Catatan Dhuha mac 19
Catatan Dhuha
Islam tidak membenarkan kita menghina agama dan sembahan orang lain. Inilah formula keharmonian hidup yang telah digariskan oleh Islam. Idris Hj Ahmad 24 Jamadil Akhir 1440/ 1 Mac 2019 Jumaat.
Catatan Dhuha
Sejarah tercatat agama lain bebas diamalkan di negara umat Islam yang majoriti. Semuanya hasil didikan Islam kepada penganutnya supaya tidak menghina agama lain. Idris Hj Ahmad 25 Jamadil Akhir 1440/ 2 Mac 2019 Sabtu.
Catatan Dhuha
Kita wajib beriman dengan Rasul-Rasul. Bukan sahaja kita hanya beriman dengan Nabi Muhammad SAW. Haram kita menghina Nabi-nabi yang lain. Idris Hj Ahmad 26 Jamadil Akhir 1440/ 3 Mac 2019 Ahad
Catatan Dhuha.
Penjajah Inggeris boleh memerintah lama di negara ini kerana mereka tahu sensitiviti orang melayu mengenai agama. Ini garis sempadan yang tidak boleh dilanggar. Idris Hj Ahmad 27 Jamadil Akhir 1440/ 4 Mac 2019 Isnin.
Catatan Dhuha
Perjanjian Pangkor 1874 telah menjadi penanda aras, bahawa Inggeris mengetahui psikologi orang Melayu mengenai agama. Soal agama tidak boleh ditolak ansur. Idris Hj Ahmad 28 Jamadil Akhir 1440/ 5 Mac 2019 Selasa.
Catatan Dhuha.
Kejayaan pendakwah dan ulama di negara ini berjaya menanamkan ke dalam jiwa orang Melayu kasihkan akidah. Walau pun dari segi penghayatan akhlak tidak seberapa. Idris Hj Ahmad 29 Jamadil Akhir 1440/ 6 Mac 2019 Rabu.
Catatan Dhuha.
Berpolitik untuk mati, bukan untuk hidup. Barulah kita berusaha untuk menurut kehendak Allah. Jika sebaliknya, maka akal mendahului wahyu. Idris Hj Ahmad 30 Jamadil Akhir 1440/ 7 Mac 2019 Khamis
Catatan Dhuha
Berpolitik tanpa ikatan agama akan membawa kemusnahan dalam masyarakat dan negara. Amanah dikhianati, fitnah menjadi modal untuk mendapat kuasa. Idris Hj Ahmad 1 Rejab 1440/ 8 Mac 2019 Jumaat.
Catatan Dhuha
Apabila berpolitik tidak ingat kepada akhirat maka semua tindakan melampaui batasan agama dan adab susila. Apa yang penting kuasa. Idris Hj Ahmad 2 Rejab 1440/ 9 Mac 2019 Sabtu.
Catatan Dhuha
Orang bukan Islam jangan bimbang dengan Islam. Sejarah telah membuktikan orang bukan Islam yang minoriti aman di bawah pemerintahan Islam. Idris Hj Ahmad 3!Rejab 1440/ 10 Mac 2019 Ahad.
Catatan Dhuha
Kenapa perlu takut apabila orang Islam bersatu atas dasar kepentingan Islam. Apabila Islam selamat, melayu, cina, india dan bangsa lain akan selamat. Terbukti dan teruji. Idris Hj Ahmad 4 Rejab 1440/ 11 Mac 2019 Isnin.
Catatan Dhuha
Perpaduan tidak kekal lama jika bersatu atas dasar bangsa, benda dan kuasa. Faktor ini hanya fenomena sementara dan akan retak apabila tiba masanya. Islam teras perpaduan. Idris Hj Ahmad 5 Rejab 1440/ 12 Mac 2019 Selasa.
Catatan Dhuha
Perpaduan jika dibina atas kebendaan ia tidak kekal lama. Manusia tidak pernah puas dengan benda. Selepas benda tidak boleh diberi, maka manusia mula bergaduh.Idris Hj Ahmad 6 Rejab 1440/ 13 Mac 2019 Rabu.
Catatan Dhuha
Rahmatan lil Alamin mesti dijalinkan dengan tiga prinsip utama Islam, iaitu jalinan antara akidah, syariah dan juga akhlak..Idris Hj Ahmad 7 Rejab 1440/ 14 Mac 2019 Khamis.
Catatan Dhuha
Tidak mungkin rahmatan lil alamin akan terbina sekiranya mereka tidak beriman kepada Allah dan mematuhi syariat yang mewajibkan amar makruf nahi mungkar.Idris Hj Ahmad 8 Rejab 1440/ 15 Mac 2019 Jumaat.
Catatan Dhuha.
Kejadian pembunuhan di dua masjid di New Zealand, masih ada individu yang tidak bertanggungjawab cuba menakutkan orang bukan Islam mengenai Islam di negara ini. Celupar. Idris Hj Ahmad 9 Rejab 1440/ 16 Mac 2019 Sabtu.
