dipisahkan dengan Islam. Sebab itu Inggeris memerintah lama kerana mereka faham psikologi orang melayu. Idris Hj Ahmad 20 Jamadil Awal 1440/ 26 Januari 2019 Sabtu
Catatan Dhuha.
Apabila umat Islam bersatu atas nama Islam ia akan memberikan kesejahteraan dan keamanan kepada semua manusia samaada orang Islam atau orang bukan Islam. Idris Hj Ahmad 21 Jamadil Awal 1440/ 27 Januari 2019 Ahad.
Catatan Dhuha.
Penyatuan atas nama Islam ia akan kekal dan selamat. Penyatuan atas nama bangsa atau kebendaan berakhir dengan perpecahan. Idris Hj Ahmad 22?Jamadil Awal 1440/ 28 Januari 2019 Isnin.
Catatan Dhuha.
Perpaduan atas nama bangsa atau kebendaan tidak kekal lama. Kerana naluri manusia tidak akan puas dan bertentangan dengan fitrah manusia. idris Hj Ahmad 23 Jamadil Awal 1440/ 29 Januari 2019 Selasa.
Catatan Dhuha.
Manusia tidak boleh disatukan dengan benda. Kerana manusia tidak pernah puas dengan benda. Akhirnya kawan menjadi lawan, setia menjadi seteru. Idris Hj Ahmad 24 Jamadil Awal 1440/ 30 Januari 2019 Rabu.
Catatan Dhuha
Apabila perpaduan dibina atas kepentingan Islam, maka ia akan mengenepikan kepentingan bangsa, puak dan kebendaan. ia boleh memadamkan agenda lain, Islam diutamakan. Idris Hj Ahmad 25 Jamadil Awal 1440/ 31 Januari 2019 Khamis