Catatan Dhuha.
Kejadian pembunuhan di dua masjid di menggambarkan Islamoporbia masih menebal di kalangan masyarakat dunia walau pun zaman langit terbuka yang boleh akses maklumat Islam secara meluas. Pelikkan.Idris Hj Ahmad 10 Rejab 1440/ 17 Mac 2019 Ahad
Catatan Dhuha
Kenapa ada pihak yang takut apabila orang Islam di negara ini bersatu atas dasar Islam. Bukankah apabila orang Islam bersatu ia menjamin keharmonian kepada semua. Idris Hj Ahmad 11 Rejab 1440/ 18 Mac 2019 Isnin
Catatan Dhuha.
Ada hikmah yang tersendiri, apabila serangan pelampau di dua masjid di New Zealand. Munculnya rakyat di sana yang simpati dengan orang Islam walau pun mereka bukan Islam. Idris Hj Ahmad 12?Rejab 1440/ 19 Mac 2019 Selasa.
Catatan Dhuha
Kita mengharapkan tindakan pelampau yang membunuh umat Islam di New Zealand akan membuka pintu hidayah penduduk di sana untuk lebih dekat mengenali Islam. Idris Hj Ahmad 13 Rejab 1440/ 20 Mac 2019 Rabu.
Catatan Dhuha.
Saya yakin masyarakat New Zealand, majoritinya masih waras dan bertamaddun. Mereka akan terfikir, kenapa manusia yang berada di dalam rumah ibadah dibunuh begitu kejam. Mungkin menjadi asbab untuk mereka mengkaji Islam.Idris Hj Ahmad 14 Rejab 1440/ 21 Mac 2019 Khamis.
Catatan Dhuha
Masjid di New Zealand telah menjadi tumpuan masyarakat bukan Islam di sana untuk diziarahi dan melihat orang Islam menunaikan solat. Hikmat di sebalik musibah. Idris Hj Ahmad 15 Rejab 1440/ 22 Mac 2019 Jumaat
Catatan Dhuha
Walau pun yang terkorban orang Islam, yang membunuh pula orang bukan Islam. Namun masih ada suara sumbang menyalahkan orang Islam. Nasib Islam di akhir zaman. Idris Hj Ahmad 16 Rejab 1440/ 23 Mac 2019 Sabtu.
Catatan Dhuha.
Manusia tidak boleh padam cahaya agama Allah SWT dengan fitnah. Masih ada hati manusia yang sudi untuk menerima Islam apabila mereka mengkaji daripada sumber asalnya, Quran dan al Sunnah. Idris Hj Ahmad 17 Rejab 1440/ 24 Mac 2019 Ahad
Catatan Dhuha.
Setelah 62 tahun negara Malaysia merdeka kita tidak dengar penghapusan kaum dan penindasan agama bukan Islam di negara ini. Walau pun orang Islam majoriti. Idris Hj Ahmad 18 Rejab 1440/ 25 Mac 2019 Isnin.
Catatan Dhuha.
Rahsia dan ramuan yang berharga sehingga orang bukan Islam yang minoriti dapat hidup aman, kerana Islam melarang melakukan kezaliman kepada mereka.negara ini. Idris Hj Ahmad 19 Rajab 1440/ 26 Mac 2019 Selasa
Catatan Dhuha
Perbezaan agama, warna kulit, bangsa bukan menjadi penghalang untuk Islam memberi keadilan kepada mereka. Terbukti dan teruji Islam itu adil. Idris Hj Ahmad 20 Rejab 1440/ 27 Mac 2019 Rabu
Catatan Dhuha.
Mereka yang tebal cauvanis dan takut hilang sokongan politik sahaja cuba menakutkan orang bukan Islam dengan Islam. Idris Hj Ahmad 21 Rejab 1440/ 28 Mac 2019 Khamis.
Catatan Dhuha.
Isra, wal mi’raj tidak boleh dicapai oleh akal yang dangkal dan terhad. Ia hanya dapat diterima oleh mereka yang berpegang dengan wahyu Allah SWT.Idris Hj Ahmad 22 Rejab 1440/ 29 Mac 2019 Jumaat.
Catatan Dhuha.
Isra’ walmi’raj pertembungan akal dan wahyu. Ia membuktikan akal manusia tidak mampu menandingi kekuasaan Allah SWT yang lebih hebat. Idris Hj Ahmad 23 Rejab 1440/ 30 Mac 2019 Sabtu.
Catatan Dhuha.
Isra’ wal mi’raj diterima oleh manusia seperti Saidina Abu Bakar al Siddiq. Tetapi ditolak oleh puak Abu Lahab dan Abu Jahal. Watak ini berada sepanjang zaman. Idris Hj Ahmad 24 Rejab 1440/ 31 Mac 2019 Ahad.